Monday 30 December 2013

Apa masalahnya? Kalau himpunan 31 Disember tu bercanggah dengan Perlembagaan PAS sekali pun...

Isnin, 30 Disember 2013


Aku sebenarnya tak peduli pun PAS sokong atau tak, bercanggah dengan Perlembagaan PAS malah kalau betul salah di sisi undang-undang negara sekali pun. Tujuannya himpunan tu pada aku sangat jelas, nak desak kerajaan berhenti menzalimi rakyat dengan kenaikan harga yang nampak semakin menggila dengan alasan yang BANGANG pulak tu.


Utusan melaporkan:
Tindakan Dewan Pemuda Pas untuk menyertai perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup yang berlangsung serentak dengan Himpunan Guling Kerajaan pada malam tahun baharu 2014 jelas bertentangan dengan Perlembagaan parti.

Bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha (gambar) berkata, di dalam perlembagaan parti itu, Fasal 6 (6) dengan jelas menyatakan bahawa Pas hanya akan bekerjasama dengan badan, pertubuhan atau persatuan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang negara. - Utusan.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
Iklan teks di sini Cuma RM10 sebulan (PROMOSI)
Saja ja aku petik laporan Utusan ni, takdak apa pun kalau setakat kenyataan BEKAS ahli PAS macam Norman Taha yang dipecat bersama dengan Dr. Hasan Ali tu.

Bercanggah dengan Perlembagaan PAS apanya? Sangat jelas tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 (1):
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b)semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata; - Perlembagaan Persekutuan.
Rohnya sangat jelas, sama jelas dengan roh Perlembagaan PAS Fasal 6 (6) yang dia petik tak lengkap dengan rohnya tu.
Perlembagaan PAS Fasal 6. Usaha-Usaha:
(6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara. Perlembagaan PAS.
Rohnya ada pada ayat "tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mustahak dan sesuai".

Kalau nak kira bercanggah undang-undang negara, Akta ISA dan banyak lagi akta yang zalim tu pun undang-undang negara jugak bahkan dengan kuasa majoriti dalam Parlimen nakk luluskan undang-undang haramkan PAS pun boleh kalau Umno BN nak.

Bab himpunan nak "menggulingkan kerajaan" tu cuma orang bangang ja yang percaya dengan dakyah fitnah mengarut macam tu.

Harakahdaily melaporkan:
PAS bersedia untuk bersama-sama menyertai Himpunan Turun yang akan diadakan menjelang tahun baru akan datang sebagai permulaan kepada siri-siri himpunan seterusnya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli melihat himpunan yang akan diadakan pada malam 31 Dis anjuran NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) itu bersesuaian dengan perjuangan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada Harakahdaily, Dr. Hatta yang juga Penyelaras Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) menegaskan selepas Himpunan Turun itu, PAS akan terus menyokong mana-mana himpunan yang diadakan selepas itu, sekiranya bersesuaian dengan perjuangan PAS.

Sebagai contoh, katanya PAS akan sama-sama menggerakkan Himpunan Bantah GST yang dirancang diadakan pada Hari Buruh, 1 Mei akan datang. - Hrkh.
Aku sebenarnya tak peduli pun PAS sokong atau tak, bercanggah dengan Perlembagaan PAS atau tak malah kalau betul salah di sisi undang-undang negara sekali pun. Tujuannya himpunan tu pada aku sangat jelas, nak desak kerajaan henti menzalimi rakyat dengan kenaikan harga yang nampak semakin menggila dengan alasan yang BANGANG pulak tu.


Sumber: Apa masalahnya kalau himpunan 31 Disember tu bercanggah dengan Perlembagaan PAS sekali pun? | Cenangau Daunkari http://cenangau.blogspot.com/2013/12/himpunan-guling-kerajaan-bercanggah-perlembagaan-pas.html#ixzz2ov2EblGj
Follow us: @cenangau on Twitter | CenangauDkari on Facebook

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena