Saturday 9 March 2019

[Video Tan Sri Sesak Nafas, Dua Lagi di Reman Satu Hari] Walaun kata MCA lebih baik dari DAP! Walauncai pulak kata Khazanah rugi? UmnoBN MELUDAH KE LANGIT.

Sabtu, 9 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: teks
"MCA lebih baik dari DAP"
Otai BERSIH
Setan yg direjam pun akan jadi lebih baik kalau berkawan dgn PAS?

KHAZANAH RUGI : SIKAP BN UMPAMA MELUDAH KE LANGIT KENA MUKA SENDIRI

Pemimpin Barisan Nasional (BN) seperti biasa memberikan madah berhelah kepada rakyat Malaysia.kali ini mengambil jalan mudah iaitu menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) untuk mengelakkan dari dipersalahkan atas kerugian besar yang dialami oleh Khazanah Nasional (Khazanah).Kerugian Khazanah berpunca daripada kebebalan BN menguruskan ekonomi negara sewaktu berkuasa dahulu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi,YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali telah berkata kerugian tersebut berpunca daripada pelaburan yang telah dibuat sebelum PAKATAN mengambil alih kuasa.

"Masalahnya sesetengah ahli politik hari ini, sering kali menteri-menteri yang telah gagal, bercakap dulu dan kemudian baru periksa apa yang telah dikatakan.

"Akhirnya meludah ke langit, terkena muka sendiri. Ini sebabnya," jelas Naib Presiden PAKATAN itu.

Secara khususnya, beliau berkata kerugian paling besar Khazanah kerana pelaburannya dalam syarikat penerbangan Malaysia Airlines yang gagal memperbaiki prestasi syarikat itu.

"Meskipun benar Khazanah melaporkan kerugian RM6 bilion yang disebabkan oleh impairment (pengurangan nilai aset syarikat) yang meningkat kepada lebih daripada RM7 bilion, tetapi ini berpunca daripada semakan semula aset dan pelaburan yang telah dibuat sebelum kerajaan baru mengambil alih. 

"Jika tahu sikit-sikit janganlah berlagak seperti bijak pandai (a little knowledge being dangerous)?

"Dan rasa apa? Kerugian tunggal paling besar dalam (penyata keuntungan dan kerugian) lebih RM3 bilion adalah di Malaysia Airlines kerana strategi yang dilaksanakan tidak memperbaiki syarikat itu. 

"Pelaburan yang dibuat sejak beberapa tahun kebelakangan ini ke dalam syarikat penerbangan itu sebelum Pakatan Harapan mengambil alih perlu dikurangkan. Bagaimana pula tentang pertimbangan fikiran yang menjadi semakin lemah (impaired)," katanya dalam satu siri ciapan di Twitter semalam bagi memberi maklum balas kepada pengkritik kerajaan terutama macai upahan BN dan sekutunya.

Walau bagaimanapun,Ahli Parlimen Gombak itu berkata tahun 2018 juga merupakan masa Khazanah membersihkan aset bermasalah dalam portfolionya.

"Setelah mengambil langkah-langkah ini, saya berani mengatakan bahawa Khazanah akan kembali mengaut keuntungan pada 2019," katanya.

Kelmarin,Reuters melaporkan Khazanah mengalami kerugian sebanyak RM6.27 bilion sebelum cukai pada tahun lepas dan memperkenalkan strategi pelaburan baru.

Mengulas kerugian ini, Bapa Kleptokrat Negara yang juga mantan Presiden UMNO iaitu Najib Razak telah berkata beliau berbangga syarikat pelaburan kerajaan itu tidak pernah mengalami kerugian ketika era pentadbirannya sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun,menurut laporan The Edge, kerugian dalam pelaburan Malaysia Airlines menyumbang kira-kira separuh daripada jumlah kemerosotan Khazanah bagi tahun 2018.

Khazanah telah menswastakan MAS dan menyuntik dana sebanyak RM6 bilion. Ia merupakan usaha Khazanah untuk menghidupkan semula syarikat penerbangan itu dan dipercayai syarikat pelaburan negara memiliki pegangan saham sebanyak 70 peratus dalam MAS.
KDL.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena