Friday, 27 December 2013

TQ Prof Muhaya! - NAIK MELUAT! Berjalan kaki 3 pagi ke tempat kerja dan makan sekali seminggu...

Jumaat, 27 Disember 2013
MENAMBAHKAN RAKYAT NAIK MELUAT

 TERHADAP DIRINYA!!!!
Published on Dec 26, 2013
PENJELASAN PROF DR MUHAYA KEMARAHAN RAKYAT TENTANG KENYATAAN BELIAU KENAIKAN KOS HIDUP, ORANG KURANG TENANG ADALAH ORANG KURANG BERSYUKUR MENAMBAHKAN RAKYAT NAIK MELUAT TERHADAP DIRINYA!!!!
PENGAKUAN ikhlas seorang penjawat awam selepas mengikuti saranan Prof Muhaya di dalam menghadapi kenaikan harga barang.

Sejak saya dengar saranan prof Muhaya, agar sentiasa berfikiran positif dan ubah gaya hidup bagi menghadapi kenaikan harga barang, saya dapat rasakan seperti ada tenaga ajaib dalam badan saya jika kita berfikiran positif.

Saya memulakan gaya hidup berfikiran positif mulai semalam dengan cara memilih berjalan kaki seawal pukul 3 pagi ke tempat kerja untuk menjimatkan minyak kereta.

Hasilnya badan saya kini rasa lebih sihat dan kuat!

Malah saya terkejut bila tiang lampu depan rumah saya pun boleh tumbang hanya kerana sedikit senggolan siku saya pagi tadi.

Kini saya rasa lebih yakin dan bersemangat untuk meneruskan pengubahan gaya hidup!

Mulai hari ini, untuk amalan ubah gaya hidup saya yang seterusnya saya akan cuba mengubah rutin makan 2 kali sehari kepada sekali seminggu.

Terima kasih Prof Muhaya!

PENJELASAN PROF DR MUHAYA KEMARAHAN RAKYAT TENTANG KENYATAAN BELIAU KENAIKAN KOS HIDUP, ORANG KURANG TENANG ADALAH ORANG KURANG BERSYUKUR MENAMBAHKAN RAKYAT NAIK MELUAT TERHADAP DIRINYA!!!!

ℑσм ⇨ ℒιкє✔ Cσммєηт✔ Sнαяє✔ ραgє
https://www.facebook.com/PejuangKelantan
https://www.youtube.com/watch?v=G_ZuiLi3G1M

ṪןḰєlคtє


Buletin Pakatan Rakyat telah berkongsi pautan.


Dr. Muhaya Tampil Tegakkan Benang Basahnya

SHAH ALAM – Gara-gara mengeluarkan kenyataan pada artikel Prof Muhaya : Solusi Keluar Dari Bebanan Hidup yang disiarkan Sinar Harian Online, Selasa lalu, penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad dikritik pembaca kerana disifatkan tidak prihatin nasib rakyat.

Melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Youtube, Prof Muhaya menjelaskan mengenai perkara tersebut.


“Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. Saya cuma pencetus inspirasi yang semua orang sudah tahu, gaya saya bercakap...Kita mesti faham bahawa ada benda yang kita boleh kawal dan tidak boleh kawal.

“Apabila ditanya bagaimana nak tangani beban orang yang tengah serabut...memang banyak pihak yang nak saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya. Tapi, pada saya, itu semua banyak dah orang yang cakap.

"Jadi, peranan saya sebagai seorang yang berusia 50-an, ada pengalaman, saya memang sangat yakin bahawa cara kita melihat sesuatu akan mengubah tindakan, persepsi atau interpretasi kita terhadap perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan soal 80 peratus dalam kehidupan adalah untuk mencari solusi sementara bakinya untuk melihat masalah.

“Katakanlah, minyak atau susu tumpah. Adakah kita nak lap susu itu atau nak bergaduh siapa yang tumpahkan susu itu?

“Saya nak katakan di sini bahawa kita mesti melihat kehidupan dengan 80 peratus mencari solusi dan 20 peratus untuk melihat masalah,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyebut kenyataannya dalam artikel tersebut menunjukkan bahawa dirinya tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat.

“Saya bukan ahli politik dan prinsip saya adalah tidak membuat kenyataan berbaur politik. Untuk situasi ini, bukan tidak prihatin. Siapa yang tidak prihatin...memang kasihan.

“Tetapi kalau kita kasihan, ramai orang yang susah, takkanlah kita nak ambil duit beri kepada semua orang susah itu? Kalau kita beri pun, ia dipanggil langkah sekejap.

“Tetapi bagaimana kita nak ‘empower’ seseorang? Ataupun beri kuasa atau membuat seseorang itu melakukan apa yang boleh pada situasi terdesak ini untuk menghadapi suasana tersebut?,” katanya.

Tambahnya, “saya seru kepada yang membuat dasar, kalau boleh kita prihatin dan janganlah kita melakukan sesuatu yang membebankan orang. Kerana kalau kita melepaskan beban orang, insya-ALLAH, ALLAH akan melepaskan beban kita,” katanya.

Jelasnya, “saya nak jelaskan, saya buat video ini pun bukan untuk justifikasi...takut orang tak suka, takut orang marah. Sebenarnya, saya dah maafkan semua orang yang mengata tak elok tentang saya. Saya tak rasa marah langsung. Saya faham dan rasa kasihan.”

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena