Saturday 6 April 2019

[Video Rais Yatim: Merakyatkan Reformasi] RM500,000 Najib & Rosmah boroskan di butik Chanel, boleh bina 11 buah rumah mesra rakyat! Skandal Scorpene, 1MDB: Menteri arah bantuan 3 negara.

Sabtu, 6 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Otai BERSIH
Dengan duit RM500,000 yang Najib & Rosmah boroskan di butik Chanel, mereka boleh bina 11 buah rumah mesra rakyat untuk mangsa banjir Kelantan, yang ramai kekal homeless selama 3 tahun sebab Kerajaan Kelantan belum siapkan rumah untuk mereka. Ini boss yang kamu pertahankan? Walauncai Taliban kekal bangang..!

Skandal Scorpene, 1MDB: Menteri arah bantuan 3 negara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Liew Vui Keong mengarahkan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) diberikan kepada Perancis, Switzerland dan Luxemborg.
Bagaimanapun, soal adakah arahan tersebut ada kaitan dengan permintaan tiga negara itu untuk membantu dalam penyiasatan Scorpene dan 1MDB, masih tidak dapat dipastikan.
Tiga arahan berasingan dibuat di bawah Seksyen 18 Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002, bertarikh 25 Mac dan diwartakan pada 2 April.
Arahan tersebut menyatakan melalui cadangan Peguam Negara, bantuan hendaklah diberikan kepada tiga negara tersebut ‘tanpa kekangan, limitasi, pengecualian, ubah suai, adaptasi, syarat atau kelayakan’.
Seksyen 18 Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah, membenarkan kerajaan untuk meluluskan permintaan MLA dengan arahan menteri, biarpun negara tidak mempunyai piagam MLA.
Berdasarkan Warta, permintaan dari Perancis adalah berkaitan salah laku bawah Artikel 324-1, 324-2, 324-3, 324-4, 324-5, 324-6, 324-7, 324-8, dan 432-15, Kanun Jenayah Perancis.
Peruntukan-peruntukan ini adalah mengenai kesalahan pengubahan wang haram dan penggelapan wang (misappropariation).
Sementara itu, permintaan dari Switzerland pula adalah berkaitan salah laku bawah Artikel 158, 314, 322septies, 305bis, 146, dan 251, Kanun Jenayah Switzerland. 
Peruntukan-peruntukan ini masing-masing adalah mengenai kesalahan salah urus jenayah, salah laku di pejabat kerajaan, merasuah pegawai awam dari negara asing, pengubahan wang haram, penipuan, dan pemalsuan dokumen.
Permohonan dari Luxembourg pula adalah mengenai kesalahan jenayah bawah Artikel 196 dan 197 Undang-undang 14 Ogos 2000, Artikel 240 Undang-undang 15 Januari 2001, Artikel 496 Undang-undang 18 Julai 2014, dan Artikel 506-1 Undang-undang 12 Ogos, 2003.
Peruntukan-peruntukan ini adalah mengenai kesalahan pemalsuan dokumen, penyelewengan, penipuan dan pengubahan wang haram.
Bagaimanapun, arahan yang diwartakan tersebut tidak mempunyai maklumat lebih terperinci mengenai salah laku tersebut.
Malaysiakini telah menghubungi Liew untuk mendapatkan pengesahannya semalam, dan kini masih menunggu respons daripada beliau.
Pihak berkuasa Perancis kini sedang menyiasat skandal kapal selam Scorpene sebagai sebahagian daripada penyiasatan rasuah yang lebih besar terhadap kontraktor pertahanan Perancis, DCNS dan Thales.
Kontraktor tersebut didakwa membayar sogokan kepada pegawai tertinggi di beberapa negara untuk mendapatkan kontrak.
Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak merupakan menteri pertahanan ketika pembelian submarin itu berlaku.
Pada 2015, mantan presiden Thales International Asia (Thint Asia) Bernard Baiocco didakwa dengan tuduhan “rasuah aktif terhadap pegawai awam asing yang dikaitkan dengan Najib Razak”.
Kumpulan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang memfailkan aduan kepada pihak berkuasa Perancis berhubung skandal Scorpene, pernah membuat kenyataan bahawa Perancis telah membuat permohonan MLA kepada Malaysia tentang perkara tersebut.
Switzerland pula membuat permohonan MLA kepada Malaysia berhubung penyiasatan 1MDB pada 2016, tetapi dakwa mereka, pihak berkuasa Malaysia menolak untuk bekerjasama dalam hal tersebut. 
Peguam Negara pada ketika itu, Mohamed Apandi Ali berkata, beliau tidak dapat meluluskan permohonan (accede) Switzerland itu kerana pihak polis masih menyiasat kes 1MDB.
Malaysiakini.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Ni bukan setakat jatuh ditimpa tangga je ni, ni siap rumah pun roboh , timpa tangga dan org2 sekali. Kalau sangkut la, campur luar dan dalam negara, mau 3 4 keturunan tak habis makan...

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena