Sunday 21 June 2015

'BN boleh jatuh'...Pakatan Baharu 'Tanpa PAS' berpeluang mengambil alih Putrajaya! UMNO sudah tidak selamat?

Isnin, 22 Jun 2015

Tanda-Tanda UMNO Tidak Selamat

Shahbudin Husin, 

 
UMNO di era kepimpinan Najib Razak sekali lagi menjadi bahan persendaan pelbagai lapisan masyarakat berikutan tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang atau MBPP meruntuhkan struktur tulisan UMNO yang terletak di hadapan ibu pejabatnya di Georgetown.

Tindakan MBPP itu dikatakan kerana perletakan struktur itu tidak mempunyai lesen tetapi UMNO Pulau Pinang difahamkan sedang dalam proses memohonnya.

Apa yang menjadi perbualan ramai ialah Pemuda UMNO Pulau Pinang hanya mengecam dan memberi amaran dari jauh berkaitan tindakan itu melalui kenyataan media saja.

Sejak bila Pemuda UMNO sudah hilang keberaniannya?

UMNO Pulau Pinang juga hanya semalam mengadakan mesyuarat, juga mengecam dan melahirkan rasa kesal atas tindakan MBPP yang disifatkan tergesa-gesa kerana tidak memberi notis yang sewajarnya terlebih dahulu.


'BN mungkin boleh jatuh walau Pakatan pecah'

Jika Umno terus merosakkan diri dengan perbalahan dalaman dan dakwaan rasuah dan BN masih kucar-kacir, maka penganalisis politik yakin pembangkang mempunyai peluang mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

"Parti komponen BN mempunyai masalah, MIC menjadi jenaka tetapi tiada siapa yang ambil peduli untuk bercakap mengenainya," kata Wan Saiful Wan Jan, yang mengetuai badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Beliau merujuk kepada perebutan kepimpinan MIC, di mana Presiden Datuk Seri G Palanivel telah menggantung keahlian Timbalannya, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Bagaimanapun kemudiannya, Subramaniam mengumumkan beliau sebagai pemangku presiden dan keahlian Palanivel ditarik.

Wan Saiful berkata, kedudukan MCA pula tidak berada dalam keadaan stabil, sementara dalam Umno pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan seranan berterusan daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ia agak positif bahawa pembangkang mempunyai peluang yang adil untuk mengambil Putrajaya jika Umno terus memusnahkan dirinya sendiri," kata Wan Saiful.
KedahLanie.

1 comments:

Master Jaguh said...

Lagi cerita hangat .. ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena