Sunday 29 December 2013

Tuduhan guling kerajaan alasan dangkal...(Walaupun bersaiz otak kecil)...

Isnin, 30 Disember 2013
Walaupun bersaiz otak kecil
Walaupun bersaiz otak kecil, tapi imaginasi Macai memang kaw-kaw... bwahahaha habes laaaa tergolek kerajaang Malaysia neh.... — bersama Zainulfaqar Yaacob dan 24 yang lain.
Gambar: Walaupun bersaiz otak kecil, tapi imaginasi Macai memang kaw-kaw... bwahahaha habes laaaa tergolek kerajaang Malaysia neh....

Siapa tak TURUN 31hb ni jgn memekak pasal harga brg mahal
Gambar: siapa tak TURUN 31hb ni jgn memekak pasal harga brg mahal
  • Hamdan MrDan Tahukah anda? aku duduk dlm rumah bosan,okay bukalah Tv, TV biasa je tiada Astro,Buka TV1 kutuk PR,buka TV2 kutuk PR,Buka TV3 perghhh lagi hebat kutuk PR... hurmmm nak masuk Astro lah,masuk 27hb (masuk Free) dah masuk Astro satu cerita,188X ulang tayang... Sampai 28hb TV jadi gelap,(ni mesti kena potong ni), angkat Fone call astro, encik, kenapa tv saya jadi gelap? astro jwb Encik kena byr bil dulu baru boleh cerah, Aku ckp xboleh tunggu cukup bulan ke baru potong.. 27hb belum dpt gaji... Astro ckp encik masuk 27hb, mesti 27hb bayar, (kejamnye) okay takpelah,TV gelap smpai 30hb gaji aku byr... tiba2 time nak byr kena denda Rm20 (penyambungan) n cukai 6%, perghhh kalau tiap2 bulan mcm ni masyakkk! Tiba2 teringat kata menteri, "kalau taksuka Astro,Tgok tv biasa", Okay aku STOP Astro, tgoklah TV biasa yg hari2 kutuk PR tu... tiba2 teringat eletrik pula naik, ok aku tutup terus TV.. Sembang2 dahaga pula.. jalan kaki pergi Market nk beli gula dgn kopi, tgok Harga gula mahal, tiba2 teringat kata2 menteri, "Gula mahal sbb nak elakkan Diabetis", ok tak jadi beli gula, balik minum kopi kosong je.. dah minum air dpt call member ajak pergi rumah dia ada kenduri sikit, ok start kereta, tiba2 teringat kata2 menteri, "jgn guna Tol kalau mahal,guna jln lama" tapi kalau aku guna jln lama jauh, minyak pulak mahal(kataku dlm hati),,, okay takjadi naik kereta,naik.basikal je... dlm 1jam 45min smpai rumah kwn, Sampai rumah kwn, kwn hidang air kosong+nasi dgn sayur.. aku tanya kwn, mkn sayur je ke? kwn jwb "yerla kan menteri ckp kalau ayam mahal mkn daging, kalau daging mahal mkn ikan,Skrg ni semua mahal,mkn sayur jela murah" ok lepas mkn nk blk lah.. kayuh basikal smbil terfikir apa la nak jadi dgn malaysia ni, tiba2 teringat kata menteri "kalau taksuka dgn malaysia,Sila keluar dari Malaysia" ok sampai je rumah aku kemas barang2 dan aku berpindah ke planet PLUTO. Sekian..
  • Kecik Amk Pju Slalu ni macai2 je.... x caya cer lepak kat kedai2 kopi... merungut je,
    4 · 2 jam yang lalu melalui mudah alih

Tuduhan guling kerajaan alasan dangkal


KUALA LUMPUR: Menuding suara rakyat membantah kenaikan kos sara hidup dengan tuduhan mahu menggulingkan kerajaan adalah dangkal dan tidak menghormati sentimen rakyat yang terpaksa menanggung bebanan keperluan harian yang semakin berat, bidas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim),  Mohd Azmi Abdul Hamid.
Menurut beliau, tuntutan rakyat supaya kerajaan mengawal dan menurunkan kos hidup yang semakin meningkat menerusi perhimpunan 31 Disember ini adalah wajar.
 “Perhimpunan yang bertujuan supaya suara rakyat untuk menuntut  pihak kerajaan mengambil langkah mengatasi isu kenaikan kos hidup yang meningkat   tidak harus dipandang serong.

“Kami mengingatkan bahawa jika kerajaan terus menerus dengan sindrom menafi berlakunya kenaikan kos , dan kerajaan mendakwa  bahawa kini kos sara hidup adalah manasabah dan meningkatnya kos tidak dapat dielakkan , maka rakyat pasti akan melihat kerajaan ini tidak bertanggungjawab,” tegas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Mohd Azmi berkata,  jurang kaya miskin di negara ini masih ketara dan wujud kelompok berpendapatan tinggi di negara ini yang hidup mewah termasuk di kalangan pemimpin dan ahli keluarga pemimpin.


Beliau mempersoalkan kewajaran rakyat untuk berdiam diri apabila wujud kepincangan dalam pengurusan kewangan negara sedangkan para pemimpin dan keluarga mereka terus menonjolkan kemewahan dan tidak prihatin terhadap kenaikan sara hidup yang  ditanggung rakyat bawahan.

“Tidak dapat dinafikan dengan kadar kenaikan sara hidup yang mendadak , keresahan rakyat akan beransur-ansur memuncak dan akhirnya keadaan tidak boleh terkawal lagi.

“Keresahan ini bukan suatu yang dibuat-buat , apatah lagi tidak boleh dengan mudah dituduh perhimpunan yang digembleng bertujuan untuk menggulingkan kerajaan,” jelas beliau.

Beliau menyifatkan dakwaan kononnya perhimpunan Turun pada 31 Disember ini bertujuan menggulingkan kerajaan adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab , malah menjadi petanda wujudnya sindrom nafi (denial syndrome)  di kalangan pemimpin negara.
“Kesempitan hidup kini dirasai oleh semua peringkat rakyat terutama di kalangan golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang merupakan lebih 80 % dari keseluruhan penduduk di negara ini.

“Kesan berganda dan berangkai terhadap kos sara hidup pasti tidak dapat dielakkan bila kos pengangkutan naik serentak dengan kenaikan harga minyak mahupun tol lebuhraya,” tegas beliau.

Jika benar pemimpin kerajaan mengutamakan rakyat seperti yang sering didakwa , beliau menggesa supaya isu kos hidup ini ditangani segera.

“Langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan ialah menangani isu-isu utama ini dan menghormati suara rakyat yang mahu menyatakan kerasahan mereka melalui perhimpunan aman,” katanya.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena