Friday 15 March 2019

[Video Ronald Kiandee (PAC) pilih nak masuk parti k'jaan, apa kita boleh buat?] Pengganas 'kulit putih' & Tidak semua manusia berhati syaitan! Haramkan Jari ANDA BERMAIN GAMES PUBG..Jom Sama2 Boikot Games PUBG! Pengerusi PAC - Bolehkah diterima hujah atau alasan Tun M ini? Hrmmm.

Sabtu, 16 Mac 2019
KiniTV
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan tetap diketuai oleh Ronald Kiandee. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata kerajaan telah memenuhi manifesto pilihan raya dengan melantik Ronald ke jawatan itu ketika pemimpin itu bersama pembangkang. "Tetapi kalau dia pilih nak masuk parti kerajaan, apa kita boleh buat? Bukan dia dipilih daripada parti kerajaan, dia dipilih daripada parti lawan," katanya kepada media ketika menghadiri sebuah majlis di Putrajaya hari ini. Beliau berkata semua komponen dalam PH bersetuju bahawa Ronald, yang menyertai Bersatu semalam, akan terus mempengerusikan PAC. Semalam, pemimpin PH, Hannah Yeoh dan Nurul Izzah Anwar menggesa agar PAC dipengerusikan oleh anggota parlimen pembangkang seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH pada PRU lalu. Yeoh, yang juga timbalan menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat mendesak Parlimen meminda Perintah Tetap untuk mewajibkan PAC dipengerusikan oleh seorang pemimpin pembangkang. Ketika menjadi speaker DUN Selangor, Yeoh menggesa pindaan yang sama dalam Perintah Tetap DUN di mana PAC negeri dipengerusikan oleh pemimpin pembangkang negeri.
Tiada penerangan foto disediakan.
Otai BERSIH
Balai Bomba di New South Wales Australia meletakkan tulisan ini sebagai melahirkan dukacita ekoran kejadian tembakan terhadap jemaah Jumaat di New Zealand.
Bagi sahabat bukan Islam, tulisan ini bermaksud "dari Allah kamu datang, dan kepada Allah kamu dikembalikan"
Tidak semua manusia berhati syaitan dan tindakan pengganas kulit putih itu bukan alasan untuk kita membenci sesama manusia. Hanya pengganas sahaja wajib kita perangi!
Tiada penerangan foto disediakan.
Benda Realiti.. Mulai Hari Ni SEMUA UMAT ISLAM BERAGAMA ISLAM, HENTIKAN PERMAINAN INI YG DATANG DARI PUAK KAFIR & Haramkan Jari ANDA BERMAIN GAMES PUBG.. Jom Sama2 Boikot Games PUBG..#prayNW
Otai BERSIH

HUJAH TUN M SUNGGUH MELOYAKAN, APAKAH PH HANYA MAMPU BERDIAM DIRI SAJA?

Di sebalik desakan yang kian melata, baik daripada PH sendiri mahupun daripada UMNO yang mahu agar jawatan Pengerusi PAC dikembalikan kepada pembangkang, Tun Mahathir Mohamad tampaknya tetap berkeras enggan berbuat demikian.
Kata beliau, PAC atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan terus diketuai oleh Ronald Kiandee, biar pun Ahli Parlimen Beluran itu kini adalah ahli Bersatu.
Mempertahankan pendiriannya, Tun Mahathir berkata, PH telah memenuhi janji manifesto apabila melantik Ronald Kiandee yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen UMNO sebagai Pengerusi PAC.
“Tetapi, kalau dia kemudian nak pilih masuk parti kerajaan, apa kita boleh buat?
“Bukan ketika dilantik dia daripada parti kerajaan, dia daripada parti lawan,” ujar Tun Mahathir lagi.
Hmmmm….
Bolehkah diterima hujah atau alasan Tun Mahathir ini?
Sebagai manusia yang berakal dan berpegang kepada prinsip, tidakkah hujah atau alasan Tun Mahathir ini sungguh-sungguh meloyakan untuk diterima?
Kenapakah beliau sukar sangat mahu mengembalikan jawatan Pengerusi PAC itu kepada pembangkang sedangkan ia adalah urusan yang mudah dan senang saja?
Apa yang mahu dipertahankannya melalui PAC dan jawatan yang disandang oleh Ronald Kiandee itu?
Sesungguhnya pendirian Tun Mahathir berhubung kedudukan Pengerusi PAC ini bukan saja mengecewakan, tetapi juga amat meloyakan lagi memualkan.
Tun Mahathir kini nampaknya sudah kembali kepada perangai lama ketika beliau menjadi Perdana Menteri bersama BN dahulu iaitu suka berbuat sesuka hati menurut kehendak dirinya sendiri.
Sedarkah beliau bahawa PH adalah berbeza dengan BN?
Yang nyata, tindakan Tun Mahathir ini sekurang-kurangnya harus diberi diberi perhatian dari segi dua aspek:-
Pertama, jika beliau berterusan sesuka hati memungkiri janji, lebih-lebih lagi dengan hujah yang begitu meloyakan untuk diterima oleh akal yang waras, kesannya ialah PH akan semakin hilang wibawa dan menurun kepercayaan di kalangan rakyat jelata.
Kalau janji pun sesuka hati boleh dimungkiri, apa lagi yang boleh rakyat percaya atau yakini terhadap sesebuah kerajaan?
Untuk itu, Majlis Presiden PH harus segera berbuat sesuatu untuk mengingatkan Tun Mahathir berhubung janji-janji gabungan itu kepada rakyat dan kesannya kepada masa depan PH sendiri.
Kedua, tindakan Tun Mahathir ini harus juga diiperhati dan diteliti dari segi kaitannya berhubung peralihan kuasa daripada beliau kepada Anwar Ibrahim.
Jika jawatan Pengerusi PAC yang dipegang oleh orang lain pun beliau sayang untuk melepaskannya kepada pihak yang sepatutnya, adakah jawatan Perdana Menteri yang penuh dengan segala nikmat yang sedang disandangnya sekarang ini beliau turut tidak terasa sayang untuk menyerahkannya kepada Anwar?
Apakah tidak mungkin janji peralihan kuasa dalam tempoh dua tahun kepada Anwar juga akan dimungkirinya?
Meski Tun Mahathir tidak dinafikan cekap dalam mereka-reka alasan atau hujah untuk berbuat demikian, sekali lagi, adalah penting untuk Majlis Presiden PH sentiasa dan kekal berpegang kepada perjanjian yang telah dipersetujui mengenai peralihan kuasa itu.
Dalam PH ini, jangan dibiarkan Tun Mahathir berbuat sesuka hati ala Maharaja yang kata-katanya mesti didengar dan diikuti sebagaimana beliau pernah melakukannya ketika bersama BN dahulu.
Ingatlah bahawa gabungan PH ini dulunya diwujud dan diasaskan adalah untuk melawan kebobrokan kepimpinan Tun Mahathir ketika beliau bersama BN yang mana daripada situlah lahirnya idea-idea reformasi untuk negara ini.
Setelah beliau kini bersama PH dan Tun Mahathir nampaknya semakin menunjukkan trend ingin kembali kepada amalan lamanya sewaktu bersama BN dahulu, apakah PH sekadar berdiam diri saja?
Apakah pemimpin-pemimpin PH yang sudah ada jawatan dan nikmat kedudukan sekarang ini sudah lupa di mana dan bagaimana mereka bermula dahulu? (Shahbudindotcom 16/03/2019)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena