Saturday 27 June 2015

Hadi enggan campur DAP lantik Nizar Ketua Pembangkang Perak.

Ahad, 28 Jun 2015

Hadi enggan campur DAP lantik Nizar

  • Abdul Hadi Awang
MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan masuk campur isu pelantikan Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai ketua pembangkang Dun Perak.
 
Beliau sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Pas Perak untuk membuat keputusan terhadap Mohammad Nizar yang menang kerusi itu atas tiket Pas tetapi dilantik DAP untuk terus kekal sebagai ketua pembangkang Perak dalam keadaan kedua-dua parti pembangkang itu tidak lagi sehaluan.
 
“Itu serah kepada Pas Perak. Pas Perak akan tentukan (perkara itu),” katanya ketika ditanya mengenai tindakan DAP yang sepatutnya tidak menyokong Mohammad Nizar sebagai ketua pembangkang selepas kedua-dua parti itu tidak lagi bersama dalam satu pakatan berikutan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan pakatan sudah tidak lagi wujud.
 
Kenyataan Guan Eng itu sebagai tindak balas tindakan Dewan Ulama Pas mengemukakan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa bahas pada muktamar parti itu awal bulan ini.
 
Kelmarin, Pas Perak menganggap tindakan DAP mengekalkan Mohammad Nizar sebagai ketua pembangkang adalah di luar perbincangan Pas, PKR dan DAP walaupun PR tidak lagi wujud dalam negeri berkenaan.
 
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang dipetik berkata, pihaknya melihat pelantikan itu atas dasar persetujuan DAP, bukan mewakili Pas dan PKR, malah tiada sebarang perbincangan mengenai perkara itu dibuat.
 
“Walaupun secara dasarnya DAP telah memutuskan hubungan dengan Pas, di peringkat negeri kita masih mempunyai hubungan baik sebagai sebuah pakatan. Cuma apa yang saya boleh katakan, lantikan DAP itu dibuat tanpa pengetahuan kita,” katanya.
 
Terdahulu, pelantikan Mohammad Nizar yang juga pernah menjadi Menteri Besar Perak selama 10 bulan ketika PR menang dan mentadbir negeri itu pada 2008, juga dikatakan menerima sokongan semua 18 Adun DAP dalam Dun Perak

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena