Showing posts with label Parti Islam. Show all posts
Showing posts with label Parti Islam. Show all posts

Sunday, 25 October 2015

Pelik benarlah, dia sahaja yang layak jadi parti Islam! Takkanlah kewujudan pelbagai parti Islam ditolak oleh Islam?

Ahadm 25 Oktober 2015
 Pertemuan bersama Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia Dr Ali Al-Qaradaghi pada 13 Oktober

Takkanlah kewujudan pelbagai parti Islam ditolak oleh Islam?

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

https://lh3.googleusercontent.com/-zb0xk-Xog9Y/UP7xNLx07wI/AAAAAAAAAAc/uT6heAiW7EM/s630-fcrop64=1,20243c3cdf47c30b/528043_237308316390506_1420986008_n.jpg
Kewujudan lebih daripada seorang nabi atau rasul pada masa dan tempat yang sama adalah perkara biasa dalam sejarah perjuangan kebenaran. Allah mentaqdirkan begitu untuk meraikan kepelbagaian dan kerencaman kehidupan manusia.

Nabi Musa dan Harun hidup pada zaman yang sama dan bumi yang sama, Mesir. Musuh mereka sama, Firaun. Pada masa yang sama juga, Syuib menjadi rasul di Madyan.

Ibrahim dan Lut, menjadi rasul pada masa yang sama, cuma lokasi yang berbeza. Mereka berdepan dengan musuh masing-masing, iaitu pembesar yang menebarkan kerosakan di bumi.

Matahari tidak pernah menyalahkan bulan dan ribuan bintang yang memberi cahaya pada waktu malam. Bunga Raya Merah tidak pernah menyalahkan kewujudan Bunga Raya Putih, walaupun kedua-duanya bunga raya.

Di dunia ini, seorang ulama tidak pernah menafikan kewujudan ulama lain, seorang doktor pakar tidak pernah menafikan kepentingan doktor pakar yang lain.


Itulah hakikat kehidupan manusia. Rencam, pelbagai dan berbeza.

Pelik benarlah, jika ada sebuah parti yang hanya berasa dia sahaja yang layak jadi parti Islam, berjuang Islam dan semua parti Islam yang lain adalah haram.

Kewujudan pelbagai agama pun diakui oleh Islam, takkanlah kewujudan pelbagai parti Islam ditolak oleh Islam?
Kedah Lanie.
Read More

Thursday, 2 July 2015

NGO PasMa beri laluan G18 tubuhkan Parti Islam (Pakatan Baharu)...Jika gagal kami akan menerajuinya

Khamis, 2Jun 2015

Jika G18 gagal, PasMa tubuh parti baru



Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) akan menerajui sendiri usaha menubuhkan sebuah parti Islam yang baru sekiranya Kumpulan progresif, G18, gagal berbuat demikian.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata pihaknya akan menyokong parti yang ditubuhkan oleh G18.

Bagaimanapun, katanya, jika ia tidak menjadi kenyataan, PasMa sendiri akan berusaha menubuhkan sebuah parti baru.

Phahrolrazi berkata pendirian PasMa ialah perlunya sebuah parti Islam yang baru dalam gabungan pembangkang selepas Pakatan Rakyat berpecah.

"Sekiranya G18 tak tubuh parti, kita (PasMA) akan ambil inisiatif, kita akan teruskan tanggungjawab (menubuhkan parti baru).

"Tapi buat masa ini, ada pihak (G18) nak tubuhkan parti, maka kita bagi laluan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Phahrolrazi menegaskan bahawa usaha menubuhkan parti baru itu memerlukan kerjasama banyak pihak dan tidak boleh secara bersendirian.

“Kita ni NGO penyokong, apa saja keperluan kita terus sokong,” katanya.

Usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan kekalahan kumpulan progresif PAS dalam muktamar parti itu bulan lalu, menguatkan lagi hasrat penubuhan sebuah parti Islam yang baru itu.

Kumpulan progresif PAS telah membayangkan kemungkinan sebuah parti Islam yang baru ditubuhkan sekiranya PAS tidak memenuhi pendekatan inklusif yang dibina pada masa ini.
Malaysiakini.
Read More

Wednesday, 24 June 2015

Parti Baharu bakal cetus Gelombang Reformasi Kedua...'Parti Islam untuk semua'

Khamis, 25 Jun 2015

Parti Baharu Bakal Cetus Gelombang Reformasi Kedua ...


Kemunculan parti Islam baru untuk semua? 

Malaysia tidak lama lagi bakal menyaksikan kelahiran parti Islam baru yang akan membuka pintu kepada semua rakyat tidak mengira kepercayaan dengan syarat mereka bersetuju dengan perjuangan terasnya.

Ini akan menjadi menjadi kenyataan sekiranya PAS tidak memenuhi pendekatan inklusif yang dibina pada masa ini, kata MP Shah Alam.

Tidak seperti PAS, kata Khalid Samad, objektif parti baru itu antara lain lebih kepada memerangi rasuah dan menegakkan keadilan.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata parti itu masih berpandukan kepada prinsip-prinsip Islam.

"Pendekatan kami lebih inklusif. Kami mahu semua kumpulan orang Islam dan bukan Islam bersama-sama kami dan menentang rasuah. Inilah apa yang (Allahyaham bekas presiden) Datuk Fadzil Nor bawa.


"Ia adalah perjuangan Islam berdasarkan kepada prinsip Islam. tetapi jika bukan Islam bersedia untuk menerima asas perjuangan, maka tidak ada masalah (mereka untuk menyertainya)," katanya.

Tidak seperti pemimpin PAS yang lain, Khalid lebih jelas menceritakan mengenai inisiatif baru itu sebagai parti politik yang sedang dalam penubuhan sedangkan pemimpin lain memilih menggunakan perkataan 'platform'.

Ditanya sama ada kumpulan pemimpin progresif yang dikenali G18 mahu menubuhkan parti baru, Khalid berkata:

"Ya, besar kemungkinan jika ia tidak memenuhi visi pendekatan yang inklusif yang dibina pada masa ini.

"Jika ia mula menjadi lebih pendiam, lebih nak halau orang keluar keluar, nak yang suci murni saja bersama dia, maka sudah tentu pendekatan itu (tubuh parti baru) kami mahu," katanya.

Perincian mengenai parti itu masih di peringkat awal, kumpulan pemimpin progresif itu merancang untuk menarik sokongan profesional, aktivis, pemimpin NGO Islam atau bukan Islam. -mk 


ULASAN GB 

Ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi sungguh teruja dengan kehadiran parti dari kumpulan progresif.

Mereka yakin dengan para profesional yang sekalipun tewas di dalam pemilihan PAS, namun di atas usaha merekalah PAS berjaya mencai era kecemerlangannya di arena politik tanahair.

Era kecemerlangan ini akan berulang, kali ini dengan sebuah "kapal baru", malah di bawaha Pakatan yang baru, dinamakan Pakatan 2.0.

Yang nyata, parti baharu ini mempunyai misi dan visi yang jelas. Ia benar-benar sebuah parti yang profesional dipimpin oleh tenaga profesyenal yang masih mempunyai dasar Islam yang kental.

Kehadiran beberapa NGO yang turut menyokong parti baharu ini seperti PASMA, IKRAM, ABIM dan lain-lain akan menjadikan parti baharu ini seperti parti AKP yang dipimpin oleh Erdogan di Turki.

Dan jika dulu Anwar pemimpin gerakan Reformasi 1998 yang buat pertama kali telah berjaya membangkitkan kesedaran rakyat sehingga sejak itu UMNO BN gagal untuk mencapai majoriti dua pertiganya di parlimen, kini gerakan reformasi kedua bermula, dipimpin oleh tenaga progresif insyaAllah bakal menamatkan rejim pemerintahan kerajaan UMNO BN digantikan dengan "Pakatan Rakyat" yang sebenarnya.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena