Sunday 21 June 2015

Keluar PAS Jadi 'Kapio'... Ini jawapan Azli Musa

Ahad, 21 Jun 2015

Keluar PAS Jadi Kapir Fitnah ini jawapan Azli Musa





IPOH – “Saya tidak ada mengeluarkan kenyataan seperti itu,” itu penjelasan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azli Musa berhubung kontroversi kononnya beliau mengeluarkan fatwa menyatakan mana-mana individu yang keluar dari Pas akan jatuh kafir.



Nor Azli berkata, isu berkenaan timbul selepas beliau dijemput menyampaikan tazkirah Ramadan di sebuah masjid di Batu Kurau, kelmarin.



“Dalam hadis yang saya nyatakan itu bermaksud: ‘Sesiapa yang berpisah atau keluar dari jemaah walau sejengkal, maka sesungguhnya dia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya”.

“Saya ulas lebih lanjut berhubung hadis itu dan ia tidak rujuk pun kepada mana-mana pihak, jadi saya tidak pasti bagaimana dakwaan seumpama itu boleh keluar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menerusi laman sosial, Facebook, Nor Azli didakwa mengeluarkan fatwa jatuh kafir kepada mereka yang keluar dari parti Islam itu.

Kenyataan dimuat naik dalam Facebook itu mendapat reaksi negatif.

Nor Azli yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, sepanjang tempoh ini, isu jatuh kafir sekiranya keluar Pas tidak pernah dibangkitkan dalam ceramah melibatkan dirinya. “Tak tahulah kalau ada pihak yang cuba nak fitnah saya, setahu saya mereka yang memuat naik isu itu pun, tidak hadir dalam tazkirah saya semalam (kelmarin),” katanya. _ sinar

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena