Thursday, 26 December 2013

Tak salah berucap di rostrum ada lambang salib - Dr Rani

Jumaat, 27 Disember 2013
Gambar: Yb Dr Rani memberi ucapan di dalam majlis bersama Pastor Moses Savari dan 100 orang penganut agama Kristian di Pekan Meru. 

Pastor Moses Savari berkata semenjak persatuannya ditubuhkan pada tahun 1993 inilah pertama kali dalam hidupnya seorang Muslim malah wakil rakyat yang sanggup memijak kaki ke majlis begini dan memahamkan kepadanya tentang "the real picture of Islam"

* Islam itu indah. Keharmonian kejiranan kemasyarakatan dan keadilan sangat diutamakan. Alhamdulillah. Ada orang yg berusaha memahamkan dan tidak mengapikan semangat permusuhan . Allahuakbar

https://www.facebook.com/harakahdaily/posts/10151964244613369

"Hadir Dalam Sebuah Majlis Anjuran Sebuah Pertubuhan Agama Kristian Di Meru", Ini Penjelasan Dr Rani..........


Tak salah berucap di rostrum ada lambang salib, kata Dr Rani

[fmt]- Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abdul Rani Osman berkata tak salah berucap di rostrum yang ada lambang salib.

Beliau yang mempertahankan tindakannya hadir dalam sebuah majlis anjuran sebuah pertubuhan agama Kristian di Meru malam tadi mengakui pihaknya menyedari rostrum yang disediakan ketika berucap dalam majlis itu mempunyai lambang salib namun perkara itu bukan satu isu besar.

Sebaliknya Abdul Rani yang juga ADUN Meru menjelaskan, majlis yang dihadiri oleh kira-kira 100 penganut Kristian itu adalah melibatkan pemberian bantuan dan bukannya upacara keagamaan bukan Islam.

”Saya rasa tidak ada masalah (hadir pada majlis tersebut). Saya wakil rakyat di kawasan DUN Meru dan saya mewakili semua rakyat daripada pelbagai kaum dan agama bukannya Islam sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran gambarnya menerusi laman-laman blog yang menunjukkan ADUN Meru itu berdiri di sebuah rostrum yang tertera lambang salib dan memberikan ucapan dalam satu majlis yang dikatakan dianjurkan oleh sebuah persatuan Kristian di kawasan DUN berkenaan.

Merujuk kepada laman Facebook Abdul Rani, beliau didapati turut memuatkan gambar-gambarnya dalam majlis tersebut selain menceritakan pandangan Pastor Moses Savari yang turut hadir pada majlis berkenaan yang memuji kehadiran beliau.

Mengulas lanjut mengenai penyebaran gambar tersebut, Abdul Rani mengakui dalam majlis itu beliau memberikan ucapan antara lain menjelaskan pandangan Islam terhadap agama Kristian kepada para hadirin.

”Saya beritahu mereka (kepada hadirin), nama Nabi Isa disebut sebanyak 25 kali di dalam al-Quran.

Selain itu saya turut menerangkan ayat al-Quran dalam surah Hujurat bahawa Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya manusia dapat kenal mengenal di antara satu sama lain,” katanya.
IdaMan

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena