Thursday, 6 October 2016

[Video] Ketua Umno Bahagian Buat Sidang Media Dalam Jamban...Bersih failkan saman Jamal esok.

Khamis, 6 Oktober 2016



ONLY IN MALAYSIA !!!
:poop: Buat Sidang Media Dalam Jamban :poop:
FAKTA..
UMNO, Taik :poop: & Jamban BERPISAH TIADA !!!
Sekian, terima kasih.
MASIH ANDA INGAT Ahli Parlimen BN secara berjemaah beraksi spt beruk di dlm Parlimen ketika menolak kertas usul potong gaji lima penasihat di bawah Jabatan Perdana Menteri dahulu !!!

Kini ia terus diwarisi oleh pelapis2nya..

Harap Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah tidak payah tunggu 48 jam DAN TERUS AMBIL TINDAKAN UNDANG2 TERHADAP JAMAL Baju Merah..
 — dengan BERSIH 2.0 [OFFICIAL] danBersih 5.0.

Bersih failkan saman esok, Jamal merosakkan imej Umno, kata Maria Chin

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, tindakan Datuk Seri Jamal Md Yunos mencampakkan surat tuntutan permohonan maaf 48jam ke dalam mangkuk tandas dianggap sebagai perbuatan yang merosakkan imej Umno.
Justeru pemantauan pilihan raya Bersih tidak teragak-agak untuk  memfailkan saman fitnah terhadap Pengerusi NGO Malaysia  itu pada esok.
"Dia langsung tidak menghormati partinya. Buat sidang media di bangunan Umno.
"Umno kini dirosakkan oleh gengster politik ala samseng seperti Jamal.
"Saya tak mahu bagi dia publisiti, kami akan failkan saman esok," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Jamal yang juga Ketua Bahagian Umno Sungai Besar mengadakan sidang akhbarnya semalam di bangunan Umno Selangor, enggan memohon maaf terhadap dakwaan fitnah yang dilakukannya terhadap Bersih yang menghantar notis 48jam kepadanya.
Sebaliknya Jamal berkata, "Saya anggap saman itu najis." ujarnya antara sebab beliau mengoyak dan membuang surat tuntutan itu dalam mangkuk tandas.
Surat tuntutan itu dihantar susulan kenyataannya dalam satu sidang media hujung bulan lalu yang medakwa badan reformasi pilihan raya itu diserapi kumpulan militan IS dan Daesh serta merancang untuk mengepung lapangan terbang KLIA1, KLIA2 dan Putrajaya.
Melalui Peguam Maria Melissa Sasidaran dari firma Daim & Gamany, Bersih mengeluarkan surat tuntutan permohonan maaf 48jam atau tindakan saman akan diambil jika Jamal gagal berbuat demikian.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena