Tuesday, 24 December 2013

Video Lahad Datu - Ikan 'bergelimpangan' di pantai...Peringatan atau Fenomena!

Selasa, 24 Disember 2013
Published on Dec 24, 2013
No description available.


Ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu



SHAH ALAM - Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.

Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.


Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.

"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.

"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.

"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.

Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.



Orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami 

Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.

Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.

Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.

Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.

Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.

Buletin Pakatan Rakyat telah berkongsi pautan.

Petanda..
bukan hanya ikan tamban, kerang juga mendarat di perairan Sabah. — bersama Muhammad Yasser A Rashid.

Gambar: bukan hanya ikan tamban, kerang juga mendarat di perairan Sabah.

Buletin Pakatan Rakyat telah berkongsi gambar DPP Malaysia 





Buletin Pakatan Rakyat telah mengongsi status Zam Usop PA.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena