Thursday 3 July 2014

Kementerian Agama larang 'mendoakan laknat' ke atas orang zalim...

Khamis, 3 Julai 2014
 سبحان الله‎

Subhanallah


[25 Orang Tahanan Rejim Kudeta Berjaya Menghafal 30 Juz Al Quran Sepanjang Tempoh Tahanan]

Para tahanan Gamassoh meraikan sambutan bagi meraikan 25 orang tahanan yang telah berjaya menghafal seluruh kitab suci Al Quran semasa sepanjang tempoh tahanan.

Para tahanan mengumumkan perkara tersebut dengan melakukan jamuan kecil-kecilan di dalam penjara sempena menyambut 25 tahanan yang berjaya menghab
iskan hafalan penuh kitab suci Al Quran sebelum bermulanya bulan Ramadhan yang mulia dengan bergurukan beberapa orang ulama yang juga merupakan tahanan di dalam penjara tersebut.

Para tahanan juga menguar-uarkan bahawa merekalah yang memenjarakan pemenjara mereka! Mereka berkata lagi bahawa andai jemaah Ikhwan Muslimin atau Tahaluf Wathani (yang menyokong legitimasi) menginfaqkan seluruh harta mereka di bumi ini, mereka tidak akan dapat merasai apa yang dirasai oleh mereka seperti mana mereka sekarang (di dalam penjara) ; apa yang dimaksudkan adalah, betapa bernilainya nilai khalwah dan bersedirian tanpa kesibukan dunia , dan kesempatan beribadah tanpa gangguan, dan pelajaran-pelajaran yang mereka dapati dari pelbagai jenis ilmu semasa berada di dalam tahanan kerana dikumpulkan bersama tahanan-tahanan yang alim ulama.

Untuk pengetahuan juga, penjara Gamassah merupakan antara penjara yang mempunyai sistem kawalan terketat yang berada di antara jalan Dumyat ke Iskandariyyah.

Subhanallah. Rejim kudeta lah mencuba pelbagai perkara untuk melemahkan mereka, tetapi mereka menjadi semakin kuat!

Jangan takut, Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kalian!

Sumber : Egypt Window

#mesirkini
#R4BIA
#semarakkanramadhan

Photo: ‎[Kementerian Agama larang doa kepada orang zalim].

Belum selesai kepelikan Kementerian agama Mesir, maka para penguasa kementerian itupun bermesyuarat lalu diputuskan perkara berikut: 

1) Larangan para imam mendoakan laknat ke atas orang-orang yang zalim

2) Tidak membacakan mana-mana ayat Al-Quran yang menyebut perihal kezaliman

3) Tidak membacakan mana-mana hadis Nabi yang bercakap perihal kezaliman

4) Larangan menyentuh perihal kezaliman dan orang-orang yang zalim di dalam tazkirah/kuliah di masjid-masjid

5) Tidak membenarkan melainkan hanya imam berucap di masjid

6) Tidak menampal atau menggantung mana-mana poster berunsur keagamaan di dalam masjid. 

7) Larangan membentang permaidani atau tikar di luar masjid (yang biasanya dilakukan apabila makmum melimpah ke luar masjid).

Sesiapa yang melanggar peraturan di atas akan disiasat dengan segera.

Apakah lagi yang ingin dibela mereka ini apabila mendoakan laknat ke atas orang zalim juga dilarang? Kenapa mereka terasa agaknya? Jelas mereka secara tidak langsung mengakui kerajaan As-Sisi adalah kerajaan zalim. 

sumber :  حزب الحرية و العدالة - الصفحة الرسمية/  Malaysians 4 Egypt - M4E‎
[Kementerian Agama larang doa kepada orang zalim].

Belum selesai kepelikan Kementerian agama Mesir, maka para penguasa kementerian itupun bermesyuarat lalu diputuskan perkara berikut:

1) Larangan para imam mendoakan laknat ke atas orang-
orang yang zalim

2) Tidak membacakan mana-mana ayat Al-Quran yang menyebut perihal kezaliman

3) Tidak membacakan mana-mana hadis Nabi yang bercakap perihal kezaliman

4) Larangan menyentuh perihal kezaliman dan orang-orang yang zalim di dalam tazkirah/kuliah di masjid-masjid

5) Tidak membenarkan melainkan hanya imam berucap di masjid

6) Tidak menampal atau menggantung mana-mana poster berunsur keagamaan di dalam masjid.

7) Larangan membentang permaidani atau tikar di luar masjid (yang biasanya dilakukan apabila makmum melimpah ke luar masjid).

Sesiapa yang melanggar peraturan di atas akan disiasat dengan segera.

Apakah lagi yang ingin dibela mereka ini apabila mendoakan laknat ke atas orang zalim juga dilarang? Kenapa mereka terasa agaknya? Jelas mereka secara tidak langsung mengakui kerajaan As-Sisi adalah kerajaan zalim. 


sumber : حزب الحرية و العدالة - الصفحة الرسميةMalaysians 4 Egypt - M4E



Dunia di mana kita hidup hari ini.
#mesirkini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena