Wednesday 18 December 2013

Rosmah mengaku pernah disoal siasat enam jam oleh Bukit Aman kerana kes Altantuya? Iye ke?

Khamis, 19 Disember 2013
gambar hiasan
Gambar hiasan/Selangorkini
rosmah mansor
Satu shj komen admin MRM bahawa dlm kes Datin Seri Rosmah Mansor ini tiada langsung bukti terutama berkaitan kes beliau dengan Altantuya yg sentiasa menjadi momokan blogger pro PR. Baca di bawah otai blogger pro PR menulis dari sumber Blog Sungai Derhaka yg dikenali sebagai blog ketiga paling dicari di Msia tahun 2013 oleh Google Zeitgiest Malaysia.
Semalam boleh dikatakan majoriti Blogger UMNO Pro Rosmah Mansor menyiarkan surat yang dikatakan ditulis oleh Rosmah ini..
Entah betul atau tidak Rosmah yang tulis aku sendiri kurang pasti tapi aku yakin macai Pro Rosmah ni tak akan buat cerita yang bukan-bukan.
Dalam surat ini Rosmah menjawab beberapa perkara yang dikatakannya sebagai fitnah terhadap diri dia, walaupun dah bertahun perkara itu diperkatakan..
Rosmah mendakwa dirinya telah disoal siasat oleh Polis selama enam jam berikutan dituduh sebagai dalang kes Altantuya..
Surat ini di copy oleh blogger DSD dari Blog ParpuKari.. Bacalah!

Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.
Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan. Pembaca yang amat dikasihi; Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini.
Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.....
Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006
Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu
Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.
Posted 2013/12/19 by Ana Ghoib in Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena