Showing posts with label Kapal Umno sudah karam. Show all posts
Showing posts with label Kapal Umno sudah karam. Show all posts

Saturday, 15 September 2018

[Video Cerita Umno sebelum PRU (Ini adalah hiburan semata)] Bahtera Umno yg gah DAH KARAM melingkop bersama nakhoda dan gundek2nya! Tabik Hormat pada Presiden? Kenapa sampai ke tahap begini pemikiran kalian...lucu, bodoh dan mengarut? PAS dan UMNO ditamsilkan sebagai dua ekor anjing...

Sabtu, 15 September 2018

Kapal Umno sudah karam, keluarlah cepat-cepat tinggalkan!

Sewaktu bahtera UMNO tengah gah belayar mengharung samudera, mereka langsung tidak memandang perahu kolek PAS yg sedang terumbang ambing dilambung ombak perubahan...

Sekali dtg Taufan Harapan melanda, ombak menggunung, lautan menggila gegak gempita... bahtera UMNO yg gah turut karam melingkop bersama nakhoda dan gundek2nya...

Maka berenang2lah saki baki para penumpang bahtera UMNO yg masih bernyawa, mencari perahu kolek PAS utk mereka menumpang nafas....

Dgn bangganya....Hari ini, pelayar perahu kolek mendabik dada... Nah, sekarang, perahu kolek kami akan bertambah teguh dgn kehadiran pelayar2 karam dari bahtera UMNO....Tanpa menyedari dan sepertinya mereka lupa.... kehadiran pelayar2 karam itu akan menambahkan lagi berat kolek PAS yg juga tak seberapa...
Dan mereka seperti alpa....bahawa hanya masa yg menentukan,.... sampai ketikanya, dtg sekali lagi Taufan Harapan, perahu kolek itu juga akan diterbalikkan melingkop...dan mereka yg menumpang di situ akan 'karam bersama'....
Belayarlah...kemudikan elok2 kolek reput PAS itu....Taufan Harapan pasti akan datang lagi..!
Foto Otai BERSIH.
Haaaaa....hari ini keras perut aku ketawa melihat gambar ini. Kerja paling bodoh dibuat PAS. Saya tidak pastilah kualiti kain ini... setahu saya utk ahli Parlimen utk membuat baju seperti ini harga mencecah ratusan sehelai.

Hj Hadi barangan sungguh. Mati2 saya ingat pasukan polis atau tentera membuat Tabik Hormat pada Presiden... buat ahli PAS kenapa sampai ke tahap begini pemikiran kalian...lucu, bodoh dan mengarut...

Foto Otai BERSIH.
Mursyidul Am PAS punya mantiq macam majusi nyanyuk..... "Dua ekor anjing sedang berebut tulang, tiba-tiba datang seekor serigala..." ..... apa benda...?

PAS dan UMNO ditamsilkan sebagai dua ekor anjing... Kekuasaan dan khazanah negara ditamsilkan sebagai tulang.... PH ditamsilkan sebagai seekor serigala..... Wow..!!

Kalau ya pun, Hashim Jasin sedar tak bahawa tulang itu sudah jadi milik serigala..... dua ekor anjing kurap dan berkudis sedang berpakat nak pergi curi tulang itu.... Apa yang hebatnya jadi anjing...?

Credit : Abe Awang Malaya
Read More

Tuesday, 4 September 2018

[Video Abdullah Sani Perli Lokman Adam Baru Nak Belajar Buat Rusuhan] TAHNIAH #SenatorHusamMusa & Kapal Umno sudah karam, keluarlah cepat-cepat tinggalkannya! Umno umpama ‘JANTAN KABARET’ yang masa mudanya kaya asyik berpoya-poya.

Rabu, 5 September 2018



Foto Suara Rakyat.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa telah mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara.

Sementara itu, Husam ketika ditemui pemberita merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V kerana memperkenankan pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara.

Mengulas peranannya sebagai anggota Dewan Negara, Husam berkata beliau akan membantu kerajaan dalam mengembangkan ekonomi negara selain memperjuangkan beberapa isu di negeri yang dianggap sedikit ketinggalan antaranya Kelantan, Terengganu dan Perlis.

"Saya juga berharap Pakatan Harapan tidak pinggirkan negeri-negeri ini dalam arus pembangunan negara," katanya.

- BERNAMA
TAHNIAH #SenatorHusamMusa

Kapal Umno sudah karam, keluarlah cepat-cepat tinggalkan!


Jika sebelum ini penganalisis politik Shahbudin Husin mengumpamakan Umno seperti ‘jantan kabaret’ yang masa muda kaya berpoya-poya tetapi setelah Umno bersama BN kalah PRU14 hilang kuasa dan ketiadaan wang memungkin ahlinya menyertai BERSATU-PPBM berama-ramai. – Foto Tumpang Sekole Blog
Pengerusi BERSATU PM Tun Dr Mahathir pula setelah teruk dikecam dicaci hina semasa menegur pemimpin Umno sebelum ini telah menyatakan bahawa beliau sudah ‘membakar jambatan’ dengan parti lamanya itu. – @Berita Mimpi – Ana Ghoib
oleh Shahbudin Husin
Tanpa wang dan kuasa, UMNO secara relatifnya lebih mungkin mati berbanding mampu terus hidup dan bernyawa seperti sebelumnya.
Lebih sebulan selepas kehilangan kuasanya, satu persatu kejadian tak terduga berlaku yang memperlihatkan UMNO sedang menuju kubur kematiannya.
Sehingga ini tiga Ahli Parlimen UMNO sudah mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil Bebas iaitu Bagan Serai, Bukit Gantang di Perak dan Masjid Tanah di Melaka.
Difahamkan, ramai lagi akan berbuat demikian dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan destinasi baru masing-masing.
Di sisi yang lain, mereka yang keluar parti dan tidak yakin lagi dengan UMNO hampir berlaku tiap-tiap hari di semua negeri.
Sebaik saja kalah pilihanraya, beberapa penjawat utama UMNO di beberapa negeri mengumumkan keluar parti. Semalam di Sungai Petani, meskipun selepas memenangi jawatan Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita, tetapi mereka memilih untuk keluar UMNO bersama 40 pengikut yang lain.
Sebelum itu, dua bekas menteri iaitu Rais Yatim dan Syed Hamid Albar turut keluar UMNO dan terbaru, bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo juga difahamkan akan menyusul dengan tindakan yang sama.
Di beberapa negeri, banyak juga cawangan UMNO dibubarkan dan ketua cawangan beserta barisan ahli jawatankuasa cawangan berkenaan memilih wadah lain sebagai pilihan perjuangan.
Secara kasarnya, semua yang keluar dan meninggalkan UMNO ini lebih selesa memilih Bersatu sebagai wadah baru, namun ada juga yang pergi kepada PKR dan Amanah untuk pilihan yang berkenan di kalbu.
Dengan perjalanan masa, apatah lagi apabila UMNO kini dipimpin oleh Zahid Hamidi yang tugas pertamanya sebagai Presiden UMNO ialah mengadap SPRM berhubung siasatan salah guna kuasa wang sebuah yayasan dan berkaitan 1MDB serta barisan kepimpinan UMNO yang terpilih di pelbagai peringkat baru-baru ini pula secara majoritinya masih lagi dibarisi muka-mula lama yang menggambarkan tiada perubahan, tidak mustahil lebih ramai yang keluar dan meninggalkan parti itu.
Serentak dengan itu, selain menjadi pembangkang dan banyak akaun bank UMNOdibekukan kerana dipercayai menerima wang haram 1MDB, aktiviti parti itu dengan sendirinya akan turut terencat, kalau pun tidak terhenti sama sekali.
Jika diibaratkan sebuah kapal, UMNO sebenarnya sudah berlubang di sana sini dan hanya menunggu masa saja untuk karam serta tenggelam.
Tidak cukup dengan Najib sebagai bekas nakhoda UMNO yang dibicarakan tidak lama lagi, Zahid Hamidi dan kebanyakan bekas pemimpinnya juga kemungkinan akan menghadapi perkara yang sama atas pelbagai kesalahan serta salah laku sewaktu dalam kerajaan dahulu.
Jika para pemimpin UMNO selepas ini hanya sibuk turun naik mahkamah dan berurusan dengan peguam saja, bagaimanakah mereka mahu menjaga parti dan berurusan dengan hal ehwal kebajikan rakyat?
Untuk itu, mereka yang keluar UMNO sebenarnya adalah mereka yang telah membuat keputusan yang tepat dan terpuji.
UMNO tiada lagi masa depan dan sedang menghampiri tarikh kematiannya, maka untuk apa berada lagi di dalamnya?
Sebagai pilihan, Bersatu adalah wadah baru yang harus dijadikan pilihan oleh bekas-bekas pejuang UMNO bagi meneruskan perjuangan. Lagi pula, nama UMNO bukan lagi jenama yang baik untuk dipasarkan kepada rakyat.
Orang Melayu mesti tinggalkan UMNO dan beramai-ramai memilih Bersatu jika mahu perjuangan memartabatkan bangsa itu dapat dilakukan secara lebih bermaruah.
UMNO adalah parti penyamun dan mereka yang memimpinnya juga saki baki penyamun belaka. Jika semasa berkuasa, mungkin ada sedikit sebanyak hasil samunan atau wang lebihan daripada membeli beg tangan isteri dan kereta mewah Ferrari yang dapat dicampakkan kepada rakyat, tetapi apa lagi yang mampu dilakukan sekarang ini?
Perjuangan para pemimpin UMNO selepas ini hanyalah sibuk untuk menyelamatkan diri dan mengelakkan penjara sebagai destinasi akhir dalam kehidupan masing-masing.
*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik terkenal. Tulisan adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysianReview.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena