Showing posts with label parlimen. Show all posts
Showing posts with label parlimen. Show all posts

Monday, 5 October 2015

[Video] Pembentangan hudud di Parlimen: Mahkamah tolak bantahan awal Hadi

Isnin, 5 Oktober 2015

Pembentangan hudud di Parlimen: Mahkamah tolak bantahan awal Hadi
Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan permohonan bantahan itu pada 2 Julai lalu bersama empat defendan lain. - Foto AWANI / SHAHIR OMAR
Pembentangan hudud di Parlimen: Mahkamah tolak bantahan awal Hadi
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bantahan awal yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan empat yang lain untuk membatalkan saman berhubung pembentangan rang undang-undang hudud di Parlimen.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri kesemua pihak yang mewakili plaintif dan defendan.

Pembentangan itu melibatkan rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Peguam Farez Jinnah yang mewakili keempat-empat plaintif memberitahu pemberita bahawa hakim membuat keputusan itu kerana berpendapat tiada material mencukupi dalam permohonan bantahan awal.

Abdul Hadi memfailkan permohonan bantahan itu pada 2 Julai lalu bersama empat defendan lain iaitu Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia; dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

Tambah Farez, mahkamah menetapkan 13 Okt untuk mendengar permohonan injunksi keempat-empat individu itu bagi menghalang Abdul Hadi dan empat yang lain daripada membentangkan rang undang-undang berkenaan.

Pada 12 Jun lepas, empat individu iaitu Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin memfailkan saman pemula dengan menamakan Abdul Hadi, Pandikar Amin, Ismail, Kiandee dan Roosme sebagai defendan pertama hingga kelima.
Keempat-empat individu itu turut memohon satu deklarasi bahawa pembentangan mengenai pindaan itu merupakan satu kemungkiran terma-terma Buku Jingga Pakatan Rakyat oleh Abdul Hadi.
Bernama
Astro Awani
Read More

Tuesday, 25 August 2015

#OccupyParliament: 17 aktivis pelajar ditahan polis

Rabu, 26 Ogos 2015
#OccupyParliament: 17 aktivis pelajar ditahan polis
Seramai 17 aktivis pelajar yang berkhemah di luar Parlimen ditahan polis pada Selasa malam. -Foto Twitter Sim Tze Tzin

#OccupyParliament: 17 aktivis pelajar ditahan polis

Astro Awani | Diterbitkan pada Ogos 26, 2015 09:37 MYT
KUALA LUMPUR: Seramai 17 aktivis pelajar yang berkhemah di luar Parlimen ditahan polis pada Selasa malam.

Mereka merupakan antara 30 individu yang mengambil bahagian dalam protes duduk #OccupyParliament untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak meletak jawatan, lapor portal berita theSun hari ini.

Ketua Polis Sentul ACP R. Munusamy mengesahkan 17 individu itu ditahan kira-kira jam 10.30 malam tadi.

"Kumpulan itu terdiri daripada 14 lelaki dan tiga wanita," kata Munusamy.

Menurutnya, pihak polis telah memberikan masa lebih 24 jam kepada pemprotes sebelum meminta mereka bersurai namun arahan itu tidak diendahkan.

Tambahnya, 17 individu itu ditahan di bawah Seksyen 142(B) Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti yang menggugat demokrasi berparlimen.

Munusamy berkata mereka yang ditahan dibawa ke lokap Balai Polis Jinjang.

Sementara itu, aktivis pelajar Nazrul Nazir dipetik Malay Mail Online sebagai berkata mereka dikepung dan ditahan setelah enggan beredar dari lokasi mereka berhimpun.

"Kami berada di luar Parlimen. OCPD Sentul mengarahkan kami meninggalkan kawasan di mana jarak antara kami dan bangunan Parlimen kira-kira 50 meter.

"Kami menjarakkan diri dan mereka (polis) beredar sebentar. Tiba-tiba mereka datang semula; kira-kira 40 ke 50 anggota polis dan mereka mengelilingi kami semua. Mereka mula menahan kami; ada antara kami yang berjaya melepaskan diri," katanya kepada Malay Mail Online.

Tambah Nazrul, pihak polis memaklumkan mereka melakukan jenayah di bawah Seksyen 124 (B), Kanun Keseksaan kerana berkhemah melebihi 24 jam di luar Parlimen.

Mereka yang ditahan hari ini termasuk Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (PMUM) Ammar Atan, selain aktivis pelajar Khairol Najib, Lee Chung Lun dan Lau Yi Leong.

Pada Ahad, kira-kira 30 mahasiswa meneruskan protes dengan berikrar akan duduk di hadapan bangunan Parlimen sehingga Datuk Seri Najib Razak bersetuju meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Kumpulan yang menggelar diri mereka Langkah Siswa memulakan protes dengan berarak ketika hujan lebat bermula dari bangunan Bank Negara Malaysia di Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur ke bangunan Parlimen.

Mereka kemudiannya berkhemah di luar Parlimen sehinggalah polis menahan mereka pada Selasa malam.

Read More

Saturday, 21 March 2015

Hudud mungkin tidak dapat dibentang di Parlimen sesi ini, kata Menteri di JPM Hajah Nancy

Sabtu, 21 Mac 2015
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata rang undang-undang persendirian hudud berkemungkinan tidak dapat dibentangkan di sesi Parlimen kali ini. -- Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Mac, 2015.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata rang undang-undang persendirian hudud berkemungkinan tidak dapat dibentangkan di sesi Parlimen kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata rang undang-undang persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan tidak mungkin dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang. 

Beliau berkata ini berikutan banyak lagi rang undang-undang kerajaan perlu dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini yang akan berakhir 9 April hadapan.
"Saya difahamkan Speaker Dewan (Tan Seri Pandikar Amin Mulia) sudah menerima rang undang-undang persendirian mengenai hudud ini, tetapi belum tahu sama ada akan dibentangkan atau tidak.
"Kerana banyak bill kerajaan seperti rang undang-undang khas untuk menangani ancaman militan termasuk kumpulan Isis akan dibentangkan pada persidangan kali ini.
"Jadi kita tidak tahu ada masa yang cukup atau tidak untuk dibentangkan," katanya.
Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud untuk dilaksanakan di negeri itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 atau hukum hudud itu terutama maksud dan konsepnya perlu diperjelas dengan mendalam kepada orang bukan Islam.
“Secara peribadi saya menyambut baik hukum hudud itu di kerana sebagai orang Islam kita harus akur pada peraturan yang ditetapkan oleh agama," katanya.
Menurutnya, hukum hudud tiada kaitan dengan masyarakat bukan Islam dan mereka juga tidak menerima sebarang kesan apabila hukum itu dilaksanakan. – Bernama, 21 Mac, 2015.
TMI
Read More

Monday, 14 April 2014

Bantah GST: MP PR sudah berusaha di Parlimen..."halang sebelum terlambat" Sekarang terpulang kepada rakyat...

Selasa, 15 April 2014
GST: Akan Menyusahkan Lagi Hidup Rakyat...

Sekarang Ini Terpulang Kepada Rakyat Sendiri Samada Untuk Menentang Usaha Kerajaan 47% Yang Akan Menyusahkan Lagi Hidup Rakyat.
 — with Mohd Tarmizi Mijie, Puteri Love Keadilan, Dppk Kubang Kerian and 19 others.

Adakah kerajaan mendengar keluhan dan suara rakyat?


Dewan Rakyat telah meluluskan bacaan kedua rang undang-undang GST dengan undian 119 sokong dan 81 bantah, pada hari ini (7 April 2014). Satu rang undang-undang yang membawa satu cukai yang akan menjejaskan kehidupan rakyat biasa diluluskan selepas perbahasan hanya berlangsung selama 5 1/2 jam sahaja.

Mengapa kerajaan begitu bergegas untuk meluluskan rang undang-undang GST tanpa perundingan dengan 
rakyat dan proses perbahasan yang menyeluruh di Parlimen? Adakah kerajaan mendengar keluhan dan suara rakyat?

Rakyat perlu bertindak sekarang untuk menghalang GST sebelum terlambat.

Datanglah beramai-ramai dengan tuntutan "Bantah GST" pada 1 Mei ini.

LIKE dan sebarkan pages ini;
www.facebook.com/mediapakatan
Like✔Share✔Comment✔ ☛| Media Pakatan Rakyat |☚ untuk update dari kami



Bantah sebelum terlambat...


April 10 at 3:40am · 

Tahukah Anda..?? Sedarkah Anda..?? Anda kini berada digolongan yang mana..??
SEBARKAN
 — with Mohd Rizal, Kita Pasti Mati, Pas Kawasan Tebrau and 18 others.



Tak cukup kerja 8 jam, OT lagi kerja sampai 12 jam, tak cukup juga 12 jam, kena kerja 24 jam setiap hari semata2 nak penuhi tindakan BN yang mencukaikan rakyat segala2nya hatta nak beli rumah pun tak mampu nak kumpul deposit.

Macam mana?

Photo: Maklumat Terkini : Himpunan bantah GST MEI 1, 1/5, 2pm KLCC ke Dataran Merdeka. BUKAN dari Dataran-KLCC. #1Mei

Maklumat Terkini : Himpunan bantah GST MEI 1, 1/5, 2pm KLCC ke Dataran Merdeka. BUKAN dari Dataran-KLCC. #1Mei
Read More

Friday, 20 December 2013

Gesa sidang tergempar Parlimen: Kerajaan Umno BN gadai harta/aset negara...Ah, habislah Cai!

Jumaat, 20 Disember 2013

Umno gadai aset negara?
Umno gadai aset negara??? Waw.. hidop kayuuuuui!!!! 

Hidup kayuuu!!!!

Cai.. mai la laung sama sama..malu ka?
Photo: Umno gadai aset negara??? Waw.. hidop kayuuuuui!!!! 

Hidup kayuuu!!!!

Cai.. mai la laung sama sama..malu ka?

Kantoi!! Tembelang Kerajaan Umno BN Terbarai?

PKR menggesa agar satu sidang tergempar Parlimen dilangsungkan untuk membincangkan kemungkinan aset negara yang telah dijual sebagai langkah terakhir kerajaan BN untuk mencapai sasaran defisit negara.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata beliau terkejut apabila penjualan itu dilaporkan dalam laporan terkini Bank Dunia yang terkini, 'Malaysia Economic Monitor: December 2013'.

Beliau memetik halaman sepuluh laporan itu yang memperincikan rancangan kerajaan untuk mencapai sasaran defisit empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tahun 2013 berbanding 4.5 peratus dalam tahun 2013.

Menurut laporan itu, pendapatan tambahan RM11.8 bilion yang melebihi anggaran belanjawan asal terdiri daripada RM7.4 bilion daripada sumber bukan cukai.

Ini termasuklah RM1.4 bilion daripada penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada pensekuritian gadai janji kerajaan.

Gadai janji kerajaan adalah pinjaman yang diberikan kerajaan dan digunakan untuk membeli rumah atau hartanah.

Pensekuritian gadai janji pula adalah proses mengumpulkan gadai janji dan menjualkannya kepada pelabur untuk mendapatkan wang tunai.

"Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya," kata anggota Parlimen Pandan itu.

Rafizi mengesyaki rancangan menjual aset negara itu sudah pun berlaku kerana sasaran kadar defisit empat peratus dalam tahun 2013 telah gagal.

"Ini bermakna, harta-harta negara ini telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara.


"Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin," katanya. ~mk/

Read More

Friday, 7 June 2013

MP PR kemungkinan memboikot sesi pembukaan parlimen ke-13 pada 24 Jun - DS Anwar Ibrahim

Sabtu, 8 Jun 2013
MP Pakatan dijangka tidak hadir taklimat parlimen
KUALA LUMPUR: Kesemua ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu berkemungkinan tidak akan hadir pada sesi taklimat parlimen minggu depan.

Difahamkan ianya sebagai tanda kesinambungan protes menuntut reformasi pilihan raya yang didakwa berlangsung dengan penuh penipuan pada PRU13 lalu.
Biarpun kehadiran ke taklimat itu tidak wajib, namun tindakan boikot itu dilihat sebagai tekanan berterusan oleh Pakatan Rakyat terhadap kerajaan agar melaksanakan reformasi pilihan raya.

Ketua Whip Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan perkara itu.

Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR Isnin lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke yang dipetik portal The Malaysian Insider berkata, tindakan untuk tidak hadir ke taklimat itu sebagai selari dengan himpunan Black505 yang diadakan di seluruh negara bagi menuntut reformasi pilihanraya.
“Majlis Pimpinan PR merasakan kita perlu mengenakan tekanan sebanyak mungkin yang kita boleh lakukan bagi memastikan kerajaan memberi respon kepada tuntutan kita untuk reformasi pilihan raya.

“Jadi pada ketika ini, kita rasa kita tidak perlu hadir taklimat itu… pada masa sama, kita merancang perhimpunan besar, jadi, pada masa sama, kita tidak harus hadir taklimat itu,” katanya.DS
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan membayangkan kemungkinan memboikot sesi pembukaan parlimen ke-13 pada 24 Jun ini atas sebab yang sama.

Selain itu beliau juga dilapor berkata, kemungkinan juga tidak akan mengemukakan soalan-soalan untuk sesi parlimen akan datang.
Harakahdaily.
Read More

Thursday, 9 May 2013

Kemenangan Pakatan Rakyat menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN

Khamis, 9 Mei 2013
Betulkah kerusi melayu berkurang di parlimen
Kecoh sekarang ini ahli parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yang parah.. kerana kesedaran politik sempit mereka jadi dungu..
DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan Gerakan.
Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN,

Gua bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang lawan Gary Lim (BN) - Pandan.

2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang lawan S. Murugesan (BN) - Kota Raja.

3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang lawan Tan Kok Eng (BN) - Bandar Tun Razak.

4. Imran Hamid (PKR) menang lawan Kong Cho Ha (BN) - Lumut.

5. Datuk Arif (DAP) menang lawan Hoh Khai Mun (BN) - Raub.

6. Kamarul Bahrin (PKR) menang lawan V.S Mogan (BN) Telok Kemang.

7. Khairil K. Johari menang lawan Teh Leong Meng (BN) Bukit Bendera.

Kesimpulannya :
Menangnya Pakatan Rakyat bermakna tujuh Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan tujuh ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang lawan S. Ananthan (BN) – Lunas, Kedah.

2. Datuk Anuar Abdullah (PAS) menang lawan Tan Ken Ten (BN) – Kota Lama, Kelantan.

3. Azan Ismail (PKR) menang lawan Datuk Toh Chin (BN) – Bandar, Terengganu.

4. Tengku Zulpuri (DAP) menang lawan Datuk Chuah Boon (BN) – Mentakab, Pahang,

5. Mohd Rashid (PKR) menang lawan Wong Mun (BN) - Pantai Jerjak, Penang.

6. Dr Idris (PKR) menang lawan K. Parthiban (BN) – Ijok, Selangor.

7. Aminul Huda (PAS) menang lawan Teo Yew (BN)- Parit Yani, Johor.

8. Abdullah Husin (PAS) menang lawan M. Sorianarayan (BN) – Puteri Wangsa, Johor.

Andai orang bertanya kepada gua bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang.

Gua katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA. MCA pun takut bertanding di sini... Ghani Othman tujuk terrer pulak.... wakaka

Kalau Umno masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Gua nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa?
Gua kasi senarai bro.

petunjuk - M =melayu

1. Parlimen Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah lawan Liang Teck Meng (BN).

2. Parlimen Tanjong Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah lawan Wee Jack (BN)

3.Parlimen Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah lawan Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah lawan Dr Leong (BN)

5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)

6. DUN Gambir (M- 56%) Datuk Mahfoz Mohd (PAS) kalah lawan M. Aso (BN)

7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah lawan Dr Mah Hang(BN)

8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah lawan Lau Chin (BN) 

9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah lawan R. Vidyanathan (BN)

10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah lawan Datuk Tee Seiw (BN)

11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah lawan Yong Oui (BN)

12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah lawan Kennedy John (BN)

13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah lawan Pang Yuk Ming (BN)

Read More

Thursday, 11 April 2013

TERKINI Menjelang PRU13 - Pakatan Rakyat Bakal Menang 215 Kerusi Parlimen

Khamis, 11 April 2013
TERKINI Menjelang Penamaan Calon - Pakatan Rakyat Bakal Menang 215 Kerusi Parlimen



CHERAS 11 APRIL: Calon Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan satu kajian menunjukkan Pakatan Rakyat bakal memenangi 215 kerusi Parlimen termasuk Sabah dan Sarawak pada PRU 13.

“Petang tadi (semalam), saya terima emel daripada beberapa rakan saya yang membuat tinjauan (survey) secara teliti. “Mereka merupakan kumpulan universiti yang membuat kajian dan tiada kepentingan dalam politik, termasuk Sabah dan Sarawak.
“Mereka kata jika strategi Pakatan seperti yang ada sekarang, kita sekurang-kurangnya akan memenangi 215 kerusi Parlimen,” katanya disambut sorakan gemuruh.

Pendedahan itu dibuat depan lebih 5,000 orang dalam ceramah di padang bola di Jalan Jujur, Bandar Tun Razak 10 April lalu.
Ada 222 kerusi Parlimen di Malaysia dan kajian itu – jika benar – menunjukkan Pakatan memiliki majoriti dua pertiga, sekaligus membentuk sebuah kerajaan yang kuat.
Tanpa menyebut identiti kumpulan yang melakukan kajian berkenaan, Khalid berkata, penyelidikan dibuat melalui tiga peringkat iaitu antaranya Jun dan Disember tahun lalu dan Mac 2013.

“Kajian menunjukkan peningkatan. Dan saya rasa ini cabaran kita sekarang bagaimana kita hendak tumpukan supaya kita capai kemenangan yang kita perjuangkan dalam reformasi semasa berbelas-belas tahun.

“Saya yakin reformasi ini akan lahir semula dan dilaksanakan seperti cita-cita kita. Jadi, angka-angka itu menunjukkan peluang kita untuk menang, nampak jelas,” katanya. 

- keadilandaily/Posted by jeebond
Read More

Tuesday, 2 April 2013

PRU13: PAS Tanding 76 Kerusi Parlimen!


Selasa, 2 April 2013
PAS Tanding 76 Kerusi Parlimen!

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap agihan  kerusi antara PAS dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat telah selesai dan "kalau ada pun telalu kecil sangat yang melibatkan masalah teknikal".
Sehubungan itu, katanya, PAS akan bertanding 76 kerusi parlimen - bertambah 10 kerusi berbanding pilihan umum lalu dan 237 kerusi DUN.

Hadi menyatakan demikian ketika menjawab soalan dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti itu pagi ini untuk mengumumkan calon-calon kerusi Parlimen.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir dalam sidang media itu turut mencelah ada "dua atau tiga" kerusi DUN berkurangan berbanding pilihan raya lalu.

Abdul Hadi juga berkata parti itu juga akan meletakkan calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan lebih 20 calon dari Dewan Muslimat.
Ahli parlimen Marang itu juga berkata calon parti juga akan bertanding di kawasan yang dianggap kerusi dengan pengundi campuran dan menegaskan PAS berjaya memecahkan benteng perkauman sehingga pengundi Cina boleh menolak calon komponen BN.

"Dan (mereka) mengundi calon PAS dan PKR yang bukan Cina dan India dan dalam keadaan fanatik Umno menyokong calon MCA, MIC dan Gerakan," katanya.  

Sementara itu dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi turut mengumumkan kemasukan bekas Duta Besar Arab Saudi dan Iran Datuk Adnan Othman ke dalam parti itu.

Adnan juga pernah berkhidmat secara kontrak sebagai pesuruhjaya tinggi Cranberra, Australia pada 2001.

#Ini dinamakan kerjasama PR yg terbaik...apa yang penting..kerja samaaa....

Read More

Friday, 29 March 2013

Radio Klasik RTM Buat Lawak Petang Tadi? Tidak Mahu Digelar PM tiga tahun tiga suku.

Jumaat, 29 Mac 2013
Tak tau nak kata apa dah...
nak perintah negara pon dah jd perkara
main-main dah.. najib oh najib..
KedahLanie.info
Photo: BUBAR???
ABU.blogspot
Friday, March 29, 2013
Mengapa Najib Tidak Jadi Bubar Parlimen Hari Ini

Ketersasaulan juruhebah perempuan Radio Klasik Nasional kira-kira jam 3:55 minit petang tadi untuk membawa para pendengar ke Putrajaya bagi mengikuti pengumuman pembubaran parlimen oleh perdana menteri Najib Razak tetapi tidak jadi, menjadi tanda tanya ramai.

Juruhebah berkenaan selepas membuat pengumuman itu terus meralat semula kononnya siaran langsung itu tidak dapat diadakan kemudian pengumuman itu ditenggelami dengan muzik. Beberapa minit selepas itu juruhebah itu terus diam dan soal pembubaran parlimen menjadi sepi.

Persoalan timbul kenapa juruhebah berkenaan membuat pengumuman dan seolah-olah bersedia untuk berhubung dengan rakan setugasnya di Putrajaya bagi melaporkan pembubaran parlimen yang memang dinanti-nantikan rakyat? Apakah dia sengaja pandai-pandai atau satu gurauan? Gurau beruk?

Kebiasaanya apa-apa yang diucapkan oleh juruhebah ia adalah atas arahan penerbit. Bukan sembarangan kata-kata atau pengucapan apa lagi perkara sepenting itu boleh dilapazkan oleh seseorang juruhebah.

Apakah petang tadi sememangnya Najib hendak mengumumkan pembubaran parlimen? Sejak kelmarin lagi terdengar desas desus Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen hari ini. Katanya satu solat hajat meminta proses pembubaran itu berjalan lancar telah diadakan malam tadi.

Kemungkinan itu menjadi lebih serius lagi kerana hari ini Najib mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri di peringkat akhir. Perjumpaan itu mengenai pembahagian kerusi justeru ia dianggap perjumpaan terakhir dan pengumuman pembubaran parlimen dilakukan selepas perjumpaan itu?

Khabarnya pejabat perdana meteri di Putrajaya petang tadi dihadiri oleh ratusan wartawan dari dalam dan luar negeri untuk menanti kenyataan pembubaran parlimen oleh Najib. Bagaimana pun mereka semuanya pulang dengan kecewa kerana apa dinanti-nantikan tidak menjadi kenyataan. Setengah siap sedia untuk membuat siaran langsung termasuklah RTM, TV3 dan segala macamnya.

Dalam pada itu ada maklumat mengatakan memang Najib berhajat untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen pada petang tadi. Katanya Najib sendiri memilih petang Jumaat untuk berbuat demikian. Namun kata sumber itu disebabkan ada beberapa perkara yang belum beres menyebabkan hasrat itu dibatalkan.

Apakah semasa mesyuarat tadi berlaku pertikaian atau pun ada pihak yang belum bersedia kalau parlimen dibubar hari ini? Perkara ini tidak dapat disahkan tetapi katanya ada beberapa pemimpin yang mahu Najib lanjutkan tempoh dan berharap parlimen biarlah terbubar dengan sendiri. Alasan lain kenapa parlimen tidak dibubarkan hari ini khabarnya soal pembahagian kerusi di antara komponen BN masih belum selesai.

MCA adalah parti yang lantang menuntut kerusi dan memberi kata dua kepada Najib. Parti itu tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi di mana kuota yang diperuntukkan kepadanya selama ini ditarik balik. Khabarnya ada suara ugutan dari MCA akan memulaukan pilihan raya sekiranya soal pembahagian kerusi tidak lengsai?

Alasan lain diberikan kepada Najib, elok Najib membubar parlimen selepas 4 April di mana genap empat tahun beliau menjadi perdana menteri setelah mengambil alih dari Abdullah Ahmad Badawi. Kalau Najib mengumumkan pembubaran parlimen hari ini, ia bermakna Najib menjadi PM tidak sampai empat tahun. Tempoh perkhidmatannya baru tiga tahun tiga suku. Mereka tidak mahu Najib digelar sebagai PM tiga tahun tiga suku.

Dalam pada itu diramalkan besar kemungkinan Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen paling lewat 16 April ini. Beliau akan berusaha juga untuk mengelakkan parlimen terbubar dengan sendiri untuk menjaga reputasinya. [wm.kl. 8:15 pm 29/03/13]
Posted by mso.im at 8:31:00 PM  
GARAMLADA
TUKAR KERAJAAN UMNO/BN MELALUI PRU KE 13 TIDAK DAPAT DIELAKKAN LAGI!
FRIDAY, MARCH 29, 2013
Parlimen dah dibubar pun!
Kami tak kesah dah bila Najib Rosmah nak bubar Parlimen. Nak bubar hari ni tak jadi ke. Nak bubar esok ke, 4 April ke, 16 April ke, 30 April ke, bila ke...ikut pandai engkau lah Najib!

Yang kami tahu, kami dah lama dah 'bubar' Dun dan Parlimen. Malas dah tunggu Najib Razak bubar..pakat bubar sama sendiri je! Kami dah mula berjalan berkempen secara terus terang dari rumah ke rumah, mengedar risalah, buat ceramah kelompok dan kami tahu dan diberi tahu oleh para mengundi yang kami temui, mereka semuanya hanya menunggu masa untuk 'humban' Barisan Nasional dalam longkang politik!

Makin lambat Najib Rosmah bubar parlimen makin ramai rakyat yang marah. Petang tadi dalam kempen aku ke rumah-rumah, seorang penyokong Umno berkata, " Lama dah saya ni hidup dan pangkah Bn, saya tak pernah saya tengok PM sebentat yang ini....kata kuat cakap kat TV hari- hari berdegar-degar tapi nak bubar parlimen pun terkemut-kemut!" 

Aku tanya, " Habis tu nak pangkah BN lagi pakcik?".

"Cheh...tak hingin, buat malu je!! Terhegeh-hegeh...menyusah kat orang!!" jerkahnya! Terkejut aku! 

Pakai mamposlah Umno kali ni!! Orang Umno pun nak pangkah PAS dan PR!

Ada ke nak bubar Parlimen pun takut...cheh!!! His engkau ni Najib..tak buat dek orang tau tak?
Dihantar oleh accudo pada 9:29 PM/GaramLada
Gempak.blogspot/realiti
Read More

Friday, 22 March 2013

11 Kali Meramal Tarikh Bubar Parlimen: Terasa Bodoh Pula Diri!

Sabtu, 23 Mac 2013
Allah!    Allah!    Allah!
Semakin Lambat Bubar, BN Semakin Tidak Popular
Guano ni MCA?
1. Seketika dulu YAB Perdana Menteri dan BN mungkin beranggapan bahawa langkah melengah - lengahkan pembubaran kabinet adalah meletihkan pembangkang dan menguntungkan mereka. Saya juga berpandangan demikian pada awalnya. Setelah lebih 11 kali meramal tarikh bubar kabinet sejak tahun lepas, semuanya tidak menjadi.  Terasa bodoh pula diri, menunggu saban fajar bilakah detik kabinet atau parlimen dibubarkan. Pastinya pihak BN girang mempersenda PR yang termangu - mangu menanti tarikh bubar seperti pengantin menunggu detik imam tiba untuk aqad nikah.

2. Lebih menarik, PM sanggup melanjutkan tarikh pembubaran tanpa sebarang pengumuman atau penetapan tarikh melepasi period 5 tahun tempoh antara 2 pilihanraya iaitu 8 Mac 2008 hingga 23 Mac 2013 [sehingga kenyataan ini ditulis].

3. Negara kini dilanda demam bubar. Ia bukan lagi satu persendaan tetapi rakyat mendesak dan menuntut supaya PM berani membubarkan kabinet secepat mungkin untuk rakyat memperbaharui mandat kepimpinan dan pemerintahan negara. Jika anda rajin belayar di laut cyber, 1001 jenaka, tuntutan, xpresi, rayuan dan permohonan supaya kabinet dibubarkan dan PRU 13 dipanggil segera.

4. Selesema bubar ini bukan hanya membuatkan penyokong Pakatan Rakyat berair hidung tetapi penyokong Barisan Nasional juga mula bersin tidak menentu. Mereka pun naik hairan kenapa PM masih "keras kepala" tidak mahu membubarkan kabinet dan lebih penting tidak mahu mengisytiharkan tarikh pembubaran itu lebih awal.

5. Menurut pengamatan saya, semakin lama keadaan ini berlangsung, rakyat makin bosan dan muak dengan sikap PM. Tanda tanya terus bersarang dalam kepala mereka, kenapa PM masih tidak mahu membubarkan kabinet ? Apakah PM hilang keberanian ? atau PM tidak bersedia menghadapi kemungkinan ? Apakah UMNO masih lemah ? masih kronik kah pertelagahan dalaman BN ? Makin lama, makin banyak tanda tanya itu timbul dibenak rakyat.

6. Fenomena ini sebenarnya menguntungkan Pakatan Rakyat. Dimana rakyat seperti mula menghidu kelemahan besar yang sedang dilindungi oleh Barisan Nasional menyebabkan PM sehingga kini dilihat tidak bersedia mengisytiharkan tarikh pilihanraya meskipun terdapat beberapa buah negeri terpaksa bubar secara automatik kerana tamat tempoh.

7. Mahu saja saya mencadangkan agar PM juga tidak perlulah isytihar tarikh bubar sebaliknya biarlah ia bubar sendiri secara automatik menjelang 28 April nanti. Sementara itu PM boleh cipta sejarah. Malah ia sangat baik untuk Pakatan Rakyat terus menghimpit Barisan Nasional ketepian gelanggang dan rakyat akan terus meng"booo" mereka atas kegagalan membubarkan kabinet pada masa yang tepat dan sesuai.

8. Saya sendiri tidak tahu, kesempatan bagaimana lagi yang ditunggu oleh PM setelah pelbagai langkah popular telah diambil oleh beliau untuk memenangi dan membeli hati rakyat. Apa lagi yang lebih besar dari BR1M  yang menelan kos puluhan jutaan ringgit. Himpunan ulamak dan umarak telah selesai, Himpunan sejuta belia pun sudah. Terbaru himpunan wanita juga sudah diselesaikan. Buku Rosmah juga telah dilancar. Ilham apa lagi agaknya yang ditunggu oleh PM, melainkan rakyat semakin cuak dan give up menunggu dan menanti. Penantian itu satu penyeksaan.

9. Saya kira, rabu depan  bersamaan 27 Mac 2013, YAB  PM bolehlah memanggil mesyuarat terakhir kabinet seperti rutinnya dan sebelum itu, YAB  PM naik mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk perkenan tarikh bubar kabinet. Sejurus selesai mesyuarat kabinet, PM boleh segera umumkan kepada rakyat pembubaran kabinet bagi membolehkan SPR menetapkan tarikh PRU ke 13. Saya kira, rakyat masih mampu bersabar menanti tarikh 27 Mac ini.

10. Jika 27 Mac 2013 ini, YAB PM masih tidak bersedia untuk bubarkan kabinet. Saya boleh gambarkan wajah - wajah rakyat negara ini yang semakin cuak dan muak dengan game UMNO dan BN. Wajah kusam yang tension dalam penantian. Mungkin penyokong BN sendiri akan boring dengan situasi seperti  itu. Sehari dua ni pun sudah ada gerakan kempen BP1M [Bubar Parlimen 1 Malaysia]. Andai ia masih berlarutan, kempen ini akan membesar dan saiznya akan mencetus gelombang baru yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap BN dan PM sebagai kerajaan dan pemerintah yang tiada keyakinan diri. Justeru itu, kepada YAB Perdana menteri, dengarlah nasihat saya, bubarlah segera dan paling lewat 27 Mac ini. Jika tidak,  YAB PM  akan berdepan dengan situasi yang lebih sukar. Percayalah !

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM

Teka-teki tarikh PRU13 dijangka berakhir 26 Mac


KUALA LUMPUR: Teka-teki tarikh Pilihan raya Umum ke-13 dijangka bakal berakhir pada 26 Mac ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Prediksi ini berdasarkan ‘ketegasan’ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengadakan PRU13 secara berasingan.
Negeri Sembilan pula bakal akan terbubar sendiri pada Selasa depan, dan pilihanraya negeri mesti diadakan dalam 60 hari, iaitu sebelum 26 Mei.

“Jika SPR ingin mengadakan pilihanraya serentak, ia mesti menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pilihanraya mesti diadakan sebelum 26 Mei,” kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Dengan itu, kata Mustafa, SPR mesti menasihatkan Najib untuk memilih ‘tarikh yang betul’ sekiranya ia bertegas untuk mengelak pilihanraya berasingan, sesuatu yang ditentangnya sejak dulu.

Namun, pada pandangan Mustafa, sukar dibayangkan Najib akan memilih untuk mengadakan pilihanraya umum pada Jun.

“Negeri Sembilan sudah bergoyang untuk BN. Saya tak rasa beliau akan mengambil risiko untuk membiarkan Negeri Sembilan mengadakan pilihanraya berasingan di April atau Mei sebelum pilihanraya parlimen di Jun. Jika Negeri Sembilan jatuh ke Pakatan Rakyat, ia akan mempunyai impak besar kepada pilihanraya negara,” tambah beliau.

Najib pula akan mengakhiri jelajah ‘Janji Ditepati’ di Pekan hari ini, kawasan parlimen beliau.

Pada hari Ahad, beliau dijangka akan menghadiri F1 Grand Prix di Sepang. Dan pada 26 Mac, Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa (LIMA) di Langkawi akan bermula untuk lima hari.

“Jadi saya rasa semuanya akan ditentukan 26 Mac ini. Hari itu, semua teka-teki akan berakhir,” kata Mustafa.
Harakahdaily.
N23 DUN MANJOI
Takbir..Allahuakbar
Read More

Salahuddin Ayub: Tidak Benar, Melayu Akan Hilang Kuasa di Parlimen!

Jumaat, 22 Mac 2013
 'Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah,'

keriswarisan
Hang Jebat Bersemadi, Hang Tuah Hilang Entah Kemana..
Makam Hang Jebat
Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang telah dibunuh oleh Hang Tuah kerana derhaka dalam pertarungan yang memakan masa 3 hari 3 malam. Hang Jebat pada masa pertarungan itu menggunakan keris Taming Sari yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka semasa melantiknya menjadi Laksamana. Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak lut senjata. Hang Tuah telah berjaya merampas semula keris Taming Sari dalam pergelutan dan menikam Hang Jebat. Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali dari buangan, kembali kerumahnya. Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah membalut lukanya dengan kain cindai dan kemudiannya memasuki kampung-kampung untuk mengamuk membunuh siapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah.

Ungkapan katanya 'Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah,' menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak memperkatakan kezaliman raja yang memerintah. Kesetiaan Hang Tuah kepada raja yang membuta tuli sebaliknya menjadi cemuhan orang-orang di generasi ini.
Makamnya terdapat di Jonker street, Melaka

Mahsuri
Wahai Sahabatku Melayu Undilah PAS & PKR
JAMINAN KUASA MELAYU TIDAK AKAN HILANG SELAMANYA - DR AGUS
Mutakhir ini ramai dari golongan politikus UMNO mendakwa bahawa PAS dan PKR akan menjual Melayu kepada Cina. Sebelum ini, Najib telah mengisytiharkan 7 dosa besar yang dilakukan PAS terhadap rakyat Kelantan. Sentimen yang dijaja oleh UMNO kononnya Melayu akan hilang kuasa dan DAP adalah kuasa mutlak, bahkan UMNO turut mendakwa bahawa negaraMalaysia akan menjadi sebuah negara republik amatlah tidak bijak. 

Fatwa yang dicanang UMNO amat hebat kerana turut dipalu dan ditokok oleh media kerajaan yang bekerja 36 jam sehari membantai dan membalun PR. Namun malangnya moderator yang sering dilabel sebagai pro-UMNO kini tampil memberikan hujah dalam satu forum yang turut diundang adalah panel dari UMNO. Malangnya seperti biasa panel undangan dari UMNO tidak muncul dan hanya berani menyalak di dalam media mereka sahaja. Inilah bezanya bila politik hujah yang dibawa pembangkang hanya berani dijawab dengan politik lari tunggang-langgang.

Di mana menghilangnya wakil UMNO tidak pula diperkhabarkan, sangat pelik. Apa yang menarik dalam wacana yang berlangsung di Kota Bharu ini bertajuk Pasca PRU-13: Melayu- Islam Di Mana? Turut menampilkan Dr Asri, Tuan Ibrahim dan wakil dari Isme membincangkan topik yang seakan menggusarkan kuasa Melayu dan Islam sekiranya pembangkang berkuasa.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena