Wednesday 25 March 2015

Mengapa 'kalot' sangat dengan keputusan DAP!...Adakah PAS itu Hj Hadi & Haji Hadi itu PAS?

Rabu, 25 Mac 2015

Adakah PAS itu Hj Hadi & Haji Hadi itu PAS?

ذوالحزم شاريف السبعة
Kuala Lumpur ·

Masing-masing sudah kalot dengan keputusan DAP. Masing-masing sudah serabut dengan keputusan DAP. Macamana DAP blh putuskan hubungan dengan Presiden parti tp tidak dengan parti???

Aku nak bagitau begini saja. Dari pemahaman aku tentang keputusan DAP tu, apa yg DAP nak bagitau dunia ialah bahawa PAS sebenarnya parti yang baik tetapi bermasalah hanya kerana individu bukan parti. Tidak ada masalah PAS sebagai parti Islam tetapi individu-individu dlm PAS yang bermasalah.

Aku percaya ahli-ahli PAS pun faham bahawa individu bukan parti. Bak kata Dato' Tuan Ibrahim "................. presiden mewakili parti. Tiada istilah putus dengan presiden, tetapi putus dengan PAS".

Betul ianya suatu keputusan yang janggal tapi kenyataan Dato' Tuan juga adalah sesuatu yang janggal. Dato' Tuan kata Presiden mewakili parti tapi hakikatnya Presiden bertindak sendiri membelakangi parti. Banyak perkara yang Presiden buat tanpa dirujuk dan tanpa mendapat persetujuan dan mandat daripada parti. Mandat daripada parti ialah mandat AJK PAS Pusat. Parti digerakkan oleh SYURA atau mesyuarat tetapi Presiden tidak melalui SYURA. Mandat parti bukan bererti apabila dilantik sebagai Presiden boleh berbuat sesuka hati. Ini parti politik milik semua ahli bukan hak peribadi sesiapa.

Contohnya dalam hal membawa Private Member's Bill ke Parlimen. Sewajarnya melalui pengetahuan Ketua Whip Parlimen PAS iaitu Dato' Hj Mahfuz Omar yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat tetapi Ketua Whip tidak tahu tentang hal tersebut. Sepatutnya keputusan hendak membawa Private Bill dirujuk dan dimaklumkan kepada Mesyuarat AJK Pas Pusat atau sekurang2nya Dewan Harian tetapi tiada siapa yang tahu melainkan Presiden dan orang2 di sekelilingnya. Tiba-tiba saja dimaklumkan bahawa notis membawa Private Bill telah dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat. Ini adalah tindakan bersendirian oleh Presiden yang amat janggal dan bertentangan dengan konsep SYURA yang diagung2kan oleh PAS.

Apabila Presiden bertindak secara bersendiri tanpa melalui SYURA parti maka parti tidak boleh diheret bersama walaupun Presiden berpendapat tindakannya itu atas kapasiti beliau sebagai Presiden. Presiden tiada hak bertindak sendiri dalam hal berkaitan dasar parti. Ianya mesti dibuat melalui SYURA.

Sama seperti Presiden disaman dalam kes pil kuda dahulu yang telah ditolak. Yang disaman ialah presiden bukan PAS kerana Presiden mengeluarkan kata-kata bukan atas keputusan parti. Presiden bertindak sendiri jd parti tidak terlibat.

Janggal atau tidak itu sesuatu yang subjektif. DAP masih bersama dengan PAS sebagai parti politik tetapi bukan dengan Presiden melainkan Presiden kembali bertindak sebagai Presiden yang mewakili parti. Sekarang Presiden bertindak secara sendiri tetapi menggunakan kapasiti Presiden. Itu sesuatu yang janggal dan bertentangan dengan Perlembagaan PAS sendiri. Bagi aku ianya seperti menyalahgunakan kuasa, Menggunakan kuasa tanpa kebenaran parti.

Hj Salahuddin Ayub berkata adalah sukar menerima keputusan DAP kerana Hj Hadi Presiden saya dan Presiden lbh sejuta ahli PAS. Betul, aku setuju tetapi bukan semua ahli PAS sekarang bersetuju dengan tindakan Presiden bertindak secara sendiri tanpa melalui SYURA parti. Aku juga percaya Hj Salahuddin juga tidak bersetuju dengan cara Presiden mengambil tindakan bersendirian. Ahli PAS bersetuju Hj Hadi adalah Presiden PAS tetapi tidak semua ahli PAS bersetuju apa yang Hj Hadi lakukan secara bersendiri itu adalah kehendak PAS.

Jika dilihat dalam konteks lebih besar, sebenarnya mesej DAP adalah kepada pimpinan PAS yang tidak bersetuju dengan tindakan Hj Hadi bertindak sendiri. Adakah pimpinan PAS bersetuju dengan tindakan Hj Hadi membelakangkan mereka? Apa guna mereka menganggotai Jawatankuasa kerja PAS Pusat jika pada Hj Hadi mereka tiada nilai kerana semua tindakan tidak perlu dirujuk kepada mereka dan Hj Hadi boleh bertindak sendiri.

Apa yang DAP cuba bagitahu bagi aku ialah adakah PAS itu Hj Hadi & Haji Hadi itu PAS?

Maka di sinilah letaknya kebijaksanaan para pimpinan untuk melakukan tindakan sewajarnya.

Syssss

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena