Sunday, 22 March 2015

Anak-anak muda sudah tidak takut dengan 'lokap dan penjara'...Tidak rela dah diperalat BN

Ahad, 22 Mac 2015

Suhaizan - Tidak rela diperalat BN

Oleh SUHAIZAN KAIAT

http://mk-cdn.mkini.net/868/b908cd10a0b9973cbadeefc9984c79e8.jpg
SEMASA saya masih menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dahulu, saya selalu berhubung dengan pimpinan Pemuda PAS Johor seperti Mazlan Aliman, Dzulkifli Ahmad, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Aminuddin Ayob dan beberapa orang yang lain.

Sebagai penjawat awam lokap, penjara dan mahkamah adalah sesuatu yang menakutkan. Tetapi bagi orang politik yang baharu saya kenali berbeza pemikirannya pula. Mereka bangga terhadap tangkapan yang dibuat pihak polis yang mereka telah lalui.

Sesekali bertemu mereka akan membilang siapa yang paling banyak kali ditangkap pihak polis. Pada mereka pemimpin yang pernah ditangkap polis adalah mereka yang telah melalui ujian dalam perjuangan.

Soalannya apakah orang politik suka berbuat salah atau mereka sebenarnya sedang berkorban untuk satu perjuangan?

Pada masa artikel ini ditulis Bendahari Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohd Fakhrurazi Mokhtar sedang ditahan di lokap Balai Polis Jinjang Kuala Lumpur kerana terlibat dengan satu himpunan #KitaLawan pada Sabtu 7 Mac 2015 yang lalu.

Turut sama ditahan adalah Ketua Pemuda Angkatan Muda KeADILan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dan beberapa anggota KeADILAN seperti Saifullah Zulkifli, Fariz Musa dan Naib Presidennya, Rafizi Ramli.

Pada malamnya akan diadakan himpunan solidariti di hadapan lokap Balai Polis Jinjang. Anak Muda berkumpul untuk memberi semangat kepada mereka yang ditahan.

Persiapan himpunan #KitaLawan adalah ringkas sahaja. Dianjurkan oleh anak muda Pakatan Rakyat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pakatan Rakyat di peringkat pusat tidak terlibat secara langsung.

Pimpinan utama Pakatan Rakyat seperti Presiden PAS, Dato’ seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng tidak hadir dalam himpunan ini.

Yang hadir hanyalah pimpinan muda Pakatan Rakyat dan NGO. Walaupun dengan persiapan ringkas dan tanpa kehadiran pimpinan utama Pakatan Rakyat tetapi himpunan ini dapat menghimpunkan lebih 10,000 orang maka ini adalah suatu kejayaan besar yang boleh mengancam kerajaan BN. Jika pimpinan Pakatan Rakyat hadir maka kehadiran akan jauh lebih ramai.

Mereka yang hadir menuntut Dato’ Sri Anwar Ibrahim dibebaskan dan Dato’ Sri Mohd Najib Razak meletakkan jawatan.

Mereka menganggap Anwar mangsa kezaliman dan Najib terlibat dengan pelbagai masalah dalam negara.

Mereka yang hadir tidak dapat menerima Anwar Ibrahim dipenjarakan. Pada mereka memenjarakan Anwar adalah untuk mengekalkan kuasa politik Malaysia di tangan BN. Walaupun Anwar dipenjarakan tetapi anak muda mindanya tidak terpenjara.

Mereka berkumpul di hadapan Sogo dengan penuh kerelaan.

Tiada duit yang dibayar untuk mereka datang. Rata-rata mereka berpuashati walaupun tiada gas pemedih mata dan pasukan simpanan persekutuan (FRU).

Anak Muda berhimpun adalah untuk mengambil ruang demokrasi yang telah dinyatakan oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan berhimpun dengan aman tanpa senjata. Mereka bukan mahu merusuh atau membuat kacau di tengah-tengah bandaraya.

Mereka datang dengan tangan kosong dan hati yang murni. Mereka mahu menuntut keadilan yang dilihat tempang dan dimanipulasi oleh pihak yang berkuasa. Jika mahkamah tidak boleh mengesahkan motif pembunuhan Altantuya apakah mahkamah boleh berlaku adil terhadap Anwar yang menjadi musuh politik BN? BN sudah kalah dengan

Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-13 di mana PR telah memperolehi 51 peratus undi popular. Sudah barang tentu BN akan menggunakan segalagalanya untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat.

Bayangkan untuk menjadi Ketua Umno Bahagian sahaja segala apa yang boleh diguna telah dimanfaatkan oleh Umno untuk menang. Termasuk makhluk yang nampak dan tidak nampak. Bayaran tidak menjadi masalah.

Sebut sahaja nilai terus akan ditunai. Ada pandangan yang mengatakan untuk menang sebagai Ketua Bahagian memerlukan lebih daripada RM1 juta. Jika dalam Umno pun diperlaku sedemikian rupa maka apa mustahilnya BN menggunakan segala kuasanya untuk menekan Pakatan Rakyat.

Tidak rela diperalat BN

Anak muda Malaysia yang berjiwa merdeka tidak rela mereka diperalat oleh kerajaan BN. Mereka bangkit menuntut keadilan. Mereka tidak takut dengan ancaman pihak polis kerana mereka yakin bahawa mereka pada kedudukan yang benar.

Walaupun amaran diberikan oleh pihak polis untuk mengambil tindakan.

Tetapi anak muda Malaysia tidak menghiraukannya.

Malah semakin bertambah keyakinan bahawa Perdana Menteri semakin tertekan.

Apabila pihak polis memerintahkan mereka pergi ke balai polis untuk memberi keterangan.

Mereka akur dengan pihak polis. Ustaz Mohd Fakrulrazi sebagai contoh setelah Nik Nazmi ditahan, beliau tetap hadir ke Balai Polis Dang Wangi untuk direkodkan keterangan dan akhirnya juga ditahan dalam lokap.

Jika beliau tidak yakin dengan kebenaran, sudah tentu Ustaz Mohd Fakhrurazi tidak akan hadir ke Balai Polis untuk ditahan lokap.

Menariknya anak-anak muda tidak takut dengan lokap dan penjara. Mereka menganggap lokap dan penjara adalah sunah dalam perjuangan. Jika Nabi Yusof A.S pun dipenjara kerana kebenaran. Nabi Muhammad pun dibaling batu di Toib.

Mereka menyedari bahawa sebagai pimpinan mereka mesti berkorban menghadapi mehnah dan tribulasi dalam perjuangan.

Malah sesama mereka telah menghitung bilakah mereka akan dilokap atau penjara untuk tegakkan keadilan. Berita ini sudah tentu menjadi berita buruk buat Umno dan BN.

Selepas ini sudah tentu ada lagi himpunan-himpunan yang hampir serupa di seluruh negara. Rakyat tidak tahan dengan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pembunuhan Altantuya Shariibu dan skandal pengurusan kewangan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah memberi signal bahawa Najib perlu berundur. Suasana politik semakin panas setiap hari. Bantah GST akan dibuat di pejabat kastam, Kelana Jaya.

Mereka akan berkumpulan di situ.

Polis akan terus memberi amaran. Anak muda akan terus berhimpun bantah tanpa senjata. Tangkapan akan terus dibuat. Himpunan juga akan terus dibuat.

Bila ditanya kenapa perlu ditangkap? Mereka menjawap tangkapan akan menyemarakkan lagi isu yang sedang diperjuangkan. Semakin ramai yang ditangkap maka semakin berkesanlah tindakan mereka.

Sejarah telah membuktikan mana-mana kerajaan seperti BN akan tumbang juga akhirnya.

Anak muda Malaysia mahu BN akan dapat dikalahkan dalam pilihan raya akan datang.

Maka kita sudah terjawab terhadap soalan apakah orang politik suka berbuat salah atau mereka sebenarnya sedang berkorban untuk satu perjuangan. Jika mereka suka berbuat salah tentu mereka tidak masuk dalam politik.

Lebih baik mereka menjadi perompak profesional atau penjenayah antarabangsa.

Hakikatnya mereka terlibat dengan politik dengan penuh sedar tanpa dipaksa. Kehadiran mereka dalam politik tidak disenangi oleh parti pemerintah.

Justeru mereka terpaksa berdepan dengan lokap, penjara dan mahkamah. Itulah pengorbanan mereka kepada agama, bangsa dan negara.

Hanya sejarah yang tidak menyeleweng akan mengiktiraf pengorbanan mereka.

» Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Malaysia

Posted by Kedah Lanie

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena