Monday 29 June 2015

Siapa yang gopoh & bodoh? Kamu asyik 'nak salahkan orang, salah sendiri tak nampak ke'

Isnin, 29 Jun 2015

Asyik Nak Salahkan Orang, Salah Sendiri Tak Nampak

Guan Eng terlalu gopoh

KEPALA BATAS - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah seorang yang gopoh apabila mengisytiharkan PR tidak lagi wujud sedangkan Pas masih belum memutuskan sebarang ketetapan berhubung usul Dewan Ulama mahu parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, ini kerana Guan Eng tidak merujuk kepada kepimpinan pakatan pembangkang untuk mengisytiharkan bahawa DAP tiada lagi hubungan Pas dan PR juga sudah tidak lagi wujud.

Katanya, Majlis Syura akan mengadakan mesyuarat khusus berhubung isu itu dan beberapa isu lain tidak lama lagi selepas Mursyidul Am, Datuk Dr Harun Din pulang daripada mengerjakan umrah.

“Apa yang berlaku ialah DAP yang memutuskan hubungan dengan PR dan Pas. Jadi, ini sesuatu yang menariklah usul Dewan Ulama Pas Pusat dilaksanakan oleh DAP sedangkan kita belum membuat sebarang keputusan dan ketetapan mengenainya,” katanya selepas ceramah perdana kepimpinan Pas Pusat di Markas Tarbiyah Pas negeri, Pongsu Seribu.

Nasrudin berkata, sehingga sekarang, Pas mempunyai hubungan yang baik dalam PR dan parti komponen yang lain kecuali DAP yang mengambil pendirian untuk memutuskan hubungan dengan Pas dan PR.

Ditanya sama ada tindakan Guan Eng itu mahu menimbulkan sentimen untuk mengelirukan rakyat, Nasrudin berkata, apa yang berlaku merupakan satu provokasi yang cuba dilancarkan sejak awal lagi.

“Apa yang mereka (DAP) nak lakukan, bagaimana mereka nak suarakan dan apa sikap yang mereka nak ambil itu terpulanglah. Namun, sikap (pendirian) Pas sehingga hari ini kita masih bersama dengan PR,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengarahkan semua lapisan kepimpinan Pas negeri dilantik beberapa perjawatan dalam kerajaan Pulau Pinang untuk meneruskan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat seperti biasa.

Mengenai cadangan penubuhan parti politik baharu, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan kumpulan G18, Nasrudin mengibaratkan itu hanyalah fenomena sementara selain ‘demam’ selepas pasca muktamar Pas.

Namun, beliau menasihatkan agar mereka tidak menjadi pengganggu kepada hasrat parti untuk memperjuangkan Islam dan menjadi satu alternatif kepada Umno dan BN dalam mentadbir negara.

“Dengan langkah yang ditimbulkan mereka sedikit sebanyak mengelirukan orang awam dan juga mengganggu kedudukan politik tanah air yang saya kira tak kan ke mana pun,” katanya.

Ditanya mengenai DAP yang didakwa menjalin hubungan baik dengan Pasma dan kumpulan G18 yang disifatkan sebagai pro DAP berbanding pro-ulama Pas, Nasrudin berkata, itu adalah hak rakan sekutunya itu untuk berbuat demikian selain tidak timbul sentimen pro-ulama mahu pun profesional. - Bernama

ULASAN GB

Cukup aneh dan cukup pelik. Asyik nak menyalahkan orang lain sedang diri sendiri yang membuat salah.

Bukankah usul memutuskan hubungan itu dengan DAP itu adalah usul dari Dewan Ulama yang telah diterima secara SEBULAT SUARA?

Mengapa DAP pulak dijadikan sasaran dan bukan Dewan Ulama yang membentangkan usul itu?

Hanya nak membela puak sendiri walaupun salah... itu adalah assabiyah.

Dan katakanlah usul itu tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama, mengapa sampai sekarang Majlis Syura Ulama tidak bermesyuarat untuk membuat keputusannya?

Inilah akibatnya sudah tiada lagi golongan profesional dalam PAS. Semuanya menjadi jumud dan kolot semula. Lembab dan tidak layak lagi untuk memimpin ummah.

InsyaAllah, masa akan menentukan, PAS sudah menjadi semakin tidak relevan di dalam arus politik negara.

Hari Raya ini akan menyaksikan satu "exodus" - penghijrahan berama-ramai dari PAS kepada sebuah parti baharu.

COMMENTS:

Anonymous said...
Kalau dulu mungkin orang tidak tahu...tetapi sekarang melalui media sosial, orang semua sudah tahu...siapa yang gopoh..dan bodoh...
jangan sampai jadi seperti berak ke langit...malu dapat...busuk pun dapat...lebih dahsyat lagi...orang lain turut terpalit
Omar Daud said...
Salam semua:

Satu telunjuk di tunjukkan pada org, 4 telunjuk lagi memaling pada diri sendiri,Ini lah kempen penerangan PAS (UG) KE Kampong-kampong untuk menutup kecurangan,kebejatan pemimpin-pemimpin mereka.Macambiasa bila raya nanti, saudara-saudari balik kampong kita NEUTRALISEKAN balik,Ini zaman IT/information di hujung jari.

Dari pengalaman saya nak menang pilihanraya bukan sekadar informasi yg berterusan, 6 bln/setahun sebelom pilihanraya sesuatu kawan DUN/MP, Kawasan2 ini kena ada tenaga kerja minima DUN 5 orng/MP 10 orang, Kader-kader, 1.untuk penyedia PACA,Tenaga untuk mendapat latest data pengundi setempat,untuk record2 update data pengundi/dan yg meninggal,Tenaga kerja/calon mesti rapat/dgn tenaga kerja-ada schedule/activity rakyat.

Insyallah jika parti baru ditubuhkan, saya dan group saya akan cuba menyediakan class-class,strategy, utk DUN/MP.-class free cuma disediakan makanan dan minuman saja.

Dari pengalaman lalu ,tak guna jika ceramah berbueh-bueh orn ramai berpusu-pusu, ramai orang datang dengar tetapi bila pilihanraya kita kalah,

BENTENG TERAKHIIR kita tak jaga.

WASSALAM
Anonymous said...
semalam saya bertemu secara tidak sengaja dengan DSNizar di surau Tol Chgt Jering. Kami bertiga berbual. nampaknya ramai yang ternanti2 akan parti baru. Insyaallah, jika orang minat tu ada. tak macam HAMIN dulu nanmpaknya. sekarang kuasa media sosial yang mempromosi parti ini sangat kuat. Kesilapan PAS ialah seolah2 menolak pandangan/pendapat umum terhadap kepimpinan mereka. Saya bukan penyokong mat sabu dan kumpulan tetapi saya sangat terkilan cara mereka dikelaurkan daripada saf kepimpinan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena