Friday 4 July 2014

Fitnah, siapa yang ajar? Luahan Sedih Anak Penjual Kuih Pukis Ramadhan

Jumaat, 4 Julai 2014

Luahan Sedih Anak Penjual Kuih Pukis Ramadhan Difitnah


Penulis pasti, ada antara korang yang telah menerima Whatsapp gambar di atas. Atas niat untuk bergurau agaknya kuih pukis yang dijual makcik ini di sebuah bazar Ramadan di Muar telah diedit huruf S sekaligus menjadikan nama kuih ini satu carutan.

Apabila gambar sudah tersebar di laman sosial terutama menerusi aplikasi mesej Whatsapp, anak makcik ini berasa kurang senang lalu bertindak mewakili keluarganya membuat pembetulan nama sebenar kuih yang telah diserongkan.

Dia juga meluahkan perasaan terkilannya dengan perbuatan tidak bertanggujawab apatah lagi gambar yang disebar turut memaparkan wajah ibunya. Betul juga kata dia, kalau hal ini berlaku pada ibu bapa kita bagaimana perasaannya?

Jadi selepas ini diharap hentikanlah tindakan menyebarkan gambar tersebut sekalipun atas niat mahu bergurau. Kepada sesiapa yang dah terlanjur berbuat demikian, anda bolehlah meminta maaf kepada makcik ini di Bazar Ramadan Sg Abong, Muar. Sambil tu bolehlah juga rasai sendiri keenakan kuih pukis ini 



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena