Thursday 19 December 2013

2013 Peperiksaan PMR yang terakhir... Result PMR digenggam kemas..memang sah dapat penampar..

Jumaat, 20 Gisember 2013

Gambar hiasan

Keputusan PMR 2013

Keputusan PMR 2013 merupakan peperiksaan PMR yang terakhir . Akan menjadi sejarah PMR ini kerana 2014 nanti tidak akan dilaksanakan lagi. PBS atau Sistem Pengurusan Pentaksiran Berdasarkan Sekolah akan menggantikan PMR.

Tahniah kepada pelajar yang akan menduduki PMR 2013 nanti. Anda adalah pelajar yang terakhir menduduki peperiksaan PMR.

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau PBSmerupakan satu sistem untuk mengantikan Peperiksaan Menengah Rendah atau PMR . Satu lagi tugas guru untuk melaksanakan sistem ini. Jadi pada tahun 2013 merupakan tahun akhir bagi Peperiksaan Menengah Rendah atau PMR ini.

Semua subjek dan tidak terkecuali untuk dilaksanakan dalam Sistem PBS ini. Masing-masing masih terpinga-pinga untk melaksanakan nya.Keputusan PMR 2012 merupakan peperiksaan sebelum akhir PMR dilaksanakan.PMR 2013 adalah peperiksaan Akhir.Sejarah PMR akan terpahat pada tahun 2013 iaitu peperiksaan PMR yang terakhir.

Mungkin satu sistem yang baru untuk membandingkan atau persaingan antara sekolah akan diwujudkan.Jika tidak , bagaimana untuk menilai sesebuah sekolah itu hebat akademik nya.Ranking atau kedudukan sekolah sukar dinilai kerana PBS dilaksanakan berdasarkan sekolah.SUdah tentu semua sekolah berhajat untuk menjadi yang Terbaik. Wallahualam.
Posted by 
Nafas Razak tersekat2.. Lututnya mengigil2..
Nafas Razak tersekat2.. Lututnya mengigil2.. Result PMR digenggam kemas.. 4C.. 3D.. 1E.. Terus terbayang wajah bapaknya yg garang bak Lion King.. Memang sah dapat penampar.. Razak mengeluh, menyesal dgn sikapnya yg malas belajar.. Masa exam, semua dijawab mengkhinzir buta.. 

Sampai di rumah, bapaknya menunggu di muka pintu.. Razak meneruskan langkah longlai dan bersiap sedia menerima tamparan bap
aknya..

Bapak: Hah Jak.. macamana dgn PMR kau?..
Razak: Err... 4C.. 3....
Bapak: 4C? habis tu A takde langsung?
Razak: Takde Pak...

Razak memejam mata sambil menunggu tamparan Lion King.. Tiba2 bapaknya menepuk2 bahu Razak..

Bapak: Alhamdullilah.. Syabas Jak.. Syabas...
Razak: Hah? Bapak perli Jak ke?
Bapak: Tak Jak. Bapak tak perli Jak.. Jak mempunyai masa depan yang cerah Jak..

Razak semakin pening.. Bapaknya sekarang bukan bapaknya yang dulu.. Dulu ditendang sekarang Jak disayang.. Aisshh.. Bapakku terminum air ketum ke ni? Fikir Razak..

Razak: Kenapa bapak cakap macam tu?
Bapak: Kau berpotensi jadi MENTERI Jak..
Razak: Maksud bapak..
Bapak: Yelah.. kan MENTERI2 semua jawab tak "pakai otak" samala macam kau Jak...
Razak: Errrrrrr..""

#copynpaste

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena