Showing posts with label Aktivis. Show all posts
Showing posts with label Aktivis. Show all posts

Tuesday, 25 August 2015

#OccupyParliament: 17 aktivis pelajar ditahan polis

Rabu, 26 Ogos 2015
#OccupyParliament: 17 aktivis pelajar ditahan polis
Seramai 17 aktivis pelajar yang berkhemah di luar Parlimen ditahan polis pada Selasa malam. -Foto Twitter Sim Tze Tzin

#OccupyParliament: 17 aktivis pelajar ditahan polis

Astro Awani | Diterbitkan pada Ogos 26, 2015 09:37 MYT
KUALA LUMPUR: Seramai 17 aktivis pelajar yang berkhemah di luar Parlimen ditahan polis pada Selasa malam.

Mereka merupakan antara 30 individu yang mengambil bahagian dalam protes duduk #OccupyParliament untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak meletak jawatan, lapor portal berita theSun hari ini.

Ketua Polis Sentul ACP R. Munusamy mengesahkan 17 individu itu ditahan kira-kira jam 10.30 malam tadi.

"Kumpulan itu terdiri daripada 14 lelaki dan tiga wanita," kata Munusamy.

Menurutnya, pihak polis telah memberikan masa lebih 24 jam kepada pemprotes sebelum meminta mereka bersurai namun arahan itu tidak diendahkan.

Tambahnya, 17 individu itu ditahan di bawah Seksyen 142(B) Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti yang menggugat demokrasi berparlimen.

Munusamy berkata mereka yang ditahan dibawa ke lokap Balai Polis Jinjang.

Sementara itu, aktivis pelajar Nazrul Nazir dipetik Malay Mail Online sebagai berkata mereka dikepung dan ditahan setelah enggan beredar dari lokasi mereka berhimpun.

"Kami berada di luar Parlimen. OCPD Sentul mengarahkan kami meninggalkan kawasan di mana jarak antara kami dan bangunan Parlimen kira-kira 50 meter.

"Kami menjarakkan diri dan mereka (polis) beredar sebentar. Tiba-tiba mereka datang semula; kira-kira 40 ke 50 anggota polis dan mereka mengelilingi kami semua. Mereka mula menahan kami; ada antara kami yang berjaya melepaskan diri," katanya kepada Malay Mail Online.

Tambah Nazrul, pihak polis memaklumkan mereka melakukan jenayah di bawah Seksyen 124 (B), Kanun Keseksaan kerana berkhemah melebihi 24 jam di luar Parlimen.

Mereka yang ditahan hari ini termasuk Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (PMUM) Ammar Atan, selain aktivis pelajar Khairol Najib, Lee Chung Lun dan Lau Yi Leong.

Pada Ahad, kira-kira 30 mahasiswa meneruskan protes dengan berikrar akan duduk di hadapan bangunan Parlimen sehingga Datuk Seri Najib Razak bersetuju meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Kumpulan yang menggelar diri mereka Langkah Siswa memulakan protes dengan berarak ketika hujan lebat bermula dari bangunan Bank Negara Malaysia di Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur ke bangunan Parlimen.

Mereka kemudiannya berkhemah di luar Parlimen sehinggalah polis menahan mereka pada Selasa malam.

Read More

Sunday, 24 March 2013

31 Ahli & Aktivis UMNO DUN Hulu Besut Menyertai PAS....*Video Updated


Ahad, 24 Mac 2013
Aktivis UMNO Masuk PAS
Besut - Seramai 31 orang bekas ahli dan aktivis Umno Besut, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Hulu Besut meninggalkan parti tersebut dan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS seumur hidup.

Bekas Ahli Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Ramli bin Bidi (Mat Bidi) 62 tahun mewakili rakan-rakannya menyerahkan borang permohonan tersebut kepada Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam satu Majlis Ceramah di Kampung Lubuk Kawah, Hulu Besut, di sini malam ini, Sabtu 23 Mac.

Dari jumlah 31 orang bekas aktivis Umno itu, enam orang yang keluar adalah dari Kampung Lubuk Kawah dan 25 orang dari Kampung Kayu Kelat. -BO





Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena