Tuesday 18 August 2015

MB: Lanun pun bangga bendera mereka..."korang dah pasang bendera belum"?

Selasa, 18 Ogos 2015

Samat pagi.. korang dah pasang bendera belum?? Tak nak pasang?? Mahal? Baik.buat beli ayam?

Betul gak ya... zaman2.duit payah cari nih daripada nak tunjuk patriotisme kat negara.. Pemimpin yg pimpinan negara pulak bikin jahanam negara kita. Tak cukop dengan ekonomi gawat, ditambah lagi berjuta juta pendatang asing!

Tu pon nak suruh pasang bendera? Tak malu ke?

Ni Pahang elok pasang bendera gambar lori angkot Bauksit!! Habis jahanam jalan2 raya dikerjakan dek ketamakan PEMIMPIN BN.. ada hati nak suruh pasang bendera?


Rakyat bukan tidak bersyukur berada di negara yang merdeka tetapi rakyat terkilan dengan kamu. Setelah di beri mandat kamu tidak membawa suara rakyat bersama kamu.

- Tompo -


Kat US kos sewa kereta sekitar USD36 sehari.. nak carik duit usd36 kat sana kerja sejam dah dapat dah...

Kat Malaysia yang kucingtahi, sewa kereta je sehari ratus2.. nak dapatkan seratus tu mau seharian kerja + over time baru dapat lepas bayar sewa.. nampak?

Itu pon nak kibar bendera ka?
 — with Cari Damai.

MB: Lanun pun bangga bendera mereka




Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohammad Khaled Nordin membidas rakyat Malaysia yang tidak berasa patriotik dan bangga supaya mengibarkan bendera Jalur Gemilang dalam bulan kemerdekaan.
Beliau menegaskan kesedaran mereka itu perlu 'dijentik' demi menunjukkan rasa bangga hidup dalam negara berdaulat dan Jalur Gemilang menjadi ‘jiwa nurani’ kepada Malaysia.
Menurutnya lagi, kalaupun Malaysia mampu membina 10 menara berkembar Petronas, namun nilai Jalur Gemilang "penting dan tidak sama getaran" perasaannya bila ia dikibarkan bersama lagu kebangsaan.
"Saat Jalur Gemilang naik ke hujung tiang bendera, rasa bangga dan cinta kepada Malaysia naik ke hujung ubun-ubun kita. Melihat megahnya ia berkibar, segak, kemas dan gagah.
"Bendera kebangsaan mempunyai kepentingan yang tidak terungkap dengan kata-kata. Kalau kita tengok dalam filem-filem barat, lanun pun ada bendera tuan-tuan.
"Bendera hitam dengan tengkorak putih. Itu lambang dan identiti mereka. Itu jadi kebanggaan mereka. Malah itulah yang menjadi motivasi dan pembakar semangat mereka.
"Apatah lagi kita ini. Bangsa merdeka, bangsa berdaulat dan bangsa yang bernegara. Jalur Gemilang itulah simbol negara kita. Simbol, sekelompok manusia yang diikat atas tatasusila bangsa dan kenegaraan yang sama," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Johor di Stadium Mersing kelmarin.
Teks penuh ucapan beliau itu diedarkan oleh agensi berita nasionalBernama.
Dalam ucapannya juga, Khaled berkata Jalur Gemilang merupakan simbol kedaulatan yang bersifat fizikal kerana ia boleh pandang dan pegang pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena