Showing posts with label Azan. Show all posts
Showing posts with label Azan. Show all posts

Wednesday, 14 May 2014

Kurang Ajar...Ejek Azan

Rabu, 14 Mei 2014

Kurang Ajar: Khairy tuntut siasatan individu ejek azan

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin hari ini menuntut siasatan dilakukan terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang mengejek azan umat Islam.

Menteri belia dan sukan itu menulis dalam Twitter (kanan) dengan berkata, pelampau wujud di kalangan semua kaum, dan sekiranya tulisan kontroversi itu benar-benar wujud, siasatan perlulah dilakukan.

Status Facebook yang dipersoalkan itu mencampur adukkan azan dengan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

“Kita perlu berdepan pelampau ini. Sepertimana yang kita lakukan ke atas ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia),” tulisnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter yang berkata kes ini patut disiasat dan tidak patut ada tolak ansur terhadap ucapan yang menyebarkan kebencian kaum dan agama.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter dikenali Aji Kedi memberitahu Khairy bahawa siasatan harus bermula dengan terhadap Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali terlebih dahulu.

Pemilik akaun Twitter itu menegur Khairy, sekali gus menyalahkan tentera siber BN berhubung akaun yang menghina azan itu.

“Ini helah murahan tentera siber BN untuk mencemarkan Pakatan Rakyat. Meletakkan ke tahap serendah ini tidak menjadikan kamu seorang yang berkaliber. Serius,” katanya.

Sementara seorang lagi pengguna dikenali sebagai Brian Gomez pula mengheret sama ISMA dalam perbincangan itu.
Posted by Jeebond BLM
Read More

Monday, 14 April 2014

'Melayu Johor' Bantah Laungan Azan... [Video] Kelemahan Dajjal.... Dajjal dah lari ke utara Jepun?

Isnin, 14 April 2014
Published on Nov 9, 2013
~ Penguasaan dajjal di darat, udara dan laut
~ Hafal 10 ayat pertama/akhir Surah Al-Kahfi
~ Simbolik di sebalik duit 1 Dolar

**Untuk update terkini sila like Facebook Page kami :https://www.facebook.com/teamkosuke atauhttps://www.facebook.com/zonkuliah
dan Group Facebook : https://www.facebook.com/groups/zonkita/
Twitter : @zonkitaorg (http://twitter.com/zonkitaorg)
Sekiranya ada sebarang persoalan agama yang ingin ditanyakan kepada mana-mana ustaz, sila kemukakan soalan di FB page Ubat Apa Tok Wi? (https://www.facebook.com/tanyatokwi), insyaAllah kami akan postkan video jawapan di channel kami **

Lelaki lapor polis kes tidur diganggu azan...

Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) dilaporkan akan menjalankan siasatan ke atas dakwaan bahawa seorang lelaki membuat laporan polis kerana tidurnya terganggu akibat laungan azan Subuh dan bacaan doa yang kuat.

Laporan Berita Harian menyebut, penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut mengesahkan bahawa JAJ menerima aduan lelaki tersebut dan kadi diarahkan untuk menyiasat perkara itu.

“Memang kita ada terima laporan. Bagaimanapun kita bersangka baik dan menunggu hasil laporan daripada JAJ untuk tindakan lanjut,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Menurut laporan itu lagi, lelaki berusia 56 tahun itu mendakwa bunyi dari pembesar suara masjid di Jalan Perjiranan, Pasir Gudang itu terlalu kuat dan menyebabkan beliau terjaga dari tidur.

Laporan itu menyebut lelaki tersebut juga mendakwa membuat laporan kepada Pejabat Agama Islam Johor dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Selain itu, lelaki itu juga dilaporkan bertemu dengan ahli jawatankuasa masjid berkenaan sebelum membuat aduan kepada polis.
Posted by Nizar 
Yesterday 

Dengar apa uncle ni komen pasal azan...
Malu la melayu islam buat report polis bai...

#Maluu..
Susulan kes yang mengejutkan bahawa  seorang pak cik yang membuat laporan polis membantah bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid berdekatan rumahnya yang telah mengejutkan orang ramai

Sekumpulan orang dari badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak polis telah datang ke rumah beliau untuk menasihati beliau akan perilaku buruk dan tak masuk akal itu.

Sebagai seorang islam sendiri beliau tidak sepatutnya membuat hal begini yang menunjukkan peribadi buruk seorang muslim di Malaysia negara bertuah ini dakwa NGO tersebut

Negara ini negara bertuah, rakyatnya berbilang kaum, berbagai agama bebas dianuti.

Jika kita seorang islam sendiri gagal menghormati azan bagaimana kita hendak tengok penganut agama lain untuk menghormati agama kita sendiri  seterusnya minat untuk mengetahui tentang islam kalau pekara macam ini berulang lagi ? Harap ambil tindakan pada pak cik tersebut.
BLM

PIRAMID TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN

 PIRAMID TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN
Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel
Writter : MistisFiles Editor/Photo : MacJay.Net
[Artikel ini telah diupdate pada 28/4/2011. Turut disertakan dengan beberapa informasi baru.]

Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah  : mata, batu dan air.


Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah
: tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.

Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.

Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi. 

Dibawah ini pula adalah beberapa buah gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden (videographer) dan "C" Hagland (underwater videographer) :
Read More

Saturday, 12 April 2014

[Video] Hukum Tukar 'Channel' bila Azan? Kali ini orang Melayu Islam di Johor sendiri report "Azan Bising", Nauzubillah ...

Sabtu, 12 April 2014
Terganggu!... Laungan Azan

Akhir Zaman, kali ini orang Melayu Islam sendiri report "Azan Bising", Nauzubillah ...

Selalu kita dengar bukan agama Islam yang komplain. Harini Islam Melayu sendiri yang sudah berani buat laporan polis sebegini rupa. Fuh !!

*sya org pasir gudang..masjid tuh bukknya azan lama sangt pon..pastu bacaan tahrim pon sekejap je tak smpi setengah jam pon
-
Luqman Nurhakim
 — withMazlan LanZuraini MdyusofAmylia FdZubaidah MdyusofElena TanNurul FatihahRohaizaton Janal,Zahar Md YusofAmirah Shaali MasriAya Gawus andZanari Sarmadi


  • Abentin Estim bersyukurlah masih dpt mdengar gema bacaan2 mengagungkan Tuhan...
    39 · 10 hrs
  • Mattheus Akun Balang Walaupun bukan Islam, saya suka dengar azan, bacaan yassin dan lebih2 lagi lagu2 nasyid. Bagi saya, sebagai rakyat negara ini, I respect and love others religion too. Tuhan tidak pernah bezakan umatNya.
    71 · 8 hrs
  • Alvin Yap Hey hey hey, kita bkan islam pun tau mcm mne hormat masjid, kita x niat tuk complaint la...jgnlah ckp kita complaint. at least for me and my friend, we did not complaint cause we respect.


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena