Friday 15 March 2019

[Video PAS-UMNO AKAN RAMPAS PERAK IKUT PINTU BELAKANG?] Dr M nafi restui penyingkiran MB Perak.

Sabtu, 16 Mac 2019
Jom Channel
Menurut laporan Astro AWANI, Saarani berkata ia cuma pertemuan di peringkat Negeri selepas kedua-dua parti itu mengadakan pertemuan di peringkat pusat pada 5 Mac lalu. “Kita tidak ada bincang berkenaan cubaan merampas semula kerajaan negeri” katanya. Namun, Razman dilaporkan memberi pandangan yang berbeza, katanya: “Kita tunggu dan kita siap sedia apa juga kemungkinan yang akan berlaku dalam suasana politik yang tidak menentu masa kini. Macam- macam kemungkinan boleh berlaku dalam politik. Kita tunggu kalau ada peralihan kuasa" katanya dipetik Astro Awani.

Dr M nafi restui penyingkiran MB Perak

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan BN bahawa beliau merestui penyingkiran Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.
"Tidak ada perkara seperti itu," katanya menjawab soalan media ketika menghadiri sebuah majlis di Putrajaya hari ini.
Mahathir berkata beliau gembira dengan prestasi ditunjukkan Ahmad Faizal.
Mahathir, yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, Ahmad Faizal dilihat sebagai tokoh kontroversi kerana ada yang mahu mengambil alih tempatnya sebagai menteri besar Perak.
"(Dia terlibat) dalam kontroversi kerana orang mahu mengambil tempatnya dan orang selalu mencari kontroversi semua orang.
"Malah saya sendiri, ada orang yang mahu menggantikan saya. Ya, itu biasa," katanya tanpa menyatakan sebarang nama.
Pada Khamis lalu, Pengerusi BN Perak, Saarani Mohamad mendakwa komplot untuk menggulingkan Ahmad Faizal berterusan memandangkan ramai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN 'didekati' seorang exco kerajaan negeri.
Menurut Saarani, exco berkenaan mendakwa penyingkiran itu direstui Mahathir.
Pada November tahun lepas, Saarani mendakwa Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Aziz Bari adalah dalang komplot menjatuhkan menteri besar.
Akibatnya, Aziz dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri untuk disoal siasat.
Saarani dan lima Adun Umno - Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Sham Mat Sahat (Alor Pongsu), Khairul Shahril Mohamed (Bota), Maslin Sham Razman (Bukit Chandan) dan Dr Jurij Jalaluddin (Lubuk Merbau) turut dipanggil untuk memberikan keterangan mereka.
Dilaporkan bulan lalu lapan bahagian Bersatu di Perak menggesa Ahmad Faizal disingkirkan sebagai pengerusi Bersatu Perak.
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kemudian berkata isu kepimpinan Bersatu Perak akan diselesaikan selepas pilihan raya kecil (PRK) Semenyih.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena