Saturday 5 July 2014

PAS lancar Kempen Auto21...desak daftar pemilih secara automatik

Ahad, 6 ulai 2014

PAS lancar Auto21 desak daftar pemilih secara automatik

Setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13, PAS melancarkan kempen agar semua rakyat Malaysia yang layak mengundi didaftar sebagai pemilih secara automatik dan dikenali sebagai kempen Auto21.

Pelancarannya disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di depan pusat beli-belah terkenal di ibu negara, Sogo petang semalam dengan Ketua Pemuda PAS, Suhaizat Kaiat menjadi penggerak utama di belakang kempen ini.

Namun ramai yang bimbang adakah ia akan menyekat keraguan kepada daftar pemilih kerana kes sebelum ini menunjukkan sebaliknya.

Suhaizan berkata, pelaksanaan ini bertujuan menggalakkan rakyat negara ini menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi manakala isu penyelewengan daftar pemilih adalah soal yang lain yang perlu dibanteras sama.

"Kempen ini bertujuan membolehkan rakyat yang layak diberikan hak untuk mengundi secara automatik," kata Suhaizan.


Dua tahun menjelang PRU13 lalu, Suhaizan antara tokoh PAS yang mendedahkan pelbagai penyelewengan dalam Daftar Pemilih.

Katanya, usaha itu selaras dengan sistem demokrasi yang digunapakai dalam negara ini melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali.

Untuk membolehkan ia berlaku, kerajaan perlu membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan kena buat pindaan perlembagaan dalam Parlimen iaitu mereka yang mengundi adalah mereka yang menjadi pengundi sah dalam daftar pemilih," katanya pada sidang media semalam, lapor Harakahdaily.

Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam sidang Dewan Negara 30 Jun lalu, memberitahu kerajaan masih mengkaji cadangan pendaftaran secara automatik ini.

Katanya, antara perkara yang perlu dipertimbangkan adalah Perkara 119 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keperluan adanya daftar pemilih.

Katanya, antara yang perkara yang perlu dipertimbang ialah Perkara 119 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keperluan adanya daftar pemilih.

Sementara itu, Suhaizan menolak kononnya kerajaan enggan melaksanakan sistem ini kerana bimbang golongan muda yang keluar mengundi memihak kepada pembangkang.

"Itu tidak menjadi sebab utama, kerana ramai juga orang muda dalam pilihan raya umum lepas memihak kepada kerajaan," katanya.

Bagaimanapun katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya tidak perlu bimbang tentang peratusan keluar mengundi berkurangan sebaliknya perlu melihat sistem ini dilaksanakan untuk kepentingan rakyat. – 6 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-lancar-auto21-desak-pendaftaran-pemilih-automatik#sthash.t9hUKwcy.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena