Ketersasaulan juruhebah perempuan Radio Klasik Nasional kira-kira jam 3:55 minit petang tadi untuk membawa para pendengar ke Putrajaya bagi mengikuti pengumuman pembubaran parlimen oleh perdana menteri Najib Razak tetapi tidak jadi, menjadi tanda tanya ramai.
Juruhebah berkenaan selepas membuat pengumuman itu terus meralat semula kononnya siaran langsung itu tidak dapat diadakan kemudian pengumuman itu ditenggelami dengan muzik. Beberapa minit selepas itu juruhebah itu terus diam dan soal pembubaran parlimen menjadi sepi.
Persoalan timbul kenapa juruhebah berkenaan membuat pengumuman dan seolah-olah bersedia untuk berhubung dengan rakan setugasnya di Putrajaya bagi melaporkan pembubaran parlimen yang memang dinanti-nantikan rakyat? Apakah dia sengaja pandai-pandai atau satu gurauan? Gurau beruk?
Kebiasaanya apa-apa yang diucapkan oleh juruhebah ia adalah atas arahan penerbit. Bukan sembarangan kata-kata atau pengucapan apa lagi perkara sepenting itu boleh dilapazkan oleh seseorang juruhebah.
Apakah petang tadi sememangnya Najib hendak mengumumkan pembubaran parlimen? Sejak kelmarin lagi terdengar desas desus Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen hari ini. Katanya satu solat hajat meminta proses pembubaran itu berjalan lancar telah diadakan malam tadi.
Kemungkinan itu menjadi lebih serius lagi kerana hari ini Najib mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri di peringkat akhir. Perjumpaan itu mengenai pembahagian kerusi justeru ia dianggap perjumpaan terakhir dan pengumuman pembubaran parlimen dilakukan selepas perjumpaan itu?
Khabarnya pejabat perdana meteri di Putrajaya petang tadi dihadiri oleh ratusan wartawan dari dalam dan luar negeri untuk menanti kenyataan pembubaran parlimen oleh Najib. Bagaimana pun mereka semuanya pulang dengan kecewa kerana apa dinanti-nantikan tidak menjadi kenyataan. Setengah siap sedia untuk membuat siaran langsung termasuklah RTM, TV3 dan segala macamnya.
Dalam pada itu ada maklumat mengatakan memang Najib berhajat untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen pada petang tadi. Katanya Najib sendiri memilih petang Jumaat untuk berbuat demikian. Namun kata sumber itu disebabkan ada beberapa perkara yang belum beres menyebabkan hasrat itu dibatalkan.
Apakah semasa mesyuarat tadi berlaku pertikaian atau pun ada pihak yang belum bersedia kalau parlimen dibubar hari ini? Perkara ini tidak dapat disahkan tetapi katanya ada beberapa pemimpin yang mahu Najib lanjutkan tempoh dan berharap parlimen biarlah terbubar dengan sendiri. Alasan lain kenapa parlimen tidak dibubarkan hari ini khabarnya soal pembahagian kerusi di antara komponen BN masih belum selesai.
MCA adalah parti yang lantang menuntut kerusi dan memberi kata dua kepada Najib. Parti itu tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi di mana kuota yang diperuntukkan kepadanya selama ini ditarik balik. Khabarnya ada suara ugutan dari MCA akan memulaukan pilihan raya sekiranya soal pembahagian kerusi tidak lengsai?
Alasan lain diberikan kepada Najib, elok Najib membubar parlimen selepas 4 April di mana genap empat tahun beliau menjadi perdana menteri setelah mengambil alih dari Abdullah Ahmad Badawi. Kalau Najib mengumumkan pembubaran parlimen hari ini, ia bermakna Najib menjadi PM tidak sampai empat tahun. Tempoh perkhidmatannya baru tiga tahun tiga suku. Mereka tidak mahu Najib digelar sebagai PM tiga tahun tiga suku.
Dalam pada itu diramalkan besar kemungkinan Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen paling lewat 16 April ini. Beliau akan berusaha juga untuk mengelakkan parlimen terbubar dengan sendiri untuk menjaga reputasinya. [wm.kl. 8:15 pm 29/03/13]
Posted by mso.im at 8:31:00 PM
GARAMLADA TUKAR KERAJAAN UMNO/BN MELALUI PRU KE 13 TIDAK DAPAT DIELAKKAN LAGI! FRIDAY, MARCH 29, 2013 Parlimen dah dibubar pun!
Kami tak kesah dah bila Najib Rosmah nak bubar Parlimen. Nak bubar hari ni tak jadi ke. Nak bubar esok ke, 4 April ke, 16 April ke, 30 April ke, bila ke...ikut pandai engkau lah Najib!
Yang kami tahu, kami dah lama dah 'bubar' Dun dan Parlimen. Malas dah tunggu Najib Razak bubar..pakat bubar sama sendiri je! Kami dah mula berjalan berkempen secara terus terang dari rumah ke rumah, mengedar risalah, buat ceramah kelompok dan kami tahu dan diberi tahu oleh para mengundi yang kami temui, mereka semuanya hanya menunggu masa untuk 'humban' Barisan Nasional dalam longkang politik!
Makin lambat Najib Rosmah bubar parlimen makin ramai rakyat yang marah. Petang tadi dalam kempen aku ke rumah-rumah, seorang penyokong Umno berkata, " Lama dah saya ni hidup dan pangkah Bn, saya tak pernah saya tengok PM sebentat yang ini....kata kuat cakap kat TV hari- hari berdegar-degar tapi nak bubar parlimen pun terkemut-kemut!"
Aku tanya, " Habis tu nak pangkah BN lagi pakcik?".
"Cheh...tak hingin, buat malu je!! Terhegeh-hegeh...menyusah kat orang!!" jerkahnya! Terkejut aku!
Pakai mamposlah Umno kali ni!! Orang Umno pun nak pangkah PAS dan PR!
Ada ke nak bubar Parlimen pun takut...cheh!!! His engkau ni Najib..tak buat dek orang tau tak?
PANAS!! 1000 Hektar Tanah Melayu di Perak dijual kepada negara asing.
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang…
Itu adalah sebahagian dari lirik lagu yang digunakan oleh jentera-jentera UMNO untuk membakar semangat peserta-peserta di Biro Tata Negara..
Malangnya biarpun ianya boleh dikatakan dihafal oleh sebahagian besar ahli-ahli UMNO namun ianya sekadar meniti dibibir mereka sahaja..
Begitulah apa yang telah terjadi kepada 1000 hektar hutan simpan di Teluk Rubiah bersebelahan Teluk Batik, Lumut, Perak.. dulunya ia milik kita kini bumi yang dipijak itu telah menjadi milik orang.
Ini kerana ianya dikatakan telah dijual oleh pentadbiran Zambry kepada syarikat dari negara asing iaitu Vale dari Brazil.
Kawasan pantai yang dulunya bebas digunakan oleh nelayan, tidak lama lagi akan menjadi kawasan larangan buat nelayan.
Bukan itu saja, semakin lama, semakin banyak kawasan di Pangkor yang sudah tidak boleh diakses oleh penduduk tempatan. Kawasan-kawasan tersebut sudah jadi milik swasta.
Zambry dan penyokong Umno riuh rendah bila Nizar umumkan pemberian tanah kepada penghuni PPRT dan Kampong Baru, tapi diam bila tanah-tanah rizab Melayu tergadai ketangan orang asing.
Bukan setakat tanah-tanah yang tergadai, malah Pengkalan Tentera Laut di Lumut juga kini sudah terdedah kepada ancaman asing. Pengkalan Tentera Laut kini cukup mudah diceroboh apabila lebih 1000 hektar yang dahulunya hutan simpan di Teluk Rubiah, kini sudah dijual kepada syarikat dari Brazil. Berapa keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri? Apa nikmat yang akan diperolehi oleh rakyat tempatan?
Pengkalan TLDM juga terletak berdekatan dengan Teluk Rubiah dan Teluk Batik. Bila siap jeti yang berharga RM700 juta untuk mengangkut bijih besi nanti, kapal-kapal TLDM akan kelihatan seperti bot nelayan. Apabila beroperasi nanti, kapal-kapal pengangkut bijih besi yang akan memasuki jeti di Teluk Rubiah akan memenuhi pantai. Kapal pengangkut bijih besi yang akan masuk ke Teluk Rubiah merupakan kapal yang terbesar didunia.
Kawasan seluas lebih 1000 hektar dimana pusat pengumpulan bijih besi ini pula merupakan kawasan persendirian. Kawasan tersebut sudah dijual kepada syarikat Vale dari Brazil.
Kerajaan negeri sudah tak ada hak bagi kawasan tersebut. Ia sudah jadi kawasan autonomi Brazil sebab ia adalah milik sepenuh Vale Brazil. Bagaimana kawasan strategik yang bersebelahan dengan Telok Batik dan pengkalan TLDM boleh dijual bulat-bulat kepada syarikat asing? Perakite
Januari 2013 Perak Aman Jaya
BN TUNGGU MATI DI PERAK
BN ‘tunggu mati’ di Perak: Analisis buktikan PR bakal menang 40 dari 59 kerusi
Sejarah bakal berulang, analisis yang diperolehi
daripada pelbagai sumber mengatakan Pakatan Rakyat
(PR) mammy memenangi sekurang-kurangnya 40
daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak
pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. kata
Naib Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar.
Katanya, rakyat negeri Perak tidak pernah lupa bagaimana mandat yang diberi kepada PR
secara demokratik akhirnya dirampas Barisan Nasional (BN) dengan cara yang paling tidak bertamadun.
Beliau berkata, tertubuhnya kerajaan haram Perak yang disusuli krisis perlembagaan
membuka mata ramai pihak betapa tamak dan jahatnya tindakan BN dan sejarah hitam itu
akan terus berparut dalam sanubari setiap rakyat yang cintakan keamanan dan
menjunjung tinggi prinsip Perlembagaan.
“Tambah menyedihkan, niat BN merampas negeri itu dilihat semata-mata untuk
membolot kekayaan negeri itu.
“Sebagai bukti, pendedahan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang
lalu menyebut lebih 68,000 ekar tanah di seluruh Perak diberi kepada kroni UMNO-BN
dengan harga premium tanah yang terlalu murah,” katanya dalam satu kenyataan.
Sivakumar juga berkata, terdapat banyak usaha yang diambil kerajaan haram BN Perak
untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu ini tetapi menemui kegagalan.
“Rakyat Perak sedar bahawa kerajaan negeri hari ini tidak sah atau ‘haram’ di sisi
Undang-undang dan mereka tidak akan membenarkan keadaan itu berterusan.
“Negeri Perak memerlukan satu kerajaan sah melalui mandat rakyat. BN telah melakukan
satu kesilapan besar,” ujar beliau.
Sambil menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perhitungan meleset
apabila menganggap ‘rakyat Malaysia mudah lupa’, beliau turut berkata, ia diperkuat lagi
dengan bukti bahawa BN tidak berjaya membawa apa-apa perubahan nyata di Perak.
“Banyak slogan retorik seperti ‘Perak Aman Jaya’, ‘Tiada Yang Tertinggal, Tiada
Yang Terpinggir’ omong-omong kosong saja“Rakyat dapat menilai, membuat pertimbangan
rasional dan membandingkan pemerintahan PR selama 11 bulan dengan BN selepas empat rampasan kuasa.
Rakyat tidak boleh lagi ditipu dengan janji manis yang tidak dilaksanakan,” ujar Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu.
Menurutnya, masa yang ditunggu-tunggu rakyat Perak semakin hampir kerana Parlimen dan DUN Perak akan dibubarkan tidak lama lagi.
“PR Perak akan terus berusaha keras untuk menambah bilangan kerusi pada PRU-13. Pemimpin PR negeri ini yakin bahawa rakyat Perak akan memberi mandat yang lebih besar pada PRU-13 nanti,” tambahnya.-Roketkini.com
TUNGGU BUBAR PARLIMEN 2013!
PRU-13 semakin hampir, Perak bertukar menjadi tempat ‘pembunuhan politik’
Mungkinkah akan tercipta satu lagi sejarah Politik di Perak, selepas berlakunya rampasan kuasa Kerajaan dari PR dilakukan oleh UMNO?
Pemilihan terkini menunjukkan bahawa rakyat Perak akan memihak kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang, yang dijangka akan dipanggil pada tahun 2012. Ia akan menjadi satu tugas besar bagi Barisan Nasional (BN) untuk kekal berkuasa selepas diambil alih secara kelam-kabut dan diragui oleh Pakatan Rakyat pada Februari 2009 selepas tiga anggota perundangan negeri dari Pakatan mengisytiharkan diri mereka sebagai ahli bebas. Rupa-rupanya, pengundi masih marah atas peristiwa-peristiwa yang menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat melalui proses mahkamah.
Zambry Abdul Kadir, MB terkini, tidak boleh dipersalahkan bagi Umno sekarang dan BN yang tidak popular di Perak. Malah di seluruh negara populariti mereka juga telah semakin surut ke tahap yang paling rendah kerana kualiti kepimpinan yang lemah dan huru-hara yang berkaitan dengan skandal, rasuah, dan kronisme di kalangan pemimpin mereka.
Ramalan oleh penganalisis politik bahawa pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan Pakatan Rakyat menang dengan majoriti mudah di Perak. Zambry menyedari kesusahan ini dan masa kini amat buruk baginya, seperti yang ditambah kepada kelemahan lama politik ini terdapat beberapa Umno ghairah yang mengintai jawatan MB Perak - sedih melihat kelemahan Zambry sebagai pemimpin bagi tiga tahun yang lepas. Seorang pengundi dari Ipoh telah berkata: "pilihan raya umum akan datang akan melihat kemenangan bagi Pakatan. Zambry, atau mana-mana Umno yang lain yang ingin menjadi MB, tidak akan menggoyahkan sentimen rakyat di sini. Orang ramai masih akan mengundi untuk Pakatan Rakyat. "
Zambry tidak akan bertanding bagi kerusi negeri
Permainan politik di Perak adalah mudah tetapi jijik. Zambry secara tidak sengaja dijadikan 'kambing korban' apabila BN mengambil alih Perak dari Pakatan Rakyat pada Februari 2009. Dia terpaksa untuk melakukan hampir semua kerja 'kotor' bagi parti pemerintah pada masa itu dan selepas Barisan Nasional menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Ketika itu, mereka tidak kisah jika Zambry telah dipulaukan dan akhirnya menjadi wira selagi Perak kekal di dalam pegangan BN. Ini telah dianggap sebagai 'pengorbanan personaliti' yang dirancang oleh mereka yang berada dibahagian atas dalam Umno. MB Perak seterusnya jika BN memenangi pilihan raya negeri akan datang yang sangat tidak mungkin - tidak mungkin Zambry lagi.
Menurut beberapa penganalisis politik, Zambry tidak akan bertanding bagi kerusi negeri pada pilihan raya umum akan datang. Dia mungkin boleh diberikan kerusi Parlimen untuk bertanding atau beliau akan memilih untuk tidak bertanding langsung. Skim Umno di sini adalah seseorang yang baru bagi kepimpinan negeri kemungkinan besar akan membantu membuat rakyat melupakan dosa dan pengalaman pahit daripada kemelut 2009. Ini adalah perlawanan politik yang agak bijak yang direka oleh pemimpin-pemimpin politik yang licik dalam Umno. Biarpun begitu, penganalisis politik telah Memberikan peluang yang amat tipis bagi BN untuk mengekalkan Perak dalam pilihan raya umum yang akan datang. Pakatan, seperti ditunjukkan dalam pemilihan, akan memenangi Perak tetapi dengan majoriti mudah.
Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai yang memihak kepada Zambry, pihak kedua tidak akan mengalah dengan mudah jika terdapat satu cabaran untuk jawatan MB jika BN menang di Perak pada pilihan raya umum akan datang. Penyokong kuat Zambry di Pangkor berkata: "Kami tahu bahawa terdapat orang lain yang bercita-cita untuk mengambil alih jawatan Zambry. Kami tidak akan menyokong atau mengundi mereka. "Zambry di pihaknya, walaupun beliau tidak popular sebagai MB, masih bertekad untuk bertanding kerusi DUN dan kekal sebagai MB Perak.
Mahukan MB yang lebih ‘berwajah-melayu’
Zambry mempunyai sebab-sebab yang betul dan sah untuk berbuat demikian. Kali ini dia mahu membuktikan kepada rakyat bahawa dia adalah MB 'sah' Perak untuk menolak tuduhan pengkritik bahawa dia adalah ketua 'yang dilantik mahkamah '. Dia mahu menunjukkan bahawa ia bukan nasib bahawa dia menjadi MB. Pelantikan beliau sebagai MB yang sah dan ia adalah kerana kebolehan dan kredibiliti beliau. Ramai rakyat Perak walaupun tidak memihak kepada Zambry, tidak juga memihak kepada mana-mana MB lain dari BN. Mereka mahu mengembalikan jawatan itu kepada Mohammad Nizar Jamaluddin - MB popular yang menerajui negeri ini selepas pilihan raya umum Mac 2008 dan sebelum Zambry mengambil alih pada bulan Februari 2009. Pengundi dari Changkat Jering berkata: "Saya tidak mengundiPakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lepas. Kali ini saya akan mengundi untuk Pakatan Rakyat. Saya mahu melihat Nizar kembali sebagai MB. "
Tetapi, ahli-ahli Umno di Perak dan di peringkat persekutuan percaya sebaliknya. Zambry semakin kurang popular di kalangan orang Melayu di Perak. Sesetengah ahli UMNO masih mahu MB yang lebih ‘keMelayuan’ untuk mengetuai negeri ini untuk menentang Nizar yang popular yang sentiasa disebut-sebut untuk menjadi MB Perak selepas pilihan raya umum akan datang. Ahli UMNO di sini merasakan bahawa Zambry tidak sepadan dengan karisma dan populariti Nizar. Tetapi, mereka juga berasa serba-salah sebagai orang yang memilih untuk menggantikan Zambry kerana takut tindak balas negatif dari penyokong pihak kedua.
Ia adalah hakikat di Perak, pada masa ini, terdapat terlalu banyak pemimpin-pemimpin Umno yang mengintai jawatan MB dan mereka semua mempunyai penyokong mereka sendiri - tanda-tanda bahawa Umno berpecah. Seorang penyokong Umno Parit berkata: "Ia akan menjadi sukar kali ini. Ahli-ahli Umno berpecah. Mereka mempunyai calon mereka sendiri untuk bersaing bagi menjadi MB. Jika calon mereka tidak dipilih untuk bertanding bagi jawatan tersebut ini akan mengganggu jentera pilihan raya Umno. "Malah, rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli Umno ini telah meletus di negeri ini.
PRU-13 semakin hampir, Perak bertukar menjadi tempat ‘pembunuhan politik Umno.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.