Wednesday 24 June 2015

Parti Baharu bakal cetus Gelombang Reformasi Kedua...'Parti Islam untuk semua'

Khamis, 25 Jun 2015

Parti Baharu Bakal Cetus Gelombang Reformasi Kedua ...


Kemunculan parti Islam baru untuk semua? 

Malaysia tidak lama lagi bakal menyaksikan kelahiran parti Islam baru yang akan membuka pintu kepada semua rakyat tidak mengira kepercayaan dengan syarat mereka bersetuju dengan perjuangan terasnya.

Ini akan menjadi menjadi kenyataan sekiranya PAS tidak memenuhi pendekatan inklusif yang dibina pada masa ini, kata MP Shah Alam.

Tidak seperti PAS, kata Khalid Samad, objektif parti baru itu antara lain lebih kepada memerangi rasuah dan menegakkan keadilan.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata parti itu masih berpandukan kepada prinsip-prinsip Islam.

"Pendekatan kami lebih inklusif. Kami mahu semua kumpulan orang Islam dan bukan Islam bersama-sama kami dan menentang rasuah. Inilah apa yang (Allahyaham bekas presiden) Datuk Fadzil Nor bawa.


"Ia adalah perjuangan Islam berdasarkan kepada prinsip Islam. tetapi jika bukan Islam bersedia untuk menerima asas perjuangan, maka tidak ada masalah (mereka untuk menyertainya)," katanya.

Tidak seperti pemimpin PAS yang lain, Khalid lebih jelas menceritakan mengenai inisiatif baru itu sebagai parti politik yang sedang dalam penubuhan sedangkan pemimpin lain memilih menggunakan perkataan 'platform'.

Ditanya sama ada kumpulan pemimpin progresif yang dikenali G18 mahu menubuhkan parti baru, Khalid berkata:

"Ya, besar kemungkinan jika ia tidak memenuhi visi pendekatan yang inklusif yang dibina pada masa ini.

"Jika ia mula menjadi lebih pendiam, lebih nak halau orang keluar keluar, nak yang suci murni saja bersama dia, maka sudah tentu pendekatan itu (tubuh parti baru) kami mahu," katanya.

Perincian mengenai parti itu masih di peringkat awal, kumpulan pemimpin progresif itu merancang untuk menarik sokongan profesional, aktivis, pemimpin NGO Islam atau bukan Islam. -mk 


ULASAN GB 

Ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi sungguh teruja dengan kehadiran parti dari kumpulan progresif.

Mereka yakin dengan para profesional yang sekalipun tewas di dalam pemilihan PAS, namun di atas usaha merekalah PAS berjaya mencai era kecemerlangannya di arena politik tanahair.

Era kecemerlangan ini akan berulang, kali ini dengan sebuah "kapal baru", malah di bawaha Pakatan yang baru, dinamakan Pakatan 2.0.

Yang nyata, parti baharu ini mempunyai misi dan visi yang jelas. Ia benar-benar sebuah parti yang profesional dipimpin oleh tenaga profesyenal yang masih mempunyai dasar Islam yang kental.

Kehadiran beberapa NGO yang turut menyokong parti baharu ini seperti PASMA, IKRAM, ABIM dan lain-lain akan menjadikan parti baharu ini seperti parti AKP yang dipimpin oleh Erdogan di Turki.

Dan jika dulu Anwar pemimpin gerakan Reformasi 1998 yang buat pertama kali telah berjaya membangkitkan kesedaran rakyat sehingga sejak itu UMNO BN gagal untuk mencapai majoriti dua pertiganya di parlimen, kini gerakan reformasi kedua bermula, dipimpin oleh tenaga progresif insyaAllah bakal menamatkan rejim pemerintahan kerajaan UMNO BN digantikan dengan "Pakatan Rakyat" yang sebenarnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena