Thursday, 8 February 2018

[Video (LIVE) INI DIA GERAN HAKMILIK Tanah Felda Yang Hilang] Shahrir bersandiwara, geran tanah Felda Jalan Semarak masih hak milik pemaju.

Khamis, 8 Februari 2018

Image result for Gambar Geran Tanah felda jalan semarak
Image result for Gambar Geran Tanah felda jalan semarak
Image result for Gambar Geran Hak milik felda kena tipu di jalan semarak

Adakah penyelesaian skandal “kehilangan” hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, semudah itu?
Adakah kes itu dikira selesai semata-mata hanya kerana hak milik ke atas 16 lot tanah yang dikatakan hilang itu sudah dipulangkan?
Kalau itulah caranya, nampak sangat bahawa ada silap mata dalam “kehilangan” dan “perolehan balik” tanah bernilai tinggi itu.
Hanya orang betul bendul dan tidak tahu apa-apa sahaja akan percaya penyelesaian ajaib ala wayang kulit itu.
Jadi elok sangatlah audit forensik dan siasatan polis ke atas bagaimana sebuah syarikat persendirian berjaya mengambil alih pemilikan tanah itu diteruskan seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Roketkini.


Shahrir bersandiwara, geran tanah Felda Jalan Semarak masih hak milik pemaju

Shahrir bersandiwara, geran tanah Felda Jalan Semarak masih hak milik pemaju
Kenyataan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad 15 Januari lalu bahawa tanah milik Felda di Jalan Semarak telah dikembalikan kepada institusi itu kini menjadi tanda tanya memandangkan siasatan dilakukan ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli mendapati geran-geran tanah itu masih menjadi hak pemaju.
Dalam sidang medianya di laman facebook sebentar tadi, Rafizi yang juga naib presiden PKR mengakui telah membuat pelbagai siasatan dan berjaya mendapatkan geran hak milik untuk kesemua 16 lot tanah Felda yang dipindahkan kepada pemaju, Synergy Promenade Sdn Bhd.
“Semua geran ini diperolehi dengan menjejaki nombor-nombor geran hak milik, yang seterusnya membolehkan saya membeli setiap geran yang bernilai RM30 setiap satu,” jelas beliau.
Daripada penelitian yang dibuat, jelas Rafizi tiada satu pun dari tanah-tanah itu yang telah dipindah milik kembali kepada Felda.
Menurut beliau, setakat 31 Jan lalu ketika geran-geran itu diperolehi, kesemua 16 lot tanah tersebut masih lagi dimiliki Synergy Promenade KLVC Sdn Bhd (Lot 390) dan Synergy Promenade Sdn Bhd (15 lot yang lain).
“Apabila Tan Sri Shahrir mengumumkan pada 15 Januari yang lalu kononnya Felda telah memiliki kembali hak milik, apakah maksud beliau sedangkan geran-geran hak milik secara jelas menunjukkan ia masih lagi hak milik pemaju?” soal Rafizi (foto).
Rafizi Ramli minta rakyat buat undi protes terhadap PM.
Beliau turut menuntut penjelasan Shahrir berhubung kenyataan pengerusi Felda itu bahawa “semua surat pemilikan tanah telah didaftarkan kembali atas nama Felda”.
“Surat apa yang dimaksudkan beliau? Satu-satunya instrumen undang-undang yang diguna pakai adalah geran hak milik yang menunjukkan tidak ada satu pun geran hak milik didaftarkan atas nama Felda,” soal Rafizi.
Beliau juga mengingatkan Shahrir bahawa syarat nyata yang dimasukkan bagi geran hak milik tanah-tanah lot 4573, 4574, 9096, 14120 dan 22524 adalah bagi tujuan pejabat Felda sahaja.
Sehubungan itu, tambah beliau apabila pemaju Synergy Promenade Sdn Bhd membangunkan menara-menara perniagaan dan kediaman mewah untuk dijual kepada orang ramai, ia telah melanggar syarat-syarat nyata berhubung 5 lot tanah yang diambil dari Felda itu.
“Saya tahu bahwa tujuan sandiwara ini dimainkan adalah untuk menunjukkan bahawa pengurusan Felda di bawah kepimpinan Tan Sri Shahrir Samad tidak terlibat di dalam pelbagai urusniaga yang merugikan peneroka Felda dan sedang berusaha menyelamatakan Felda.
“Ini bertujuan meyakinkan peneroka Felda dan orang Melayu kononnya pelbagai isu yang dibawakan oleh saya dan pimpinan Pakatan Harapan yang lain adalah tidak benar.
“Hakikatnya tidak ada satu pun lagi tanah-tanah itu yang diumumkan ‘telah kembali’ kepada Felda yang hak miliknya didaftarkan kembali atas nama Felda,” tegas Rafizi.
Beliau menunggu jawapan Shahrir berhubung perkembangan terbaru ini dan sedia berdebat melalui media sehingga tanah-tanah itu kembali sepenuhnya kepada Felda dan tidak dijadikan bahan sandiwara.
Pada pertengahan Dis tahun lalu, Shahrir ketika ditanya pemberita berhubung kehilangan milik tanah Felda di Jalan Semarak mendakwa Felda tidak mahukan projek pembangunan yang melibatkan pemaju dan hanya mahukan tanah-tanah itu kembali kepada Felda.
Pada 15 Jan lalu dalam satu sidang media di Menara Felda, Shahrir mengumumkan bahawa tanah-tanah itu telah kembali kepada Felda.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena