Friday 26 June 2015

HIKAYAT SEKAWAN KAMBING - G18 nekad mahu keluar dari kandang...

Sabtu, 27 Jun 2015

HIKAYAT SEKAWAN KAMBING

Sekawan kambing telah diasingkan pada 4-6 Jun 2015

Tujuan diasingkan ialah ialah untuk mensucikan kandang dari pencemaran unsur-unsur sekular. 

UTUSAN

Kambing-kambing yang diasingkan menggelar diri mereka G18 nekad mahu keluar dari kandang

MASUK WATAK PENYELAMAT

Tidak semena-mena, hari ini sesusuk tokoh yang berada di luar kandang menyapa.

Begini bunyinya sapaan itu:



Tokoh yang mendapat kemasyhuran dari sejarah "Guthrie Dawn Raid" di London pada tahun 1981 itu mendakwa punca kemelut di Selangor adalah kerana:

"Greed, insensitivity and lack of magnanimity all are ingredients for deep distrust, non-cooperation and finally a fallout. Sadly in the end, the rakyat are the biggest losers,” (bernama.com).

Terjemahannya:

"Sikap tamak, tidak sensitif dan kurang keluhuran adalah semuanya bahan untuk menimbulkan rasa tidak percaya yang mendalam, tiada kerjasama dan akhirnya membawa kejatuhan. Malangnya pada akhirnya, rakyat yang rugi besar."

Macam pernah dengar ayat-ayat itu.

Ya. Itulah ayat-ayat yang biasa kita baca dalam buku teks pengurusan perniagaan yang ditulis oleh konsultant yang ironisnya rata-rata berfahaman sekular.

Tiada masalah dengan ayat-ayat itu. Khususnya jika Selangor sebuah syarikat.

Cuma...cuma...

Selangor bukan sebuah syarikat. CEO dan Board of Directorsnya bukan dilantik oleh syarikat tetapi dipilih oleh rakyat. Pada PRU13 rakyat memilih Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP.

Khalid Ibrahim bukan Menteri Besar pilihan DAP; bagaimana dia hendak mengaplikasi teknik "Guthrie Dawn Raid" untuk mengambil alih Kerajaan Selangor dari Azmin Ali? Khalid Ibrahim juga bukan Menteri Besar pilihan PKR dan dua orang ADUN PAS yang telah dimunafikkan oleh Norazli Musa (sila baca di sini).

MASUK WATAK WALI

Sebab itulah Haron Din membuat kenyataan "nasihat" bagi membantunya mencapai tujuan yang sukar ini. (my.malaysiakini.com).


Haron Din menasihati kumpulan G-18 itu supaya tidak meninggalkan PAS atau mereka akhirnya akan dilupakan melalui analogi sekawan kambing:

"Sekumpulan kambing akan menjadi lebih selamat apabila mereka bersama, tetapi kambing yang memilih untuk bersendirian berdepan risiko diterkam serigala." 

Memandangkan DAP sudah pasti tidak akan berbaik semula dengan PAS, maka pastinya tidak menerima Khalid Ibrahim kembali. Begitu juga 2 orang ADUN yang telah dibaruakan dan dimunafikkan. Jadi, formula mengambilalihan apa yang akan digunakan? 

Formula ini kah?


Khalid Ibrahim "lupa" sebut, bahawa yang tamak, tidak sensitif dan kurang keluhuran itu ialah UMNO/BN.

AKIBAT TERLEBIH YAKIN

Mursyidul Am PAS lupa usia golongan G18 dalam dunia politik jauh lebih lama dari Nasrudin Hassan, Nik Abduh, Zaharuddin Muhammad, Zuhdi Marzuki, Razman Zakaria, Ali Akbar atau Mursyidul Am sendiri. Atau budak-budak "tidak sekular," berjanggut memakai serban/ketayap yang menggantikan "Allahuakbar" menjadi "Boooooo!"

Kalaulah kita pinjam analogi sekawan kambing Haron Din, merekalah kambing-kambing terpilih yang akan ditinggalkan, dan merekalah yang kurang pengalaman hidup untuk menguruskan sendiri kandang mereka tanpa kepakaran yang dimiliki golongan professional. Merekalah yang akan terkepung dalam kurungan yang mereka bina sendiri bersama-sama serigala yang memakai bulu kambing.

Siapakah agaknya yang akan dibaham oleh serigala?

********************

Yong lebih cenderung membuat analogi begini:


ANGGAPLAH DI BELAKANGMU ITU SEBUAH PENGALAMAN.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena