Tuesday 31 December 2013

Tiada KEGANASAN pun...Cantek aje....Belasan ribuan Demo TURUN!

Rabu, 1 Januari 2014

Fairuz Anwar's photos

[MK] Bagi menghadapi tahun kenaikan harga barangan dan perkhidmatan 2014, orang ramai mula memenuhi jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan mereka.

Gambar: 31 Dis 2013 , 07.35pm ~ Hampir 200 para peserta berkumpul disekitar kawasan sogo. Segelintir daripada para peserta himpunan bersembahyang secara berjemaah di hadapan Sogo.
31 Dis 2013 , 07.35pm ~ Hampir 200 para peserta berkumpul disekitar kawasan sogo. Segelintir daripada para peserta himpunan bersembahyang secara berjemaah di hadapan Sogo.
Perhimpunan yang dipimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) akan menyaksikan tiga tempat berkumpul, iaitu pusat membeli belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

Mereka merancang berarak ke Dataran DBKL dan seterusnya ke Dataran Merdeka, tempat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan konsert tahun baru.

Pihak berkuasa menganggap perhimpunan mahu menggulingkan kerajaan dan polis melabelnya sebagai perhimpunan haram.

Polis juga mendakwa terdapat senjata berbahaya dan bom akan dibawa dalam perhimpunan itu tetapi penganjur menafikannya.

Pengerusi TURUN Mohd Azan Safar sebaliknya menyifatkan isu itu ditimbulkan untuk mengalih perhatian terhadap kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang diketengahkan mereka.

LAPORAN LANGSUNG
[HD] 12.15 AM: Himpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Fadhli Saari.

Penganjur kemudian mengumumkan himpunan bersurai.

12.10 AM: Kelihatan peserta himpunan mula beredar keluar dari kawasan Dataran Merdeka dengan aman. Tiada kekacauan berlaku.

Pertama kali dalam sejarah tiada persembahan bunga api di Dataran Merdeka pada malam ini.

11.56 PM: Beberapa minit menjalang detik 12 malam memasuki tahun 2014. Dataran Merdeka masih aman. Peserta himpunan Turun memenuhi kawasan padang dan persekitaran Dataran.

Pihak polis dan anggota DBKL dilihat terus berkawal.

11.30 PM: Pesembahan dan musik dihentikan. menunggu detik jam 12 malam. Kelihatan ada dikalangan penonton mula bergerak keluar dari kawasan dataran.

11.20 PM: Suasana himpunan masih aman, tiada sebarang kekecohan. Sebahgian peserta sudah memasuki kawasan Dataran.


[MK] 12:00 Dataran Merdeka – Pengarah Strategi PKR memberi ucapan di tepi pentas, atas jalan di Dataran Merdeka.
Katanya, mereka harus turun ke jalan raya kerana perdana menteri hanya kenal suara demonstrasi seperti itu.

"Kita akan terus lawan kenaikan harga barang. Kalau tak turun, kita turunkan Najib," kata beliau.

Tepat jam 12 waktu di telefon, percikan bunga api dilepaskan ke udara tetapi jam di bangunan Sultan Abdul Samad menunjukkan pukul 12.05 malam.

11.50pm, Dataran Merdeka – Suasana di padang senyap sebentar. Peserta himpunan dan polis kelihatan melihat jam masing-masing untuk menunggu detik jam 12 tengah malam.

Sebahagian penonton konsert tidak puas hati berkata “baliklah” dan sebahagian lagi melaungkan 1Malaysia kepada peserta himpunan.

11.30pm, Dataran Merdeka – Konsert di Dataran Merdeka ditamatkan. Pegawai DBKL dilihat berbaris di depan pentas yang lampunya sudah ditutup.

11pm, Dataran Merdeka – Selepas 15 minit berdiri berdepan dengan pegawai polis dan DBKL di depan Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan, peserta himpunan cuba memecahkan hadangan sekali lagi.

Diketuai dua individu dengan bendera Malaysia, mereka dilihat melepas kepungan polis ke Dataran Merdeka. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak melakukan apa-apa untuk menghalangnya.

10.55pm, Persimpangan Jalan Raja-Jalan Raja Laut - Pemuda PAS membuat satu bulatan dan mula berucap mengenai kempen anti kenaikan tarif elektrik mereka.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dan beberapa pimpinan peringkat negeri dan kebangsaan memberi ucapan mengenai apa yang didakwanya kezaliman kerajaan BN.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad pula menggesa para hadirin agar tidak terpedaya dengan keputusan PM menurunkan beberapa kos kerajaan.

"Kenapa Najib terpaksa menaikkan harga barang walau tahu beza Rakyat? Sebab keborosan dia, sebab ketirisan, sebab PKFZ, sebab beli kondo anak dia.

"Hari ini dia kata nak melakukan perkara betul tak mahu populis, Jadi selama ini dia tak lakukan perkara betul," kata beliau sebelum menambah bahawa BN bermaksud “Bankrap Negara”.

10.45pm, Dataran Merdeka – Peserta himpunan TURUN cuba melepasi barisan kedua polis.

Pegawai DBKL membantu menolak kembali peserta menyebabkan orang ramai terhimpit.

OCPD Dang Wangi kemudian tampil menenangkan keadaan.

“Bertenang, sabar. Bunga api di sebelah kamu, bukan sebelah sini, kita tunggu sama-sama,” katanya berseloroh.

“Jangan ganggu polis. Kami hanya menjalankan tugas menjada kedua-dua belah (peserta himpunan dan hadirin konsert). Saya minta kerjasama,” katanya.

103.0pm, Dataran Merdeka – Kira-kira 7,000 orang berkumpul di hadangan berdekatan persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Raja.

10:15pm Menara DBKL - Lebih 3,000 peserta diketuai SMM dan pemimpin mahasiswa tiba di Menara DBKL yang diawasi puluhan pegawai keselamatan.

Mereka kemudiannya terus ke persimpangan jalan Tun Perak untuk bergabung dengan peserta di dataran merdeka.

Mereka melepasi benteng polis di hadapan dataran merdeka tanpa halangan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena