Showing posts with label undi tidak percaya. Show all posts
Showing posts with label undi tidak percaya. Show all posts

Friday, 23 October 2015

[Video] “Undi tidak percaya Najib tidak semestinya melalui usul! Azizah dakwa punya sokongan majoriti.

Jumaat, 23 Oktober 2015

Azizah dakwa punya sokongan majoriti undi tidak percaya pada Najib [TONTON VIDEO]

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Aziz
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR:Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini mendakwa mempunyai sokongan majoriti Parlimen untuk menjayakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Presiden PKR itu mendakwa mempunyai sokongan beberapa ahli parlimen BN selain pembangkang untuk menjatuhkan Najib.
 
"Saya mempunyai sebab-sebab munasabah dan keyakinan bahawa majoriti (ahli) Dewan Rakyat seperti bukan sahaja 88 ahli Parlimen pembangkang tetapi juga (melibatkan) bilangan ahli Parlimen daripada BN yang mencukupi dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri untuk menerajui kerajaan," katanya dalam sidang medianya di lobi Parlimen hari ini.
 
Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh enggan menamakan siapakah wakil rakyat berkenaan sebaliknya berkata ia adalah 'suspen'.
 
"Tunggu dan lihat... suspen (kejutan)," katanya ringkas.
 
Beliau mengemukakan usul berkenaan sebentar tadi namun ia dijangka tidak akan dibahaskan pada sesi ini, kerana tidak memenuhi peraturan Dewan Rakyat.
 
"Saya baru hantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dengan kapasiti saya selaku Ketua Pembangkang, saya telah mengemukakan satu usul pada hari ini untuk mengambil ketetapan bahawa Dewan ini tidak ada lagi kepercayaan terhadap Yang Berhormat Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri," katanya lagi.
 
Azizah dan Pakatan Harapan (PH) memberitahu mereka nekad untuk menghantar notis itu meskipun jelas dengan penjelasan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
 
“Undi tidak percaya  tidak semestinya melalui  usul. Apabila bajet (bentang esok), jika pembentangan itu (Najib) kalah maka terpaksa seperti (dibuat) undi tidak percaya.
 
"Jadi kenapa harus isu (kemuka usul undi tidak percaya) terpaksa dibuat ketika ini (sahaja) ?,” soal Pandikar kepada pemberita, pada Rabu.
 
Esok Najib dijadualkan membentangkan Bajet 2016 yang terpaksa mengimbangi perbelanjaan kerajaan dalam persekitaran ekonomi global yang suram.   
 
Read More

Thursday, 30 July 2015

"Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya"! Mengelirukan?

Jumaat, 31 Julai 2015

UPDATE : Hadi Awang - YB PAS Sokong Undi Tak Percaya Najib Akan Dipecat

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli Parlimen PAS agar tidak menyokong usul undi tidak percaya jika diadakan di Dewan Rakyat bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Hadi berkata ahli Parlimen berkenaan perlu akur jika tidak mahu tindakan tegas diambil kerana PAS hanya akan melakukan perubahan melalui cara yang lebih sihat.

“PAS tidak akan menyertai agenda melakukan perubahan politik secara tidak sihat kerana cara itu akan menghuru-harakan negara.

“Kita mahukan perubahan tetapi kita akan lakukan secara sihat iaitu melalui pilihan raya umum.

“Perubahan kepimpinan negara seperti dicadangkan Gerakan Harapan Baru (GHB) boleh menghuru-harakan negara dan mengorbankan masa depan rakyat,” katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian.

Pemimpin PKR, DAP dan GHB pada Selasa menggesa seluruh ahli Parlimen termasuk daripada Barisan Nasional (BN) bersatu bagi mengemukakan undi tidak percaya kepada Najib.

Mereka berkata ia perlu dilakukan susulan ketidaktentuan politik dan sosial dalam negara serta pendedahan terbaru skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) melibatkan Najib secara langsung seperti didedah akhbar Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini.

Pengerusi GHB, Mohamad Sabu menjelaskan tindakan itu perlu bagi menyelamatkan masa depan negara.

“Seluruh negara kini menjadi mangsa apabila urusan pentadbiran negara dan pembangunan dikorbankan demi percaturan politik Najib.

“Kedegilan Najib untuk terus berkuasa akan mengheret negara dengan ketidaktentuan selagi ia tidak diselesaikan segera,” katanya

- tmi


Penafian Berita Disiarkan Oleh akhbar Berita Harian

Tajuk berita dalam akhbar cetak Berita Harian "Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya" bertarikh 31 Julai 2015 itu adalah salah dan mengelirukan. Presiden Pas menyebut bahawa undi tidak percaya di parlimen adalah salah satu proses demokrasi. 

PAS akan menelitinya. Bagaimana pula ia telah di spin sedemikian rupa oleh Berita Harian dengan tajuk dan isi yang bercanggahan dengan apa yang disebut oleh Presiden PAS.

Melainkan Berita Harian berniat jahat dan mempunyai agenda pecah perintah. Kami mendesak pihak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam. Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya.

Disertakan pautan temuramah tersebut :

Watch "UNDI TIDAK PERCAYA ADALAH PROSES DEMOKRASI" on YouTube - https://youtu.be/FrtduqAGCBU

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS
31 Julai 2015
11.00 am
BLM
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena