Tuesday 31 March 2015

Apabila SINAR HARIAN buat tajuk mengelirukan? "PERLAKSANAAN HUDUD - BENTANG SEBELUM 9 APRIL"

Selasa, 31 Mac 2015

Apabila SINAR HARIAN buat tajuk mengelirukan kata PAS BENTANG HUDUD

TAJUK MUKA DEPAN SINAR HARIAN AMAT MENGELIRUKAN MASYARAKAT DAN BOLEH MENIMBULKAN KEGELISAHAN.

Muka Depan Sinar Harian hari ini 31/03/2015 menyiarkan tajuk "PERLAKSANAAN HUDUD - BENTANG SEBELUM 9 APRIL" manakala kenyataan kecil bertulis "Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jelaskan beliau akan bentangkan draf perlaksanaan hukum hudud di Parlimen".

Tajuk dan kenyataan tersebut amatlah tidak tepat malah mengelirukan masyarakat. Untuk makluman semua, Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Private Member's Bill) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 bukan draf pelaksanaan hukum hudud.

Perlu difahami bahawa yang hendak dibawa dan dibahaskan di Parlimen bukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2015 Kelantan tetapi usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965. Sekarang Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 hanya memberikan kuasa menghukum kepada Mahkamah Syariah seluruh Malaysia untuk menghukum tidak lebih 3 tahun penjara, tidak lebih RM5,000 denda dan tidak lebih 6 kali sebatang.

Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS membawa usul untuk meminda peruntukkan tersebut dengan memberikan kuasa menghukum kepada Mahkamah Syariah bukan sahaja di Kelantan, malah di seluruh negara dengan hukuman mengikut syariat Islam.

Jika usul tersebut diterima dan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 dipinda seperti yang dicadangkan oleh Presiden PAS, maka seluruh Mahkamah Syariah di Malaysia mempunyai kuasa menghukum yang sama mengikut syarak.

Dengan pindaan perluasan kuasa Mahkamah Syariah tersebut, Mahkamah Syariah seluruh Malaysia boleh mengamalkan undang-undang jenayah Islam secara menyeluruh tetapi tertakluk kepada peruntukkan enakmen-enakmen negeri-negeri masing-masing.

Dalam pada itu masih ada sekatan atau halangan lain yang perlu diselesaikan secara berhemah. Tajuk muka depan Sinar Harian tidak membantu mententeramkan hati masyarakat, malah boleh menimbulkan lebih banyak polemik dan persepsi negatif.

ZULHAZMI SHARIFF
31/03/2015
Batu Caves.


Posted by Kedah Lanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena