Tuesday 9 April 2019

[Video Yang Lingkup & Jahanamkan Felda adalah UMNO BN] Tarikh keramat perbicaraan kes Najib yang di tunggu² oleh rakyat! Rosmah ditangkap SPRM, bakal didakwa esok.

Selasa, 9 April 2019
Tiada penerangan foto disediakan.
Otai BERSIH
Tarihk keramat Perbicaraan kes Najib yang di tunggu² oleh Rakyat.
Tarikh perbicaraan seterusnya untuk kes SRC ditetapkan pada 15 April sehingga 10 Mei ini.
Manakala bagi kes 1MDB, Najib berdepan 25 Pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion akan bermula pada 14 Mei,15, dan 17 Mei, 28, 29 dan 31 Mei. 10, 11, 12, 13 dan 14 Jun, serta 18, 20 dan 21 Jun.
Untuk pengetahuan, masih ada lagi beberapa kes melibatkan perbicaraan najib yang belum lagi di tetapkan tarikh oleh mahkamah.
Imej mungkin mengandungi: teks
Rosmah ditangkap SPRM, bakal didakwa esok.
Menurut kenyataan agensi antirasuah itu Rosmah ditahan berhubung siasatan mereka terhadap projek tenaga solar kerajaan.
Kata SPRM mereka menahan isteri Najib Razak itu kira-kira lima minit selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses akhir siasatan projek tersebut pada jam 1.40 petang.
"SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Rosmah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok," katanya.
Menurut SPRM Rosmah sudah dibebaskan dengan jaminan petang ini.
Esok tokoh berprofil tinggi itu akan berdepan dengan tuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Mengikut peruntukan itu seseorang itu boleh dianggap bersalah jika menerima atau bersetuju untuk menerima suapan untuk diri sendiri atau orang lain.
Jika didapati bersalah Rosmah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan, atau RM10,000 bergantung kepada mana yang lebih tinggi.

Rosmah ditangkap SPRM, bakal didakwa esok

Isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut kenyataan agensi antirasuah itu Rosmah ditahan berhubung siasatan mereka terhadap projek tenaga solar kerajaan.
Kata SPRM mereka menahan isteri Najib Razak itu kira-kira lima minit selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses akhir siasatan projek tersebut pada jam 1.40 petang.
"SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Rosmah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok," katanya.
Menurut SPRM Rosmah sudah dibebaskan dengan jaminan petang ini.
Esok tokoh berprofil tinggi itu akan berdepan dengan tuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Mengikut peruntukan itu seseorang itu boleh dianggap bersalah jika menerima atau bersetuju untuk menerima suapan untuk diri sendiri atau orang lain.
Jika didapati bersalah Rosmah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan, atau RM10,000 bergantung kepada mana yang lebih tinggi.
Untuk rekod sebelum ini pun Rosmah sudah berdepan dengan 22 tuduhan di mahkamah, termasuk 17 membabitkan dakwaan pengubahan wang haram.
Beliau didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001
Tuduhan lain yang dikenakan ke atas Rosmah ialah meminta rasuah sebanyak RM187.5 juta dan menerima rasuah RM1.5 juta bagi projek bersepadu solar hibrid untuk sekolah di Sarawak.
Malaysiakini.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Sebelum ni ade gambar pelawsk minta autograf kat baju dari DSR. Bleh la bawa mamat tu pegi demo. Muka dia pun jarang nampak kat tv. Tgh takde job. Tentu banyak free...

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena