Wednesday, 13 March 2019

[Video Umno-Pas, PENYATUAN UMMAH ATAU PERPECAHAN MELAYU?] Meskipun Menteri Yeo Bee Yin baru kahwin tetapi Bee Yin bertindak pantas, suspek pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim didakwa esok.

Rabu, 13 Mac 2019
Jom Channel
Setelah sekian lama terjalinnya ‘hubungan sulit’ di antara UMNO dan PAS sejak 2015, akhirnya Dato' Seri Mohamad Hasan mengaku bahawa keduanya sudah ‘bernikah’ dan ‘bersanding’ selepas mula ‘bertunang’ pada tahun lepas, kata Naib Presiden AMANAH, Dato' Mahfuz Omar.

Beliau menyambut baik pengumuman tentang kerjasama rasmi UMNO dan PAS itu. "Saya langsung tidak terkejut dengan ‘pernikahan’ UMNO dan PAS ini memandangkan kami memang telah mengetahui sejak sekian lama ‘skandal’ di antara kedua-dua parti ini" katanya dalam satu kenyataan.
Menteri Yeo Bee Yin kahwin... 

Bee Yin bertindak pantas, suspek pencemaran sisa kimia didakwa esok

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mengambil tindakan pantas menangani kes pembuangan sisa kimia berbahaya secara haram di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.
Dalam sidang media di Pasir Gudang hari ini, beliau memaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mendakwa pengusaha kilang tayar kitar semula yang merupakan salah seorang dari tiga suspek utama kes tersebut esok.
“Kertas siasatan berhubung perkara itu sudah disiapkan JAS negeri dan sudah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk penelitian serta pertimbangan dan mendapatkan izin mendakwa.
“Kertas pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM500,000,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Bee Yin dalam pada itu berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Peguam Negara, Tommy Thomas, untuk mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap dalang kes pencemaran tersebut.
“Peguam Negara bersetuju kerana menganggap kesalahan ini amat berat dan memudaratkan nyawa awam jadi antara yang dilihat termasuk mendakwa dalang terbabit atas beberapa kesalahan mengikut Kanun Keseksaan selain Akta Kualiti Alam Sekitar, ” katanya.
Tambahnya, JAS sudah mengerahkan 100 pegawainya termasuk alat pengesan gas ke kawasan yang terjejas sejak Ahad lalu, bagi mengelak pencemaran terus merebak.
“Cuaca hujan menyebabkan sisa kimia di sungai mendap ke tanah sebelum penguapan gas kimia berkenaan ke udara antara faktor menyebabkan kawasan lebih jauh dari lokasi pencemaran turut terjejas.
“Kita sedang memasang alat pengesan gas di beberapa kawasan berisiko bagi memantau bacaan udara tercemar dan pemantauan sedang berjalan dan akan dimaklumkan selepas disahkan.
“Kontraktor dilantik sudah memulakan tugas membersihkan sisa kimia berbahaya di Sungai Kim Kim bermula semalam dan pegawai JAS memantau dekat kerja pembersihan dilakukan,” katanya. – Roketkini.com

1 comments:

I said...

Pada hemat saya hukiman denda aje tak cukup. Dah unting berjuta2 buat kerja mencemar ni akhirnya rm0.5j aje dendanya. Denda dah tahun 1974. Tak boleh pakai dah. Apa lagi mengakibatkan nyawa manusia, haiwan,tumbahan serta air yg sudah tentu beracun itu... Perbelanjaan untuk merawat dan mencegah jangkitan serta derita pesakit perlu diambil kira... penjenayah alam yang sangat kejam uni perlu dijauhkan dari masyarakat....

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena