Thursday 25 June 2015

Pakatan Baharu - DAP akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Azmin...So Azmin, bagaimana?

Khamis, 25 Jun 2015
Image result for Gambar azmin

Bahtera hampir karam... Nakhoda semakin cemas

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan PAS Pusat sudah pun memberikan arahan kepada Pesuruhjaya Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad supaya mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan (Adun) parti Islam itu untuk terus menyokong kepimpinan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali. 

Presiden PAS itu berkata, arahan itu dikeluarkan bagi membolehkan mereka meneruskan khidmat kepada rakyat dan seterusnya mengekalkan kedudukan kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu ini. Nakhoda PAS buat arahan ini menunjukan dia semakin cemas... mungkin dia merasakan bahtera PAS semakin terumbang ambing dan hampir karam di Selangor?? Cakap kononnya pertahankan Selangor, tapi sebenarnya nak pertahankan kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor!

Arahan Hj Hadi ini menandakan akan ada dua kemungkinan pergolakan besar akan berlaku di Selangor dalam masa yang terdekat ini.  

1) DAP akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Azmin. 

DAP dengan 15 kerusi pastinya akan bulat menyokong usul tersebut. Tapi apakah semua 13 PKR akan menentang usul tersebut? Di sinilah keadaan paling genting.

13 PAS menolak usul tersebut tidaklah terkesan sangat sekiranya 12 Umno menyokong usul tersebut.Tidak mungkin Umno akan menyokong Azmin! Umno pastinya tidak mahu melepaskan peluang menangguk di air yang keruh....Hahahaha .... Sangat menarik episod ini untuk kita lihat nanti.  

Namun sekiranya DAP gagal dalam tindakan pertama ini, langkah seterusnya sebagaimana Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua pernah ucapkan, “DAP seboleh-bolehnya tidak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar dan berlaku pilihan raya negeri,” iaitu : 

2) DAP akan menarik diri dari menyokong Pakatan Rakyat di Selangor ?

Pastinya langkah ini akan menjurus Selangor terpaksa mengadakan pilihanraya negeri.....

So Azmin, bagaimana ? Cepatlah berbincang dan berunding dengan DAP. Cari jalan yang terbaik supaya harapan rakyat tidak dihampakan. Rakyat mahu dengar berita baik selepas raya nanti sebagai angpow raya.


Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena