Tuesday, 24 December 2013

BR1M Tak Laku Lagi Buat Rakyat !...Pengundi Melayu dah mula marah...

Selasa, 24 Disember 2013

BR1M Tak Laku Lagi Buat Rakyat !


Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sudah tidak mampu melonjakkan populariti Barisan Nasional (BN) seperti mana yang berlaku sebelum pilihan raya ke 13 dahulu.

Ini kerana menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan raya (UMCEDEL), pemberian tersebut telah pun dianggap biasa oleh penerima sehinggakan mereka meletakkan harapan yang lebih tinggi supaya kerajaan memberikan jumlah yang lebih besar.

Pengarah UMCEDEL, Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, kerajaan perlu mencari kaedah lain untuk memikat hati rakyat dan tidak boleh lagi berharap lagi kepada BR1M.

Jelasnya, walaupun jumlah pemberian BR1M telah ditingkatkan kepada RM650 pada tahun depan berbanding RM500 sebelum ini, hasil kajian mendapati rakyat masih merasakan ianya tidak mencukupi untuk mengurangkan beban mereka.

Tambahan pula, rakyat merasakan tiada lagi keistimewaan sebagai penerima BR1M kerana ia sudah terlalu kerap berbanding semasa menerimanya buat pertama kali.

"Bila sudah terlalu kerap, penerima akan merasakan ia adalah sesuatu yang biasa dan mereka pula meletakkan harapan yang tinggi iaitu mahu jumlah yang lebih besar dan pemberian yang lebih kerap.

Ini sifat biasa bagi seseorang manusia,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Agihan BR1M 1.0 dilaksanakan pada 2012 di mana populariti BN telah melonjak kepada 49 peratus pada ketika itu.

Bagaimanapun menurut kajian terbaharu UMCEDEL 'Enam bulan selepas PRU13' mendapati 52 peratus responden tidak bersetuju bahawa bantuan tersebut mampu meningkatkan sokongan rakyat kepada BN.

Setakat ini, BR1M sudah diagihkan sebanyak dua kali manakala bagi pemberian ketiga, pendaftaran permohonan telah bermula semalam.

Menerusi BR1M 2.0 tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan RM2.9 bilion yang memberi manfaat kepada 6.8 juta penerima.

BR1M 2014 dijadual diagihkan mulai Februari depan kepada sehingga 7.9 juta penerima membabitkan peruntukan RM4.6 bilion. 

MalaysiaGazette

Umno Tidak Lagi Relevan Untuk Memperjuangkan Nasib Rakyat, Kata Ridhuan Tee !?



Pensyarah Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, hari ini memberi amaran bahawa kumpulan pengundi Melayu yang mula marah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) disebabkan kenaikan mendadak beberapa barangan termasuk tol akan menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah, beliau turut menyuarakan kebimbangan jika parti pembangkang yang digelarnya sebagai "ultra kiasu" cenderung kepada Islam, Umno sudah hilang kredibiliti dan tidak lagi relevan untuk memperjuangkan nasib rakyat di negara ini.

"Peringatan saya kepada Umno BN, jangan biarkan hati Melayu semakin terluka.

Tidak mustahil Melayu akan beralih kepada parti ultra kiasu. Kempen mereka sedang berjalan.

"Jika satu hari nanti ultra kiasu cenderung kepada Islam, saya bimbang ketika itu, Umno sudah tidak relevan lagi, kerana mereka sudah ada PAS.

Hari ini Melayu masih bersama Umno kerana tawar hati dengan PAS bersama ultra kiasu, penentang Islam," katanya dipetik daripada kolum beliau di Sinar Harian.

Lihat disini juga
IdaMan

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena