Saturday, 21 March 2015

Hudud mungkin tidak dapat dibentang di Parlimen sesi ini, kata Menteri di JPM Hajah Nancy

Sabtu, 21 Mac 2015
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata rang undang-undang persendirian hudud berkemungkinan tidak dapat dibentangkan di sesi Parlimen kali ini. -- Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Mac, 2015.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata rang undang-undang persendirian hudud berkemungkinan tidak dapat dibentangkan di sesi Parlimen kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata rang undang-undang persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan tidak mungkin dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang. 

Beliau berkata ini berikutan banyak lagi rang undang-undang kerajaan perlu dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini yang akan berakhir 9 April hadapan.
"Saya difahamkan Speaker Dewan (Tan Seri Pandikar Amin Mulia) sudah menerima rang undang-undang persendirian mengenai hudud ini, tetapi belum tahu sama ada akan dibentangkan atau tidak.
"Kerana banyak bill kerajaan seperti rang undang-undang khas untuk menangani ancaman militan termasuk kumpulan Isis akan dibentangkan pada persidangan kali ini.
"Jadi kita tidak tahu ada masa yang cukup atau tidak untuk dibentangkan," katanya.
Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud untuk dilaksanakan di negeri itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 atau hukum hudud itu terutama maksud dan konsepnya perlu diperjelas dengan mendalam kepada orang bukan Islam.
“Secara peribadi saya menyambut baik hukum hudud itu di kerana sebagai orang Islam kita harus akur pada peraturan yang ditetapkan oleh agama," katanya.
Menurutnya, hukum hudud tiada kaitan dengan masyarakat bukan Islam dan mereka juga tidak menerima sebarang kesan apabila hukum itu dilaksanakan. – Bernama, 21 Mac, 2015.
TMI

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena