Tuesday 18 August 2015

GHB: Gabungan baru untuk sejagatkan Islam, kata Dr Dzulkefly Ahmad

Selasa, 18 Ogos 2015

GHB: Gabungan baru untuk sejagatkan Islam

AUGUST 18, 2015
Parti Islam baru, yang digerakkan bekas pemimpin kanan PAS dan badan-badan NGO, akan menyertai gabungan baru bersama PKR dan DAP demi ‘meluaskan’ sifat inklusif dalam Islam.
Setiausaha Gerakan Harapan Baru (GHB) Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah itu demi menunjukkan Islam sebagai agama rahmah dan mampu bekerjasama, bukan mengasingkan diri dan memandang rendah pihak lain.
“Muafakat ini (gabungan pembangkang baru) sebagai wasilah untuk menunjukkan Islam yang sejagat dimana semua kaum dan agama merasakan selamat dan diberikan keadilan dibawah naungannya,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
“Kita tidak mahu menimbulkan satu persepsi bahawa Islam ini adalah untuk kelompok Melayu- Muslim sahaja (apabila Pakatan Rakyat terungkai) bahkan akan menimbulkan persepsi bahawa gerakan Islam telah mengambil jalur pemikiran ‘Muslim Nationalism’ dan bukan Islam yang Sejagat-Universal dan Inklusif.
“Ia memberi satu tanggapan buruk kepada Islam yang tidak lagi menzahirkan sifat inklusifnya,” katanya lagi.
Media melaporkan parti Islam itu bakal dinamakan sebagai parti Amanah Rakyat tetapi pemimpin GHB itu enggan mengesahkannya buat masa ini.
Anggota bukan Islam
Tokoh DAP Lim Kit Siang hari ini berkata satu gabungan baru pembangkang dapat dibentuk sempena Hari Malaysia 16 September ini, jika parti Islam baru dibentuk menjelang 31 Ogos.
Pembentukan gabungan baru itu sedikit sebanyak dilihat akan mewujudkan landskap baru politik tanah air apabila PAS, sebuah lagi pembangkang berpengaruh, akan bergerak sendirian.
Sementara itu, Dzulkefly berkata terdapat sambutan luar jangkaan masyarakat terhadap penubuhan parti baru khususnya daripada komuniti Cina dan India, disamping kaum Melayu-Islam, dibandar, pinggir bandar dan luar bandar.
Katanya, mereka merasakan PAS “tidak memenuhi harapan mereka” termasuk menjadi ahli penuh untuk memilih kepimpinan parti.
Parti baru itu menerima keanggotaan penuh bukan Islam, walaupun menjadikan Islam yang inklusif sebagai ideologi teras.
Berhubung status pendaftaran pula, Dzulkefly berkata pihaknya telah menyediakan semua dokumen untuk melengkapkan proses pendaftaran sebagai parti politik di Jabatan Pertubuhan (RoS).
Dalam masa yang sama mereka akan meneruskan siri jelajah di Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Sarawak sebelum menjelang pelancaran penubuhan rasmi pada 16 September depan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena