Monday 30 December 2013

Video “Mana anak Rosmah dapat banyak duit beli kondo? SPRM kata tiada kuasa...

Selasa, 31 Disember 2013

Video bagaimana Riza Aziz anak Rosmah Mansor beli kondo 110juta

Posted 2013/12/31 by Ana Ghoib
Published on Dec 30, 2013
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz perlu menjelaskan kemampuannya sehingga didakwa berupaya membeli hartanah bernilai RM110 juta di New York.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz perlu menjelaskan kemampuannya sehingga didakwa berupaya membeli hartanah bernilai RM110 juta di New York.
Rafizi berkata, Riza Shahriz, 36 tahun itu perlu mendedahkan bagaimana penerbit filem itu mendapatkan wang untuk membeli hartanah mewah tersebut dan identiti rakan niaganya.
Katanya, warga Malaysia pastinya mahu mengetahui siapa rakan niaga di belakang anak isteri perdana menteri itu.
Katanya, masyarakat akan mendapat gambaran mengenai kehidupan Riza Shahriz sekiranya mengetahui bagaimana wang itu diperolehi.
“Saya yakin bukan wang simpanan walaupun dia simpan dari kecil dari ibunya, jadi kita tahu siapa pelabur beliau, yang begitu bermurah hati beri wang begitu banyak,” kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Rafizi ketika menjawab soalan wartawan berkata tidak logik bagi seorang pegawai pelaburan bank mengumpul wang yang cukup dengan hanya bekerja seperti itu.
“Umur sebaya saya, berdasarkan pendapatan saya sendiri, saya tahu berapa banyak pendapatan beliau sebagai ‘pengurus pelaburan’.
“Beliau pernah kerja di KPMG dan HSBC London, paling banyak pun, beliau dapat GBP100,000 setahun, bulanan lebih kurang GBP8,000.
“Jika tolak pelan kesihatan, cukai pendapatan mungkin maksimum dapat jimat GBP3,000 pound sebulan, lebih kurang RM 150,000 setahun.
“Beliau kerja lapan tahun jadi terkumpul sepatutnya RM1.5 juta bukan RM110 juta,” kata beliau
Laporan laman Sarawak Report menyebut, anak lelaki Rosmah daripada perkahwinan terdahulu itu membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York itu pada 19 November tahun lalu.
Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza hartanah tersebut dilengkapi dengan tujuh bilik.
Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.

“Mana anak Rosmah dapat banyak duit beli kondo?

(Ainudin Othman)
PETALING JAYA 30 DIS: Anak Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz perlu menjelaskan kepada umum sumber kewangannya sehingga boleh membeli unit kondominium USD33.5 juta (RM110 juta) di New York seperti dilaporkan portal Sarawak Report.

“Berdasarkan gaji beliau yang bekerja dengan KPMG dan HSBC London selama lapan tahun, memang tidak logik beliau mampu beli kondo semahal itu.

“Kecuali gajinya mencecah berjuta-juta ringgit sebulan, baru dia mampu membeli kondo tersebut menggunakan duitnya.

“Saya jangkakan jumlah yang beliau boleh simpan dalam setahun berdasarkan gaji beliau selepas ditolak perbelanjaan adalah sebanyak RM 150 000 sahaja,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat KEADILAN.

Kata Rafizi, Riza juga perlu menjelaskan penglibatan beliau dalam bidang pelaburan perfileman di Hollywood dengan jumlah yang besar.

“Beliau menceburi bidang pelaburan perfileman menggunakan wang pelabur dari Asia dan Timur Tengah.
“Jadi, kita nak tahu siapa pelabur dalam syarikatnya yang mempunyai wang sebanyak itu dan bermurah hati memberinya wang membeli kondo tersebut.

“Mengikut laporan yang kita baca dalam Sarawak Report dan lain-lain, cara beliau melabur tidak secara konvesional iaitu memerlukan sokongan bank, jaminan dan lain-lain,” ujarnya.

Tambah Rafizi, beliau akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berikutan ada laporan yang mengaitkan penglibatan syarikat tersebut dalam isu ini.

“Saya akan dapatkan penjelasan. Walaupun berdasarkan pengalaman saya, amat sukar untuk memperoleh jawapan daripada pihak 1MDB,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p
SPRM kata tiada kuasa dakwa pembelian kondominium mewah anak Rosmah di New York

Keratan akhbar berbahasa Inggeris yang melaporkan berkenaan pembelian kondominium mewah oleh anak lelaki Rosmah Mansor.

Badan pencegah rasuah Malaysia tidak boleh menyiasat pembelian kontroversi kondominium mewah bernilai RM100 juta anak tiri Perdana Menteri kerana tiada undang-undang untuk menyiasat individu yang membeli aset di luar kemampuan mereka.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan mereka mencadangkan agar klausa itu dimasukkan ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 akan tetapi Putrajaya masih belum membentangkannya di Parlimen.

“Walapun ini bukanlah fungsi penuh kami, SPRM mengalu-alukan perkara ini dimasukkan ke dalam cadangan pindaan Akta yang akan dibawa ke Parlimen tahun hadapan,” katanya badan itu dalam satu kenyataan malam tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas ahli politik pembangkang mendesak SPRM menyiasat pembelian kondominium mewah penerbit filem Riza Shahriz Abdul Aziz di New York. Riza yang juga merupakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam perkahwinan sebelumnya.

Laporan media mengatakan lelaki berumur 36 tahun itu bekerja dalam industri perbankan di London di mana beliau mengumpul kekayaannya dalam ekuiti dan hartanah. Riza juga memiliki Red Granite yang menerbitkan filem terbaru lakonan bintang Holywood Leonardo DiCaprio, “Wolf of Wall Street” - diarahkan oleh Martin Scorsese.

Seorang kolumnis hiburan menulis tentang pembelian kondominum mewah ini pada Disember 2012 akan tetapi berita tentangnya hanya menjadi tajuk berita selepas laman sesawang Sarawak Report melaporkannya minggu ini, mempersoalkan pembelian tersebut.

Kondominium tersebut dikatakan antara paling mahal dan eksklusif di dunia, kata kolumnis tersebut, mempunyai 15 bilik dengan keluasan 7,738 kaki persegi dengan pemandangan menarik dari beranda seluas 1,244 kaki persegi.

Akan tetapi laman sesawang hartanah New York, The Real Deal mengatakan Riza membeli hartanah mempunyai tujuh bilik di West 63rd Street Park Laurel pada 19 November, 2013.

LA Times melaporkan minggu ini Red Granite mendapatkan wang daripada sekumpulan pelabur tidak dikenali dari Timur Tengah dan Asia dan hanya akan membiayai filem ini sahaja. Wolf of Wall Street dilaporkan berkos AS$100 juta di mana Red Granite mengeluarkan dana sepenuhnya.

Bagaimanapun, ahli politik pembangkang Malaysia lebih berminat kepada hartanya berbanding cara beliau berniaga dengan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mengatakan,” “Pendedahan tersebut mengejutkan. Pada ketika rakyat bergelut dengan kenaikan kos sara hidup, sesetengah pihak berbelanja mewah.”

“Dari manakah dia (Riza Shahriz) mendapat wang sebanyak itu? Kerana angkanya terlalu besar iaitu RM110 juta,” katanya semasa mendesak SPRM menyiasat perkara tersebut.

Menurut SPRM, tindakan menyiasat individu yang hidup di luar kemampuan mereka juga dicadangkan oleh panel penasihat badan pencegah rasuah itu termasuk jawatankuasa khas Parlimen dalam isu rasuah.

Katanya laporan tahunan SPRM 2012 juga menyatakan keperluan untuk akta dipinda bagi membolehkan individu mengisytiharkan harta mereka sebelum penyiasatan awal dilakukan terhadap mereka.

“Suruhanjaya dan orang ramai melihat ini sebagai penghalang terhadap usaha untuk memerangi rasuah dengan lebih efektif oleh kerana masih terdapat pemegang jawatan atau penjawat awam mempunyai aset di luar kemampuan mereka,” kata SPRM. – tmi

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena