Friday 1 March 2019

[Video PRK SEMENYIH Peratusan Pengundi Meningkat] Semenyih Hai, tak kan jadi khadam BN jer.. Kronologi Saman Pas Terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Sabtu, 2 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: orang duduk
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, luaran dan alam
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan luaran
Hai...jadi khadam BN yer..
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum
PAS RM90 Million Scandal - Hadi Awang - Anwar Ibrahim, Mahathir Mohamad and Clare Rewcastle Brown
Otai BERSIH
Kronologi Saman Pas Terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
(TAHUN 2016)
6 OGOS 2016
Laporan Sarawak Report mendedahkan Pemimpin Tertinggi Pas dipercayai telah menerima RM90 juta bagi mempengaruhi mereka (Pas) sokong Umno Bn.
(TAHUN 2017)
21 APRIL 2017
Hadi Awang Fail Saman Fitnah terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London.
26 JUN 2017
Pas Lancar Tabung Khas untuk minta sumbangan bagi membayar kos guaman kes saman fitnah SR.
(TAHUN 2018)
1 MEI 2018
● Kurang lebih seminggu menjelang PRU14, Ketua Penerangan Pas, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi umumkan Pas menang saman fitnah ke atas Sarawak Report (SR), dan memaklumkan bahawa Clare Rewcastle Brown telah diarahkan membayar RM156,197 kepada Haji Hadi.
● Peguam Hadi, Wan Rohimi Wan Daud pula isytiharkan kemenangan awal ke atas 5 penghakiman interlokutori dan SR telah diarah membayar RM156,197 @ £28,900 kepada Haji Hadi.
● Walau bagaimanapun, tindakan terdesak Pas isytihar menang saman fitnah SR menjelang PRU14 telah disanggah oleh pihak PH Dan SR sendiri kerana perbicaraan sebenar belum pun bermula. Perbicaraan penuh hanya akan bermula pada April 2019.
15 SEPTEMBER 2018
● SUA PAS, Dato Takiyuddin ketika menjawab soalan dalam agenda perbahasan Penyata Kira-Kira Tahunan Pas dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-64, telah memaklumkan bahawa sejumlah RM2.1 juta telah berjaya dikumpul oleh ahli Pas bagi tujuan membayar kos guaman saman fitnah SR. Saman SR hanya libatkan Presiden Pas.
● SUA Pas juga memaklumkan perwakilan muktamar bahawa pembayaran kos guaman telah dimulakan sejak 30 November 2016 sehinggalah Jun 2017.
● Bayaran permulaan adalah sejumlah RM135,226.25 atau £25,000 .
(TAHUN 2019)
3 JANUARI 2019
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad merayu sumbangan bagi mencukupkan bayaran Peguam untuk kes Saman Fitnah SR yang perlu dijelaskan dalam tempoh lagi 2 minggu.
13 JANUARI 2019
● Haji Hadi dalam program FB LIVE Sinar Harian ketika menjawab pertanyaan moderator tentang saman fitnah Pas ke atas SR telah meminta semua pihak menunggu Perbicaraan Penuh yang akan diadakan pada April 2019.
● Hadi juga umumkan Pas telah berjaya kumpulkan sumbangan (tambahan) sejumlah RM400,000 bagi menampung kos guaman.
● Bendahari Pas, Razman Zakaria isytiharkan kutipan sumbangan terbaru ketika itu yang terkumpul adalah melebihi daripada sasaran dan keperluan asal RM400,000. Razman memaklumkan bahawa jumlah sumbangan terbaharu yang diperolehi adalah melebihi setengah juta ringgit.
24 JANUARI 2019
(DIKETAHUI UMUM KEMUDIAN)
Satu persetujuan di luar mahkamah telah dibuat dan kedua-dua pihak setuju tidak meneruskan tuntutan saman.
Antara perkara yang dipertimbangkan oleh kedua-dua pihak dalam mencapai persetujuan ialah :
• PAS menarik balik saman dan tidak pertikai artikel SR bahawa RM90 juta diterima oleh PAS daripada Umno ;
• Artikel tersebut kekal dalam SR ; dan
• Merahsiakan pembayaran bagi mengelakkan mana-mana pihak merasa aib.
SR juga meletakkan syarat kepada Haji Hadi iaitu :
• SR hanya akan bersetuju dengan permohonan Haji Hadi jika Haji Hadi membayar kos ;
• Bayaran hendaklah dibuat kepada Peguam SR di Malaysia ; dan
• Wang akan dibayar kepada SR apabila kedua-dua pihak menerima Perintah Mahkamah yang dimeterai yang mengesahkan kes tidak diteruskan.
31 JANUARI 2019
(DIKETAHUI UMUM KEMUDIAN)
Pada 31 Januari 2019, Haji Hadi telah membuat bayaran RM1,422,980.00 melalui cek Bank Islam bernombor 519186 kepada peguam SR iaitu Americk Sidhu.
2 FEBRUARI 2019
(DIKETAHUI UMUM KEMUDIAN)
Hadi Awang telah menarik balik saman terhadap Rewcastle Brown, kes diselesaikan luar mahkamah.
7 FEBRUARI 2019
SPRM siasat dakwaan kes Pas terima dana 1MDB RM90 juta.
12 FEBRUARI 2019
Malaysiakini memetik sumber SPRM melaporkan pihak berkuasa itu mendapati tiada dana dari 1MDB disalurkan ke akaun bank Pas.
24 FEBRUARI 2019
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul mengesahkan pihaknya setakat ini tidak mengesan sebarang transaksi dana RM90 juta daripada 1MDB disalurkan ke akaun bank rasmi PAS.
27 FEBRUARI 2019
Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mendedahkan Haji Hadi telah membayar RM1.4 juta kepada SR. Bayaran itu dibuat untuk menghentikan saman fitnah tersebut. DSAI mendakwa mempunyai dokumen berkaitan pembayaran tersebut.
28 FEBRUARI 2019
● SUA Pas, Dato Takiyuddin Hassan telah dipanggil memberi keterangan berhubung Siasatan Kes Dana RM90 juta daripada Umno.
● Media melaporkan beberapa kenderaan dan bangunan kedai yang bernilai lebih kurang RM2 juta telah disita, manakala satu akaun bank milik pemimpin pas telah dibekukan.
1 MAC 2019
● Editor SR, Clare Rewcastle Brown sahkan menerima bayaran RM1.4 juta daripada Haji Hadi seperti yang didakwa oleh DSAI.
● Clare menyatakan bahawa beliau bertindak mengesahkannya selepas Pas didakwa gagal mematuhi terma awal perjanjian bagi merahsiakan perincian penyelesaian di luar mahkamah.
● Beberapa Media cetak dalam negara melaporkan 9 orang Pemimpin Kanan Pas akan dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM.
● Media juga melaporkan Mursyidul Am Pas, Ust Hashim Jasin dan Nasir Daud (Anggota Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat dan Pemimpin Utama Jabatan Pilihan Raya Negeri Kelantan) telah dipanggil bagi memberi keterangan di pejabat SPRM.
● Beberapa Pemimpin dan penyokong Pas usaha menafikan wujud bayaran RM1.4 juta tersebut.
● Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan Tantawi mendakwa cek pembayar RM1.4 juta itu sebagai palsu.
● Rafizi Ramli selepas membuat siasatan dan carian mendedahkan bahawa pemilik cek RM1.4 juta itu adalah Tan Sri Rameli Musa.
● Peguam SR di Malaysia mengesahkan cek RM1.4 juta telah ditunaikan oleh anak guamnya, sekaligus mengesahkan cek itu wujud dan bukannya palsu seperti yang didakwa oleh Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan Tantawi.
Image may contain: 1 person, outdoor
Kita berbasikal plak utk perjuangan yg penuh ikhlas! Harap ia bukan mimpi atau khayalan...
TS

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Walaupun saya bukan orang penting kat malaysia, cuma seorang pomen cabok dan ade bengkel lori buruk kat telok gong klang, walaupun hidup tak mewah, cuma ade rumah pusaka dan sebijik kancil dan sebijik camry, walaupun dah masuk 40 tahun ni, tapi pendirian saya tetap. Sejak kenal dan menceburi diri dlm cerita politik , PKR tetap dihati walaupun pernah tinggal 1 kerusi, tetap teguh hingga la satu hari nanti, tetiba Anwar atau kak wan suruh pangkah lambang dacing atau keris, waktu itu, selamat tinggal. Kerana saya dah disetkan dlm kepala yg mereka tu perosak negara. Saya tak takut utk ingkar arahan ketua parti kerana yakin saya tak akan dihumban keneraka kerana melawan, malah yakin yg tak akan masuk syurga jika membuta tuli... Insyaalah akan guna akal dan menilai ape yg betul atau salah. Amin...

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena