Sunday 29 March 2015

Mat Sabu dah keluar...'Kesalahan Prosedur' Khalid Samad juga dibebaskan

Ahad, 29 Mac 2015
 Mat Sabu dibebaskan
Khalid Samad ditahan, Mat Sabu dibebaskan

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad ditahan polis kira-kira jam 3.20 pagi tadi di rumahnya, difahamkan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi membantu siasata.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan penahanan itu melalui kemas kini status Twitternya, awal pagi tadi. “Penangkapan terbaru Ahli Parlimen Shah Alam subuh ini di bawah Akta Hasutan dan pemimpin-pemimpin PKR yang masih ditahan amat tidak wajar,” tulisnya.

 Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memaklumkan bahawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang ditahan kelmarin telah pun dibebaskan malam tadi. “Tuan Haji Mat Sabu dibebaskan jam 11.30 malam. Beliau telah ditahan hampir 23 jam,” tulisnya di Twitter. Sebelum ini, Mohamad ditahan setelah keluar dari kereta Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man  untuk minum di sebuah restoran berdekatan Pekan Sungai Dua.

Beberapa pemimpin PKR yang turut ditahan polis sebelum ini termasuk Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan Naib Presiden PKR, Tian Chua. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Kesalahan Prosedur: Khalid Samad dibebaskan
Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dibebaskan hari ini setelah ditangkap awal pagi tadi tadi susulan penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan semalam. Peguamnya Michelle Yesudas berkata, anggota Parlimen PAS itu dibebaskan kerana terdapat kesalahan dalam kertas siasatan,

“Peliknya kertas siasatan tidak lengkap, jadi mereka harus bebaskannya kerana terhadap kesalahan prosedur,” katanya kepada Malaysiakini. Khalid disiasat bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan. Anggota Parlimen Batu Tian Chua turut dibebaskan hari ini selepas diikat jamin, kata Michelle.

Sebelum itu, peguam Latheefa Koya berkata polis gagal mendapatkan perintah reman untuk terus menahan Khalid  dan dua lagi mahasiswa yang ditahan susulan perhimpunan sama. Justeru, ketiga-tiga mereka akan dibebaskan, kata Latheefa. 
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena