Wednesday, 6 March 2019

[Video MCA, MIC Mula Berang Dengan Umno & Apabila ASKAR SIBER Diketepikan Terimalah Akibatnya] Hu hu hu Bodo2 Selalu! Sentimen kaum, agama bakal berulang di Rantau?

Khamis, 7 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
“Inilah hebatnya Presiden kami. Pemikiran jauh ke hadapan.” Kata walaunbodo
Hu Hu Huuu! Bodo2 Selalu!

Sentimen kaum, agama bakal berulang di Rantau?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan diadakan pada 13 April.
Pengerusinya, Azhar Aziz Harun memaklumkan hari penamaan calon ditetapkan pada 30 Mac dan setiap calon mempunyai 14 hari untuk berkempen.
Sehari sebelumnya, UMNO menerusi pemangku pengerusinya Mohamad Hassan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat mengumumkan bahawa parti Melayu itu kini sudah “bersanding” dengan PAS yang merupakan parti Islam.
Beliau yang merupakan penyandang DUN Rantau memberi analogi ikatan sah perhubungan antara lelaki dan wanita mengikut adat Melayu dan Islam untuk kerjasama yang terjalin antaranya dan PAS.
Ia adalah kesinambungan daripada kerjasama mereka di dua PRK sebelum ini iaitu di Sungai Kandis dan Seri Setia yang menurut Tok Mat merupakan proses merisik dan bertunang.
Dengan pengesahan itu maka segala khabar angin yang ditepis kedua-dua mempelai sebelum ini mengenai kisah percintaan mereka sudah terjawab. Segala teka-teki yang menjadi persoalan rakyat sudah terungkai.
Maka, UMNO-PAS kini bakal melayari bahtera bersama-sama dan bersiap siaga untuk dibadai ombak di DUN Rantau.
Alangkah manisnya jika tempoh bulan madu ini UMNO-PAS dikurniakan cahaya mata dan dilahirkan pula di Rantau. Malah, pengikut mereka yang setia melihat seperti menonton siri realiti televisyen pasti akan menangis terharu dan memanjatkan syukur kepada tuhan atas kurniaan tersebut.
Untuk tidak menghampakan pengikutnya, UMNO mungkin akan kembali menunjukkan kesadoannya dengan mengulang semula isu basi perkauman yang menjadi strategi mereka di Semenyih.
Sementara, PAS, yang bukan lagi dara pingitan, akan memainkan sentimen keagamaan ditambah dengan perasa perkauman yang dipinjamkan dari UMNO untuk sekali lagi menakut-nakutkan rakyat dengan pelbagai pembohongan dan fitnah terhadap Pakatan Harapan.
Yang paling teruk menerima natijahnya tidak lain dan tidak bukan adalah DAP. Ya, DAP yang selalu dimomokkan sebagai jembalang itulah.
Taktik bumi hangus
Antara yang sudah mencium taktik pasangan dua sejoli ini adalah Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong.
Beliau menyamakan peristiwa UMNO-PAS itu dengan dasar kententeraan yang dipanggil dasar bumi hangus. Dengan UMNO-PAS kini bersedudukan, maka terdapat ura-ura yang MIC dan MCA bakal meninggalkan BN.
Menurut Chin Tong, UMNO-PAS akan memain sentimen kaum di kalangan orang Melayu, sementara MCA-MIC pula sebaliknya. Beliau menyifatkan ia sebagai “kebangkitan gerakan perkauman”. Ia merupakan serangan serampang dua mata keempat-empat parti itu terhadap Pakatan Harapan.
Mungkin taktik menyalahkan DAP terhadap semua perkara akan diulang lagi dalam ceramah di Rantau. DAP – yang telah berkali-kali menegaskan tekadnya untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan menghormati kedudukan agama Islam – akan ditohmah dengan pelbagai pembohongan.
Tidak mustahil juga Tok Mat akan mengulangi retorik haluan kanan dengan menyifatkan orang bukan Melayu di Malaysia sebagai “penumpang”. Mungkin juga Setiausaha Agung BN Nazri Aziz akan mengulangi modal mengenai lantikan Ketua Hakim, Peguam Negara dan Menteri Kewangan dari kalangan bukan Melayu.
Namun, Tok Mat dan Nazri mungkin perlu berhati-hati dalam mempergunakan strategi tersebut, kerana hampir 50 peratus pengundi di Rantau adalah terdiri daripada orang bukan Melayu.
Silap percaturan, UMNO-PAS mungkin tidak merasa cahaya mata. Sekaligus menghampakan harapan pengikutnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena