Monday 7 July 2014

'Skim Piramid' Zhang Jian menyamar kerabat Perak? Jerat mangsa...

Selasa, 8 Julai 2014

`Orang paling kaya' menyamar kerabat Perak jerat mangsa skim piramid...

Dalam satu gambar yang dimuat dalam Facebook skim YSLM, Zhang Jian mendakwa dirinya sebagai warganegara asing pertama yang diterima sebagai kerabat diraja.
Dalam satu gambar yang dimuat dalam Facebook skim YSLM, Zhang Jian mendakwa dirinya sebagai warganegara asing pertama yang diterima sebagai kerabat diraja.
 
Pengasas skim cepat kaya YSLM, Zhang Jian yang menggelar diri sebagai 'bakal orang paling kaya dunia' telah menggunakan pelbagai taktik untuk mengaburi mata orang ramai.
 
Selain mendirikan papan iklan gergasi di beberapa tempat di Malaysia, Zhang Jian yang berasal dari China turut menggelar diri sebagai ahli kerabat diraja Perak.
 
Zhang Jian sebelum ini sering memaparkan satu 'lencana kerabat' untuk mengaitkan dirinya dengan Istana Perak namun seorang pegawai dari istana memberitahu lencana itu sebagai palsu.
 
"Kita tidak mempunyai lencana seperti ini dan tidak wujud apa yang dikenali sebagai kerabat diraja bukan Melayu," katanya kepada wartawan China Press.
 
Zhang Jian mula 'mencipta nama' di Malaysia selepas beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik menggesa siasatan dilakukan ke atas pengasas skim cepat kaya itu selain syarikatnya, CDTUP.
 
Zhang Jian dikatakan mula 'meneroka' pasaran Malaysia kira-kira setahun lalu dan merekrut ahli secara berprofil tinggi dengan mendirikan papan iklan gergasi yang antaranya bertulis "bakal orang paling kaya dunia, Zhang Jian".
 
Pelbagai pihak bagaimanapun menggunakan media sosial dan Internet menyebarkan maklumat supaya tidak terpedaya dengan Zhang Jian, selain menggelarnya sebagai penipu yang dipulau di negara sendiri di China.
 
Selepas siasatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada Isnin telah mengenal pasti skim YSLM sebagai haram dan pejabat berkenaan akan disita.
 
Dalam pada itu, China Press turut melaporkan bahawa beberapa bintang antarabangsa telah diperalatkan oleh CDTUP apabila gambar-gambar mereka diubah suai seakan-akan menyokong orang ramai menyertai skim cepat kaya YSLM.
 
Antaranya termasuk artis Malaysia yang mencipta nama di China iaitu Shila Amzah; penyanyi terkenal Taiwan, Jay Chou; artis dari Singapura, JJ Lin serta penyanyi, Gloria Tang dari Hong Kong.
 
Sementara itu, Kwongwah Daily melaporkan, skim YSLM merupakan skim cepat kaya yang bertopengkan perniagaan jualan langsung.
 
"Skim YSLM telah menjadi isu hangat kebelakangan ini, pelbagai pihak mempertikaikan cara perniagaannya yang mempunyai kaitan dengan skim cepat kaya.
 
"Skim cepat kaya piramid bukan memperniagakan produk atau perkhidmatan tetapi ia membayar komisen kepada mereka yang berjaya merekrut ahli.
 
"Perniagaan ini tidak boleh kekal lama kerana sumber pendapatannya adalah berasaskan ahli yang membayar yuran secara sukarela," lapor akhbar itu.
 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena