Monday, 30 December 2013

Peraduan email palsu, hadiah RM1000.00 - Rafizi

Isnin, 30 Disember 2013

Foto


Peraduan email palsu paling kreatif, syarat-syarat penyertaan


Email_PalsuRafizi Ramli dengan semangat mudanya mengotakan janji dengan melancarkan peraduan menulis email palsu paling kreatif dengan hadiah wang tunai RM1000.
Ia tindak balas pihak polis yang menyiasat beliau hanya berpandukan email palsu blogger Umno.
Rafizi menjemput sesiapa sahaja untuk menyertainya. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut;
1) Email palsu itu hendaklah dialamatkan kepada salah seorang sama ada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi atau Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Email yang perlu digunakan adalah seperti berikut:
Dato’ Seri Najib Tun Razak – najib@pmo.gov.my
Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi – ahmadzahid@moha.gov.my
Tan Sri Khalid Abu Bakar – abkhalid@rmp.gov.my
2) Untuk layak menyertai pertandingan ini, setiap email yang dihantar kepada salah seorang dari mereka perlulah disalinkan kepada pertandinganemail@gmail.com
3) Peserta pertandingan bebas menulis apa-apa tajuk asalkan tidak melanggar undang-undang.
4) Setiap email yang ditulis akan dipamerkan di blog ini untuk kegunaan umum.
5) Pertandingan ini dibuka selama seminggu bermula hari ini 30 Disember 2013 dan berakhir 6 Januari 2014. Pemenang akan diumumkan pada 10 Januari 2014.
6) Penyertaan akan diadili mengambil kira kelucuan email dan perkaitan email dengan isu-isu semasa negara.
7) Pemenang akan dihubungi untuk urusan hadiah.
Segala persoalan boleh diajukan ke pertandinganemail@gmail.com , contoh email palsu pertama di atas boleh dibaca dihttp://emailpalsu.blogspot.com/

EkELEH.COM

Rafizi anjur pertandingan emel palsu, hadiah RM1000.00

PETALING JAYA 30 DIS: Ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli menganjurkan pertandingan mengarang emel palsu dengan hadiah sehingga RM1,000 untuk melihat sama ada polis akan bertindak ke atas perbuatan seperti itu.
“Saya, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan dengan ini menganjurkan satu pertandingan email palsu yang menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 bertujuan menguji sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil individu-individu yang disabitkan di dalam email palsu ini, seperti mana mereka memanggil dan menyiasat saya,” kenyataan Rafizi dipetik.
Syarat-syarat pertandingan adalah email palsu itu hendaklah dialamatkan kepada salah seorang sama ada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara,
Untuk layak menyertai pertandingan ini, setiap email yang dihantar kepada salah seorang dari mereka perlulah disalinkan kepadapertandinganemail@gmail.com
Menurut penganjur, pertandingan dibuka selama seminggu bermula hari inim 30 Disember 2013 dan berakhir 6 Januari 2014. Pemenang akan diumumkan pada 10 Januari 2014.
Maklumat lanjut berhubung pertandingan boleh diperolehi melalui laman blogemailpalsu.blogspot.com.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57841

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena