Tuesday 2 April 2019

[Video MP Pas dihalau keluar dewan..'Macam Bangang'] Umno Menipu Nombor One? MP PAS digantung 2 hari lepas label Guan Eng 'pondan'.

Rabu, 3 April 2019
KiniTV
Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary, diperintah meninggalkan Dewan Rakyat hari ini selepas enggan menarik balik kenyataan "pondan" ditujukan kepada Lim Guan Eng (PH-Bagan). Sebelum itu berlaku pertikaman lidah di antara kedua-dua anggota parlimen berkenaan berhubung dakwaan Ahmad Marzuk bahawa "DAP menguasai kementerian kewangan dan kerajaan". Isu itu timbul apabila wakil PAS berkenaan mempertikaikan dasar kerajaan membuka pintu kepada kontraktor semua bangsa bagi tender yang sebelum ini hanya dikhaskan kepada bumiputera. Selepas berlaku kekecohan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon mengarahkan Ahmad Marzuk menarik balik kata-kata yang dilontarkan kepada menteri kewangan itu. Mohd Rashid memberi arahan sebanyak tiga kali kepada Ahmad Marzuk supaya menarik balik kata-kata tersebut. Apabila enggan Mohd Rashid akhirnya mengarahkan Ahmad Marzuk keluar dan menggantungnya daripada hadir di Dewan Rakyat selama dua hari. Sebagai tanda kebersamaan, anggota parlimen Umno turut bertindak keluar dari dewan dan mengiringi Ahmad Marzuk.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

MP PAS digantung 2 hari lepas label Guan Eng 'pondan'


Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary, diperintah meninggalkan Dewan Rakyat hari ini selepas enggan menarik balik kenyataan "pondan" ditujukan kepada Lim Guan Eng (PH-Bagan).
Sebelum itu berlaku pertikaman lidah di antara kedua-dua anggota parlimen berkenaan berhubung dakwaan Ahmad Marzuk bahawa "DAP menguasai kementerian kewangan dan kerajaan".
Isu itu timbul apabila wakil PAS berkenaan mempertikaikan dasar kerajaan membuka pintu kepada kontraktor semua bangsa bagi tender yang sebelum ini hanya dikhaskan kepada bumiputera.
Selepas berlaku kekecohan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon mengarahkan Ahmad Marzuk menarik balik kata-kata yang dilontarkan kepada menteri kewangan itu.
Mohd Rashid memberi arahan sebanyak tiga kali kepada Ahmad Marzuk supaya menarik balik kata-kata tersebut.
Apabila enggan Mohd Rashid akhirnya mengarahkan Ahmad Marzuk keluar dan menggantungnya daripada hadir di Dewan Rakyat selama dua hari.
Sebagai tanda kebersamaan, anggota parlimen Umno turut bertindak keluar dari dewan dan mengiringi Ahmad Marzuk.
Tak diberi ruang
Sebelum itu dalam perbahasannya Ahmad Marzuk berkata ada perubahan ketara dalam sistem kerajaan apabila tender yang sebelum ini dikhaskan untuk kontraktor bumiputera kini dibuka kepada semua kaum.
Kata Ahmad Marzuk ia berlaku secara agresif, tanpa notis atau pekeliling.
"Sejauh mana ia berlaku? Apakah jaminan kerajaan dasar penggalakan bumiputera dipertahankan?" katanya.
Ahmad Marzuk juga bertanya sama ada keadaan itu menjadi sebahagian daripada agenda yang dibawa kerajaan PH dan kementerian kewangan yang didominasi DAP bagi "menghakiskan hak-hak bumiputera".
Semasa menggulung perbahasan, Lim berkata beliau kesal kerana wakil dari Pengkalan Chepa memainkan isu sentimen perkauman.
Kata Lim kerajaan masih menggunakan kaedal lama tetapi pemberian tender dibuat secara terbuka, bukan melalui rundingan terus seperti diamalkan BN.
Ahmad Marzuk kemudian membaca sesuatu dari telefon genggamnya dan mendakwa ia adalah fakta mengenai perubahan dasar kerajaan berhubung pemberian tender.
Apabila Lim tidak memberi ruang kepada Ahmad Marzuk untuk meneruskan pencelahan.
Lim: Duduk
Ahmad Marzuk: Menteri duduk dulu.
Apabila keadaan dalam Dewan Rakyat kecoh Ahmad Marzuk kedengaran berkata: "Saya anak jantan, bukan pondan macam (MP) Bagan.
Beberapa anggota parlimen PH kemudian bangkit membantah penggunaan istilah berkenaan dan sebahagian daripada mereka merujuk kepada peraturan mesyuarat dewan.
Bagaimanapun Ahmad Marzuk bertegas enggan menarik balik kata-katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena