Wednesday, 13 March 2019

[Video Pengusaha Kilang Kitar Semula didakwa pagi ini & Pencemaran bahan kimia: Keadaan di sekitar Sungai Kim Kim] Beri masa kepada kerajaan untuk tunaikan janji, kata YDP Agong & Penjawat Awam sedia ada TIDAK DIBERHENTIKAN! Semua 111 sekolah di Pasir Gudang diarah tutup.

Khamis, 14 Mac 2019

Sampel air sungai diambil
Give the govt time to fulfil its promises, says Agong
Beri masa kepada kerajaan untuk tunaikan janji, kata YDP Agong.

Pencemaran kimia beracun: Semua 111 sekolah di Pasir Gudang diarah tutup

Kesemua 111 sekolah di daerah Pasir Gudang, Johor, diarah tutup serta merta hari ini sehingga ke satu tarikh akan diumumkan kelak, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Maszlee dalam satu kenyataan malam ini, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kepada situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
“Sehubungan itu, semua murid, guru, kakitangan dan pekerja di sekolah-sekolah berkenaan tidak perlu hadir ke sekolah masing-masing sehingga situasi kembali pulih.
“Pihak Kementerian Pendidikan memohon agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa,” katanya.
Sejumlah 506 orang dirawat dengan sembilan daripadanya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) ekoran pencemaran toksik akibat pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Khamis lalu.
Kes pencemaran toksik yang masuk hari ketujuh hari ini, menyaksikan jumlah kes baharu meningkat apabila pelajar dan murid beberapa lagi sekolah di sekitar kawasan itu mendapatkan rawatan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih kerana mengalami sesak nafas, loya dan muntah.
- Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena