Tuesday, 24 December 2013

Yea!, hidup BN, hidup Umno....Pirrahhhh Macai!!!

Rabu, 25 Disember 2013
Yea2, hidup bn, hidup 

umno....Pirrahhhh.

26ramd.blogspot.com

Ko ingt ape? Kerajaan dpt duit dri mana? ade kah hanya org yang bekerja dengan kerajaan sahaja byr cukai? cukai dari rakyat wei, smua rakyat tanpa mengira fahaman politik kena byr cukai. tu sebahagian pendpatan kerajaan.

kalau die bagi contoh, ni haa, contoh dari admin. andai kata kamu ade 3 orang adik beradik, kesemua 3 beradik ni kaya raya, hidup senang. parents kamu dpt duit stiap bln dari 3 adik beradik kamu, tapi, parents kamu tu bagi kesemua duit tu balik dkt adik beradik kamu yg no 1, stiap kali die dapat duit. Adakah ini adil bagi 2 adik beradik yg lain?

BTW, kenapa yang di highlight kn tu kakitangan kerajaan yang berpendapatan tinggi sahaja?

ṪןḰєlคt




Macai meh baca neh!

Bekas Ketua Pengarah Imigresen dipenjara 6 tahun kerana rasuah

Oleh Nor Azura Abdul Jalil

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don, dipenjara enam tahun dan denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, tadi atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM60,000, lima tahun lalu.
Keputusan itu diputuskan Hakim Rosbiahanin Arifin selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
www.hmetro.com.my/

Kes rasuah: Timbalan Pengarah SKMM, isteri dipenjara

Kes rasuah: Timbalan Pengarah SKMM, isteri dipenjara
NOOR Mohamed Khan diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria
Shah Alam: Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan isterinya masing-masing dihukum penjara lima dan empat tahun serta didenda RM2.5 juta oleh Mahkamah Seksyen semalam, selepas didapati bersalah atas kesalahan rasuah, Mac tahun lalu.
Hakim M Bakri Abd Majid turut mengarahkan pasangan itu, Noor Mohamed Khan Mohamad Maslan, 40 dan Suraya Hani Ahmad Zaki, 32, menjalani hukuman setahun penjara lagi jika gagal membayar denda. 
www.bharian.com.my


Bekas Penolong Pengarah MPSJ Dijel 60 Tahun Denda RM1.28 Juta

Oleh Erfieza Mujeini
SHAH ALAM, 12 November – Bekas Penolong Pengarah Jabatan Khidmat Masyarakat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Ahmad Faizal Azhar dihukum penjara 60 tahun dan denda RM1,280,600 kerana membuat tuntutan palsu pembekalan papan tanda dan tong sampah tiga tahun lalu.

Ahmad Faizal, 41, didapati bersalah terhadap 15 tuduhan yang dikenakan di bawah  Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Selain hukuman itu, Hakim Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, Asmadi  Hussin juga menetapkan Ahmad Faizal perlu menjalani hukuman penjara tambahan selama 15 tahun bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda RM1,280,600.

Hukuman berjalan serentak mulai hari ini.

Lima belas tuduhan yang dikenakan ke atas Ahmad Faizal adalah seperti berikut:

Tuduhan pertama: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM80,000
Ahmad Faizal memalsukan butir matan mengenai pembekalan tong sampah Zon Bersih ukuran 580(W) X 740 (D) sebanyak 80 unit Zon Bersih JKP 5 bernilai RM16,000 yang sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun Mohd Basar selaku Pengarah Perancangan Korporat MPSJ melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No. 2010121350 yang mengandungi inbois perniagaan RG No. 03221

Tuduhan kedua: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM90,000
Ahmad Faizal memalsukan butir matan mengenai pembekalan papan tanda besar sebanyak 6 unit dan papan tanda kecil sebanyak 6 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM18,000 yang sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No. 2010121353 yang mengandungi inbois perniagaan RG No. 32863

Tuduhan ketiga: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM90,000
Ahmad Faizal memalsukan butir matan mengenai pembekalan papan tanda besar sebanyak enam unit dan papan tanda kecil sebanyak 6 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM18,000 yang sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No. 2010121345 yang mengandungi inbois Md Yazid bin Mian, No.20198

Tuduhan keempat: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM88,800
Ahmad Faizal memalsukan butir matan mengenai pembekalan papan tanda besar saiz 1.5m x 3m sebanyak 8 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM17,760 yang mana sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No 2010121323 yang mengandungi inbois Md Yazid bin Mian no 00891

Tuduhan kelima: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM35,000
Ahmad memalsukan butir matan mengenai pembekalan  papan tanda besar saiz 1.5m x 5m sebanyak 2 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM7,000.00 yang mana sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No 010121317 yang mengandungi inbois Dutamas Media Communications no 23323

Tuduhan keenam: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM 88,800
Ahmad Faizal didapati memalsukan butir matan mengenai pembekalan papan tanda Informasi Bersih sebanyak 8 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM17,760.00 yang mana sebenarnya pembekalan papan tanda informasi itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun binti Mohd Basar selaku Pengarah Perancangan Korporat MPSJ melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No 2010121348 yang mengandungi inbois Jafiznah Engineering Sdn Bhd no 10115.

Tuduhan ketujuh: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM80,000
Ahmad Faizal didapati memalsukan butir matan mengenai pembekalan tong sampah Zon Bersih sebanyak 80 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM16,000.00 yang mana sebenarnya pembekalan tong sampah itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No 010121330 yang mengandungi inbois Jafiznah Engineering Sdn Bhd no 51529

Tuduhan kelapan: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM90,000
Ahmad Faizal telah memalsukan butir matan mengenai pembekalan  papan tanda Zon Bersih saiz 2.5’ X 5’ sebanyak 6 unit dan papan tanda Zon Bersih saiz 1’ X 3’ sebanyak 6 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM18,000.00 yang mana sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan November 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini Salleh, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Subang Jaya satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011110363 yang mengandungi inbois Md Yazid Mian @ Naiman no 23812

Tuduhan kesembilan: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM97,500
Ahmad Faizal telah memalsukan butir matan mengenai pembekalan  tong sampah Zon Bersih sebanyak 100 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM19,500.00 yang mana sebenarnya pembekalan tong sampah itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan November 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011110361 yang mengandungi inbois Nusa Ventures Enterprise no 221111

Tuduhan ke-10: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM93,000
Ahmad Faizal telah memalsukan butir matan mengenai pembekalan  papan tanda Zon Bersih saiz 2.5’ X 5’ sebanyak 6 unit dan papan tanda Zon Bersih saiz 1’ X 3’ sebanyak 6 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM18,600.00 yang mana sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan  Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Disember 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011121036 yang mengandungi inbois Perak Hitam Enterprise no 020772

Tuduhan ke-11: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM62,000
Ahmad faizal telah memalsukan butir matan mengenai pembekalan  papan tanda Zon Bersih saiz 2.5’ X 5’ sebanyak 4 unit dan papan tanda Zon Bersih saiz 1’ X 3’ sebanyak 4 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM12,400.00 yang mana sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Disember 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011121932 yang mengandungi inbois Gubras Enterprise no 291175
  
Tuduhan ke-12: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM97,500
Ahmad Faizal telah memalsukan butir matan mengenai pembekalan  tong sampah Zon Bersih sebanyak 100 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM19,500.00 yang mana sebenarnya pembekalan tong sampah itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Disember 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 20111121933 yang mengandungi inbois Perniagaan RG tiada no, bertarikh 16hb Disember 2011

Tuduhan ke-13: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM 97,500
Ahmad Faizal telah memalsukan butir matan mengenai pembekalan papan tanda Informasi Zon Bersih sebanyak 10 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM19,500.00 yang mana sebenarnya pembekalan papan tanda Informasi itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Disember 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011121009 yang mengandungi inbois Keris Putih Enterprise no 38323

Tuduhan ke-14: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM93,000
Ahmad Faizal telah memalsukan butir matan mengenai pembekalan papan tanda Zon Bersih saiz 2.5’ X 5.0’ sebanyak 6 unit dan papan tanda Zon Bersih saiz 1.0’ X 3.0’ sebanyak 6 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM18,600.00 yang mana sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Disember 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011121930 yang mengandungi inbois Md Yazid Mian @ Naiman no 23583

Tuduhan ke-15: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM97,500
Ahmad Faizal telah memalsukan butir matan mengenai pembekalan tong sampah Zon Bersih sebanyak 100 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM19,500.00 yang mana sebenarnya pembekalan tong sampah itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Disember 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011121931 yang mengandungi inbois Nusa Ventures Enterprise no 151111.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah binti Kasran dan Yusliza Yusof manakala tertuduh diwakili Mohd Shahrullah Khan bin Nawab Zadah Khan. Hakim turut menetapkan wang jaminan RM50,000 sementara menunggu peguam bela memfailkan rayuan ke peringkat Mahkamah Tinggi.

Tamat.
www.sprm.gov.my

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena