Sunday, 1 June 2014

MH370; Ini kisah sebenarnya...telah lama mendarat dan bukannya terhempas?

Isnin, 2 Jun 2014

Perkembangan Terkini MH370 yg penuh kontroversi: Penumpang semua masih hidup ?

Sharifah Sofia Syed Rashid 
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini mendedahkan data satelit yang belum diproses daripada firma United Kingdom Inmarsat. Data berkenaan digunakan untuk mengesan pola penerbangan MH370.
" Inmarsat dan DCA bekerjasama untuk mendedahkan data log komunikasi dan keterangan teknikal analisis " diatas permintaan keluarga penumpang MH370 .


 Dalam satu laporan yg lain penyiasat menjangkakan akan ada lagi tangan ghaib yg akan mengubah kandungan asal tersebut seperti yg berlaku sebelum in perbualan suntingan kapten zaharie di dlm kokpit. Para penyiasat mengatakan pesawat MH370 bukannya hilang sebaliknya telah " dirampas " menggunakan alat kawalan jauh sebelum 2 jet tercanggih Amerika mengiringi pesawat MH370 dari dikesan oleh mana-mana radar di dunia dan telah selamat mendarat di Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika.

Photo: Perkembangan Terkini MH370 yg penuh kontroversi:

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini mendedahkan data satelit yang belum diproses daripada firma United Kingdom Inmarsat. Data berkenaan digunakan untuk mengesan pola penerbangan MH370. 
" Inmarsat dan DCA bekerjasama untuk mendedahkan data log komunikasi dan keterangan teknikal analisis " diatas permintaan keluarga penumpang MH370 . Dlm satu laporan yg lain penyiasat menjangkakan akan ada lagi tangan ghaib yg akan mengubah kandungan asal tersebut seperti yg berlaku sebelum in perbualan suntingan kapten zaharie di dlm kokpit. Para penyiasat mengatakan pesawat MH370 bukannya hilang sebaliknya telah " dirampas " menggunakan alat kawalan jauh sebelum 2 jet tercanggih Amerika mengiringi pesawat MH370 dari dikesan oleh mana-mana radar di dunia dan telah selamat mendarat di Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika.


 Pakar-pakar penerbangan dalam dan luar negeri termasuk beberapa penyiasat dan wartawan terkenal telah menyimpulkan bahawa pesawat MH370 yang hilang dari dikesan oleh mana-mana radar sebenarnya telah lama mendarat dan bukannya terhempas di mana-mana lautan ataupun daratan dan tidak juga meletop diruang udara. Tambahan sebagai Umat Islam kita kena berdoa pada Allah s.w.t kerana dgn izinNYA pesawat MH370 boleh hilang dan dgn izinNYA juga pesawat MH370 boleh ditemui.
  • Sharifah Sofia Syed Rashid's photo.

     Susulan komen dari Tun Mahathir Mohamed bahawa syarikat pengeluar utama Boeing, Rolls-Royce, Joint Agency Coordination Center (JACC) cuba menyembunyikan sesuatu dan diam 1000 bahawa kenapa MH370 boleh hilang begitu saja padahal hanya mereka saja yg dapat mengawal pesawat Boeing dan boleh mengesan dimana lokasi MH370 berada telah pun mendapat respon dari beberapa penyiasat terkenal dlm dan luar negara. Kenapakah semasa lawatan Barack Obama ke Malaysia dan telah bertemu empat mata dgn Najib Razak, mengapakah Perdana Menteri M'sia tersebut tidak berani menanyakan hal ini dan adakah ada sesuatu yg sedang dirunding atau disembunyikan. 
    Timbul juga beberapa persoalan dikalangan wartawan tempatan dan luar negeri, mengapakah selepas kejadian kehilangan MH370, Malaysia sanggup membela dua ekor Panda yg datangnya dari negara China yg kononnya sebagai simbolik 40 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. 
     Adakah Malaysia telah " dikambing hitamkan " dan telah diarah utk memujuk China agar akur dgn apa yg terjadi di atas kehilangan pesawat MH370.Kenapa Amerika beriya-riya utk merampas pesawat MH370. Penyiasat mengatakan bahawa di dlm pesawat MH370 ada sesuatu yg berharga yg telah dibawa oleh sekumpulan saintis dari negara China iaitu Drone Command and Controller (CNC) milik sebuah negara kuasabesar yang telah ditembak jatuh di Afghanistan penghujung 2013. Sofia cuba mendapat gambaran jelas sekali lagi setelah berada di KLIA tadi dan apa yg berlaku pada malam kejadian di KLIA.
     Ini kisah sebenarnya yg seluruh rakyat Malaysia kena tahu dan fahami dan ianya tidak dilaporkan oleh mana-mana media di Malaysia mahupun media antarabangsa " Pada malam kejadian 4 jam sebelum MH370 berlepas ke Beijing satu pesawat dari luar telah landing di KLIA dan diwaktu inilah dikatakan kargo yg membawa " barang berharga " bertukar tangan di landasan penerbangan KLIA tanpa melalui bahagian Kastam. Manakala segala data komputer termasuk manual barangan yg telah dimasukkan ke kargo MH370 telah dihapuskan serta merta dan kesemua staff yg bertugas pada malam tersebut telah disoal siasat oleh Polis Bukit Aman dan FBI. 
    Jangan tanya sofia siapa staff yg terlibat dlm hal ini. Mereka diarah utk berbuat demikan dan mereka tidak bersubahat dan mereka juga tidak tahu bahawa pada keesokkan harinya ada rancangan utk merampas MH370. 
    Manakala ada mesej yg akan penyiasat bongkarkan kepada umum selepas ini apakah kandungan perbualan terakhir Kapten Zaharie di dlm Kokpit melalui talian hp peribadinya bersama org yg tidak dikenali sebelum pesawat diterbangkan ke Beijing. Tadi Sofia difahamkan ada sesuatu yg kapten Zaharie cuba sampaikan dan mungkin itu amanat terakhir beliau dan mungkin juga beliau telah pun mendapat maklumat awal bahawa MH370 bakal dihijacked tetapi beliau tidak mempercayai. Kita tunggu laporan panas yg akan terhidang nanti....
    Sharifah Sofia Syed Rashid's photo.

  •  Finally.... The National Security Agency (NSA), Central Intelligence Agency (CIA) and Federal Bureau of Investigation (FBI) gagal untuk mewujudkan teori kasut yg kononnya berada di dlm pesawat MH370 utk diletupkan bagi mengaitkan dgn penjenayah dan secara tak langsung mengalihkan pandangan dunia dari berita yg sebenarnya pesawat MH370 telah " Dihijacked " oleh Amerika. Tu laporan terbaru yg dilaporkan oleh penyiasat.....
Baru tadi penyiasat pengesahkan bahawa tiada satu petanda pun yg menunjukkan pesawat MH370 terhempas di lautan hindi atau mana-mana tempat di dunia ini. Berita ini pun telah pun disahkan oleh pasukan yg menyertai SAR dan media-media rasmi telah diarahkan untuk tidak menyiarkan berita ini. Walaubagaimanapun terdapat media-media alternatif yg menyiarkan berita ini. Manakala gambar di bawah diambil sempena solat hajat khas MH370 agar Allah s.w.t selamatkan kesemua yg berada di dlm pesawat tersebut. 
Sharifah Sofia Syed Rashid dan anak-anak kapal ingin mengucapkan selamat pulang bercuti ke Malaysia kepada semua pelajar-pelajar Malaysia di luar negeri dan selamat mengikuti perjalanan cerita MH370 di wall fb ini. Sokongan anda semua dialu-alukan dan diucapkan jutaan terima kasih agar berita MH370 ini terus berada di hati setiap rakyat Malaysia sehinggalah berita penemuan kesemua penumpang MH370 diumumkan.
Photo: Berita Terkini tentang MH370:

Baru tadi penyiasat pengesahkan bahawa tiada satu petanda pun yg menunjukkan pesawat MH370 terhempas di lautan hindi atau mana-mana tempat di dunia ini. Berita ini pun telah pun disahkan oleh pasukan yg menyertai SAR dan media-media rasmi telah diarahkan untuk tidak menyiarkan berita ini. Walaubagaimanapun terdapat media-media alternatif yg menyiarkan berita ini. Manakala gambar di bawah diambil sempena solat hajat khas MH370 agar Allah s.w.t selamatkan kesemua yg berada di dlm pesawat tersebut. Sharifah Sofia Syed Rashid dan anak-anak kapal ingin mengucapkan selamat pulang bercuti ke Malaysia kepada semua pelajar-pelajar Malaysia di luar negeri dan selamat mengikuti perjalanan cerita MH370 di wall fb ini. Sokongan anda semua dialu-alukan dan diucapkan jutaan terima kasih agar berita MH370 ini terus berada di hati setiap rakyat Malaysia sehinggalah berita penemuan kesemua penumpang MH370 diumumkan. ^_^
Read More

Kekalahan Dyana - Anak muda agak kecewa....'obor' politik baharu!

Isnin, 2 Jun 2014


Anak muda agak kecewa dengan kekalahan Dyana

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia terutama golongan muda agak kecewa dengan kekalahan Dyana Sofea pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan semalam, tulis Abu Hassan Adam.

Menurutnya, mereka telah menaruh sepenuh harapan agar Dyana akan membawa’obor’ perjuangan politik baru ke arena politik Malaysia bersama-sama dengan pemimpin muda lain.

“Mereka telah menaruh sepenuh harapan yang beliau akan termampu untuk menukar lanskap politik Malaysia ke suatu era yang sesuai dengan perkembangan politik abad ke-21,” tulis beliau di dalam blognya.

Sebenarnya, bagi beliau Dyana hanya kalah di PRK Teluk Intan tetapi telah memenangi hati ramai rakyat Malaysia yang tidak mengira bangsa dan kaum.

“Anak muda pastinya menaruh harapan menggunung kepada Dyana Sofea. Teruskan perjuangan murni itu,” tulisnya lagi.

Calon BN, Datuk Mah Siew Keong yang juga Presiden Gerakan mendapat 20,157 undi sementara calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud, memperoleh 19,919 undi dengan 550 undi rosak.

PRK Teluk Intan daiadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Pada PRU13 lalu, Seah menang dengan majoriti 7,313 undi apabila memperoleh 27,399 undi sementara calon BN, Mah mendapat 20,086 undi dan calon Bebas, Moralingam Kannan 279 undi. - HARAKAHDAILY 1/6/2014

Read More

MH370: Tersepit Di Antara Strategi US-Rusia-China?

Ahad, 1 Jun 2014

MH370 tersepit di tengah-tengah strategi dunia baru Rusia-China?
- Ng Kee Seng
LAPORAN KHAS: Beberapa minggu sejurus selepas kehilangan MH370 secara misteri pada 8 Mac, tiga kuasa-kuasa besar dunia – Amerika Syarikat, Rusia dan China – telah terlibat dalam Perang Dingin geo-politik yang halus.

Tidak lama selepas pesawat Boeing 777 MAS dengan 239 orang di atas kapal hilang tanpa jejak hingga ke hari ini, teori-teori konspirasi telah bercambah tanpa henti di seluruh dunia.

Salah satu teori yang semakin dipercayai dengan setiap hari adalah teori yang didakwa datang dari sumber perisikan Rusia – bahawa MH370 telah dirampas (dari jauh) oleh CIA kerana membawa “kargo” sensitif.

Adakah Malaysia membenarkan MAS mengangkut apa-apa kargo "sensitif"? Percanggahan maklumat dari kerajaan Malaysia, maklumat yang terlalu berlawanan, pasti menambah minyak kepada api teori-teori konspirasi.

Perkembangan geopolitik global sejurus selepas kehilangan MH370 adalah kebetulan? Adakah anda percayakan kebetulan?

Tiga rencana theantdaily yang lalu pada 14 April dan 16 April, menekankan mengenai Perang Dingin yang semakin marak di antara Amerika Syarikat dan China bagi wilayah strategik dan kawalan ekonomi Asia.

Sekali lagi, tidak lama selepas kehilangan MH370, Rusia "menceroboh" Ukraine, wilayah strategik bagi Amerika Syarikat di Eropah. Adakah ini sebuah lagi kebetulan?

Perebutan itu kini sedang jelas menjadi pertempuran antara Amerika Syarikat dan China-Rusia.

Pada 8 Mei, sebuah rencana Reuters melaporkan Presiden Barack Obama memberi notis rasmi kepada Kongres AS bahawa beliau merancang untuk menarik Rusia dari sebuah program yang membolehkan import bebas cukai bagi barangan tertentu, yang dikenali sebagai Sistem Umum Kelebihan (GSP). Terjemahannya:
“Rumah Putih berkata bahawa program GSP ini sedang menunggu kelulusan semula kongres. Apabila ini berlaku, Amerika Syarikat tidak lagi akan membolehkan barangan dari Rusia, seperti bahan-bahan membuat keluli, tayar dan seramik, untuk memasuki negara ini bebas cukai.
Sebaliknya ia akan dikenakan tarif biasa, berpurata kira-kira tiga peratus, kata jurucakap Wakil Perdagangan AS. Rusia sudah "cukup maju dari segi ekonomi" dan tidak lagi memerlukan layanan khas, kata Rumah Putih. Rusia akan tidak layak untuk program ini pada 2016 kerana Bank Dunia menetapkannya sebagai negara "berpendapatan tinggi", kata Rumah Putih.
"Tindakan Rusia ke atas Ukraine, walaupun tidak memiliki kesan terhadap keputusan Presiden ini, membuatkan ianya amat wajar bagi langkah ini diambil sekarang," Caitlin Hayden, jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, menulis dalam e-mel.
Pada tahun 2012, Amerika Syarikat mengimport barangan berjumlah AS$ 544 juta dari Russia melalui program GSP, mewakili kira-kira dua peratus daripada jumlah import negara ini.”
Sekali lagi, adalah perkembangan berikut sekadar kebetulan?
Pada 20 Mei, AP melaporkan bahawa dalam satu tamparan simbolik kepada hegemoni kewangan global Amerika Syarikat, Rusia dan China telah mengambil langkah kecil ke arah memintas penguasaan dolar AS sebagai mata wang rizab antarabangsa apabila institusi kewangan kedua terbesar Rusia, VTB, menandatangani perjanjian dengan Bank of China untuk memintas dolar dan membayar antara satu sama lain menggunakan mata wang tempatan.
Perjanjian Kerjasama ini ditandatangani di hadapan Presiden China Xi Jinping dan Presiden Russia Vladimir Putin, yang sedang melakukan lawatan ke Shanghai.
Pada hari berikutnya, sebuah perjanjian mega gas asli selama 10 tahun dan bernilai AS$400 juta telah ditandatangani di antara Rusia dan China.
“Permintaan terhadap dolar, yang telah lama menjadi mata wang rizab yang selamat dan boleh dipercayai dalam urus niaga antarabangsa, telah membenarkan AS untuk meminjam wang hampir tanpa had dan berbelanja diluar kemampuan mereka, yang dikatakan sesetengah ahli ekonomi telah memberikan Amerika Syarikat pengaruh dalam hal ehwal dunia.
Tetapi negara-negara BRICS – Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, blok lima ekonomi utama dunia yang baru muncul – telah lama berusaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap dular AS sebagai satu cara membentuk semula aturan kewangan dan geopolitik dunia. Bagaimana pun disebabkan ketiadaan alternatif yang boleh diharapkan, ia sukar dilakukan.
China melihat penguasaan dolar dalam urus niaga perdagangan antarabangsa sebagai sisa dominasi global Amerika, yang mereka berharap dapat dikurangkan dalam tahun-tahun hadapan," kata Michael Klare, seorang profesor kajian keselamatan dan keamanan dunia di Hampshire College. "Ini adalah sebuah langkah kecil ke arahnya, bagi mengurangkan penguasaan dolar dalam perdagangan antarabangsa."
Ada yang telah terdorong untuk mengkaji perjanjian itu dalam konteks pertarungan Putin dengan Barat terhadap krisis di Ukraine. Selepas Amerika Syarikat dan Eropah mengenakan sekatan ke atas Moscow kerana menjajah semenanjung Crimea milik Ukraine, Putin mungkin akhirnya telah mengotakan janjinya untuk bertindak balas terhadap apa yang beliau lihat sebagai hegemoni Barat di wilayah yang berjiran dengan Rusia.
"Usaha memecahkan dominasi dolar AS dalam perdagangan antarabangsa di antara BRICS adalah sesuatu yang kumpulan itu telah bincangkan untuk beberapa lama," kata Chris Weafer, seorang rakan kongsi pengasas Macro-Advisory, sebuah syarikat perunding di Moscow. "Krisis Ukraine dan ancaman yang disuarakan pentadbiran Amerika Syarikat mungkin menjadi pemangkin untuk ini berlaku."
Walaubagaimana pun, perjanjian bank Rusia-China adalah langkah simbolik. Liza Ermolenko, seorang pakar ekonomi kuasa pasaran baru di Capital Economics London, berkata yang perjanjian itu masih merupakan "sesuatu yang sangat kecil, di sebalik semua yang sedang berlaku," dan ia tidak akan mengubah pergantungan Rusia pada dolar "dalam sekelip mata." Kebanyakan kontrak eksport Rusia dalam pasaran minyak dan gas masih dinilaikan dalam dolar, kata beliau, dan pada skala yang lebih luas, menggantikan dolar dengan matawang ruble adalah sesuatu yang terlalu berisiko untuk dipertimbangkan.
Tambahan pula, walaupun China telah bersetuju menandatangani perjanjian gas itu yang membawa kepada kemasukan aliran gas asli bernilai lebih dari AS$450 bilion daripada timur Siberia ke China dalam tempoh 30 tahun yang akan datang, Rusia tidak berada dalam kedudukan yang sesuai untuk meninggalkan hubungan mereka dengan Eropah.
"Dari sudut pandangan komersial, Eropah adalah pasaran yang paling menguntungkan bagi Gazprom," kata Mikhail Korchemkin, pengasas Eastern European Gas Analysis, yang pernah memberikan khidmat perundingan kepada Gazprom, syarikat gas milik nasional Rusia. "Eksport mereka ke China boleh menjana keuntungan yang kecil, (hanya) sekiranya kerajaan menjadikannya bebas cukai dan duti."
Tetapi perjanjian bank mereka merupakan suatu lagi petunjuk bahawa Rusia dan China sedang berada dalam sebuah kerjasama yang lebih luas, yang penganalisis berkata telah dilakukan bukannya disebabkan ideologi yang sama, tetapi disebabkan keinginan bersama untuk melemahkan Amerika Syarikat dalam aspek yang mereka masing-masing miliki pengaruh.
Kedua-dua negara ini akan lebih berwaspada terhadap "pivot timur" Obama, sebuah usaha rekalibrasi dasar luar AS daripada peperangan di Asia Barat, ke arah ekonomi yang sedang berkembang pesat di Timur. Pemerhati yang sinis pula telah mentafsirkan peralihan ini sebagai usaha untuk membendung China.
"Ini adalah sebuah pertemuan kepentingan strategik bersama, bukannya disebabkan ideologi," kata Klare. "China mahukan tenaga dan senjata dari Rusia, dan Rusia mahukan sokongan diplomatik dan wang. Quid pro quo."
Kebetulan? Adakah pengendalian kelam-kabut Malaysia terhadap MH370 memiliki kaitan dengan pertembungan Amerika Syarikat dan China-Rusia?
Read More

DI SEBALIK DIPLOMASI PANDA...Malaysia 'dibuli' China?

Ahad, 1 Jun 2014
DI SEBALIK DIPLOMASI PANDA, INILAH WAJAH SEBENAR CHINA, SEKARANG VIETNAM DIBULI, MALAYSIA TUNGGU MASA JE!
xi jinping

TAKTIK CHINA KUASAI WILAYAH ORANG LAIN SAMBIL TUNJUK SEOLAH2 MEREKA "BAIK", "TIDAK BERSALAH", "HANYA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN WILAYAH SENDIRI"

LANGKAH 1; CARI SERIBU SATU ALASAN WILAYAH TERSEBUT ASALNYA MILIK CHINA (TERMASUK UPAH/SPONSOR AHLI AKADEMIK/ WARTAWAN UNTUK PUTAR BELIT FAKTA SEJARAH SUPAYA PRO MEREKA. DI MALAYSIA, AKHBAR STAR BARU2 NI TELAH SIARKAN RENCANA TULISAN SEORANG PROFESOR SINGAPURA YG MENYOKONG TUNTUTAN CHINA KEATAS LAUT CHINA SELATAN ATAS ALASAN PELAYAR2 CHINA TELAH BELAYAR DI LAUT ITU SEJAK BERKURUN).

LANGKAH 2; ISYTIHAR ZON PENGENALAN DIRI PERTAHANAN UDARA (AIR DEFENCE IDENTIFICATION ZONE (ADIZ) DI KAWASAN YANG DITUTUT (SUDAH TENTU AKAN BERTINDIH DENGAN ADIZ NEGARA YG MEMILIKI PERAIRAN TERSEBUT).

LANGKAH 3; ISYTIHAR ZON LARANGAN TERBANG DI ZON TERSEBUT, MANA2 PESAWAT NEGARA LUAR YG MEMASUKI ZON TERSEBUT DIANGGAP MENCEROBOH KEDAULATAN WILAYAH CHINA- WALAUPUN MEREKALAH SEBENARNYA PENCEROBOH)

LANGKAH 4; ASET KETENTERAAN MEREKA AKAN BERTINDAK AGRESIF DI KAWASAN TERSEBUT (BUKTI JELAS APA YG BERLAKU DALAM RENCANA DI BAWAH. JIKA BERLAKU PEPERANGAN, MAKA MEREKA AKAN KATAKAN "CHINA ADALAH SEBUAH NEGARA YG CINTAKAN PERDAMAIAN, KAMI HANYA BERTINDAK KEATAS MEREKA2 YG MENCEROBOH WILAYAH KAMI YG SAH DAN BERDAULAT"

Najib lawat pasangan panda gergasi di Zoo Negara

NAJIB Tun Razak melawat pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi di Zoo Negara, Kuala Lumpur, hari ini.-GAMBAR FACEBOOK NAJIB RAZAK

KUALA LUMPUR 25 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi di Zoo Negara, di sini hari ini.

Najib yang membuat catatan dan memuat naik gambar lawatan dalam laman Facebook berkata, panda gergasi itu dianggap sebagai simbol keamanan dalam budaya China dan amat dihormati.

Pasangan panda gergasi itu berada di Malaysia selama 10 tahun sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik selama 40 tahun antara Malaysia dan China pada 31 Mei.

Pasangan panda itu yang dipinjamkan oleh kerajaan China melalui program Perjanjian Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi Malaysia-China, akan dikuarantin selama sebulan di tempat khas di Zoo Negara untuk membolehkan haiwan itu menyesuaikan dengan persekitaran baharu.

Melalui program yang dimeterai pada 2012, Malaysia mempunyai peluang untuk menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi selain dapat membangun dan melatih pakar dalam bidang itu. - BERNAMA
Read More

Pertikaian Laut China Selatan - ISU KAPAL NELAYAN VIETNAM DILANGGAR HINGGA KARAM...

Ahad, 1 Jun 2014
This picture taken from a Vietnam Coast Guard ship on 14 May shows a Vietnam Coast Guard ship (2nd R, dark blue) trying to make way amongst several China Coast Guard ships near to the site of a Chinese drilling oil rig (R, background) being installed at the disputed water in the South China Sea off Vietnam's central coast.
Chinese and Vietnamese coast guard ships are patrolling near the Haiyang Shiyou oil rig, seen to the rear

BBC Map
VIDEO LIPUTAN WSJ DALAM ISU KAPAL NELAYAN VIETNAM DILANGGAR HINGGA KARAM OLEH KAPAL CHINA

Vietnam, China Trade Accusations Over Sunken Boat

Vietnamese Fishing Boat Sinks Near Location of Chinese Oil Rig

A China Coast Guard vessel patrols near a Chinese oil rig in disputed waters in the South China Sea earlier this month. Agence France-Presse/Getty Images

HANOI—Vietnam and China traded accusations Tuesday about the sinking of a Vietnamese fishing boat a day earlier, as tensions flared anew over an oil rig that China placed in disputed waters.
Chinese foreign ministry spokesman Qin Gang reiterated Chinese official media accounts that the Vietnamese fishing boat entered waters near the oil rig, collided with a Chinese fishing boat and capsized.
The Vietnamese vessel, he said, "insisted on disturbing the normal operations of the Chinese side and took dangerous actions on the seas."
But Le Hai Binh, Vietnam's foreign ministry spokesman, accused Chinese vessels of ramming the Vietnamese fishing boat, calling it "inhumane action, seriously infringing the lives and properties of and legitimate interests of Vietnamese fishermen."
The Vietnamese foreign ministry and a Coast Guard official said all 10 fishermen on the boat were rescued by Vietnamese vessels. The incident, Vietnam said, occurred about 17 nautical miles southwest of the rig's location.
The ministry said it had called in a representative from the Chinese Embassy in Hanoi to formally protest what it said was the latest in a series of attacks by Chinese boats on Vietnamese fishermen in the rig's vicinity. It wasn't clear if the embassy representative had responded to the summons.
Read More

Kapal Perang China ceroboh perairan kita...Mana suara protes? BERUANG PANDA jugak terus dipuja...

Ahad, 1 Jun 2014
Gambar: BUKTI CHINA SEMAKIN AGRESIF DI LAUT CHINA SELATAN; KAPAL VIETNAM DAH KENA LANGGAR SAMPAI KARAM OLEH KAPAL CHINA DALAM PERTIKAIAN DI LAUT CHINA SELATAN, (maaf gambar tiada sebab tiada siapa berani pergi ambil gambar di kawasan yg dikuasai China, gambar dibawah menunjukkan cubaan aktivis China menghampiri kepulauan Shenkaku yg dikuasai Jepun tetapi turut dituntut oleh China, kelihatan dua kapal Pengawal Pantai Jepun cuba menghalang kemaraan bot aktivis2 China tersebut). JEPUN BERANI LAWAN KEMARAAN CHINA, KITA BAGAIMANA? CHINA TERBUKTI TELAH MENUNTUT PERAIRAN SABAH DAN SARAWAK (TERMASUK BRUNEI) SEBAGAI MILIK MEREKA (SIAP DAH MASUKKAN DALAM PETA RASMI MEREKA), KAPAL2 PERANG MEREKA TELAH BERKALI2 MENCEROBOH PERAIRAN KITA HINGGA KE BETING SERUPAI- 80 KM DARI PANTAI SARAWAK (SIAP TANAM PANCANG BESI TANDA SEMPADAN LAGI- RUJUK UTUSAN MALAYSIA) NAMUN SYG SEKALI TIADA KEDENGARAN LANGSUNG SUARA PROTES DARI PUAK2 YG KONONNYA "TIDAK AKAN MEMBIARKAN WALAU SEINCI PUN BUMI BERTUAH INI TERLEPAS KE TANGAN ASING". BERUANG PANDA TERUS DIPUJA, WALAUPUN TERPAKSA BELANJA BERPULUH2 JUTA, SEDANGKAN RAKYAT RAMAI LAGI YG MASIH MEREMPAT, ASET PERTAHANAN NEGARA PULA JAUH KETINGGALAN.

http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=292341:chinas-ready-to-rumble-full-scale-war-may-break-out-with-japan-vietnam-philippines&Itemid=2#axzz33AOyZkLl

BUKTI CHINA SEMAKIN AGRESIF DI LAUT CHINA SELATAN; KAPAL VIETNAM DAH KENA LANGGAR SAMPAI KARAM OLEH KAPAL CHINA DALAM PERTIKAIAN DI LAUT CHINA SELATAN, (maaf gambar tiada sebab tiada siapa berani pergi ambil gambar di kawasan yg dikuasai China, gambar dibawah menunjukkan cubaan aktivis China menghampiri kepulauan Shenkaku yg dikuasai Jepun tetapi turut dituntut oleh China, kelihatan dua kapal Pengawal Pantai Jepun cuba menghalang kemaraan bot aktivis2 China tersebut). JEPUN BERANI LAWAN KEMARAAN CHINA, KITA BAGAIMANA? CHINA TERBUKTI TELAH MENUNTUT PERAIRAN SABAH DAN SARAWAK (TERMASUK BRUNEI) SEBAGAI MILIK MEREKA (SIAP DAH MASUKKAN DALAM PETA RASMI MEREKA), KAPAL2 PERANG MEREKA TELAH BERKALI2 MENCEROBOH PERAIRAN KITA HINGGA KE BETING SERUPAI- 80 KM DARI PANTAI SARAWAK (SIAP TANAM PANCANG BESI TANDA SEMPADAN LAGI- RUJUK UTUSAN MALAYSIA) NAMUN SYG SEKALI TIADA KEDENGARAN LANGSUNG SUARA PROTES DARI PUAK2 YG KONONNYA "TIDAK AKAN MEMBIARKAN WALAU SEINCI PUN BUMI BERTUAH INI TERLEPAS KE TANGAN ASING". BERUANG PANDA TERUS DIPUJA, WALAUPUN TERPAKSA BELANJA BERPULUH2 JUTA, SEDANGKAN RAKYAT RAMAI LAGI YG MASIH MEREMPAT, ASET PERTAHANAN NEGARA PULA JAUH KETINGGALAN.
Read More

Hubungan Malaysia-China mekar...Sebab tu la China berani kata PERAIRAN SABAH/SARAWAK MILIKNYA...

Ahad, 1 Iun 2014
Hubungan lebih mendalam
Najib dan Keqiang bertukar cenderamata selepas menandatangani Pernyataan Bersama sempena 40 tahun hubungan Malaysia-China, di Beijing. -Foto Khairul Ghazali

MEKAR SUNGGUH HUBUNGAN, SEBAB TU LA AGAKNYA CHINA BERANI KATA PERAIRAN SABAH/SARAWAK YG DIPENUHI TELAGA MINYAK TU ADALAH MILIKNYA(LIHAT PETA)

Hubungan Malaysia-China akan terus mekar - Najib

Hubungan Malaysia-China akan terus mekar - Najib
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya, Li Keqiang bertukar dokumen selepas menandatangani Pernyataan Bersama sempena 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China, di West Hall, Great Hall of the People, dewan dan tarikh sama Tun Abdul Razak Hussein dan Zhou Enlai memeterai ikatan 40 tahun lalu. - Foto Khairul Ghazali
BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin hubungan akrab Malaysia-China yang terjalin sejak 40 tahun lalu akan terus berkembang malah bertambah rapat di masa depan. 

Bercakap pada ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara di sini hari ini, beliau berkata hubungan baik adalah mudah di waktu senang; namun persahabatan sebenar terjalin semasa susah. Memetik peristiwa bersejarah 40 tahun lalu, Najib berkata ayahanda beliau yang juga perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein memulakan apa yang disebut sebagai 'satu perjalanan muhibah, untuk menyemai permulaan kepada sikap saling memahami dan mempercayai.' 

"Perjalanan itu membawa beliau ke sini, ke Beijing, dan ke dewan ini. Di sinilah beliau menandatangani perjanjian dengan Perdana Menteri Zhou Enlai, secara rasmi mewujudkan hubungan diplomatik antara negara kita. Di sinilah kita memulakan babak baharu dalam hubungan kita. 

"...dan di sini hari ini saya merasakan bukan sahaja tanggungjawab kerajaan, tetapi tanggungjawab kepada ayahanda saya – untuk meneruskan legasi beliau dan memastikan hubungan Malaysia-China semakin dipereratkan," katanya. 

Turut hadir pada majlis iatu ialah Perdana Menteri China Li Keqiang dan lebih 300 tetamu. 
- BERNAMA

Read More

Berkempen secara liar di Kg Bahagia, Tk Intan semuanya didalangi Tajuddin (Pasir Salak)

Ahad, 1 Jun 2014

Tajuddin penghasut Pemuda Umno jadi agresif, dakwa YB Teresa Kok


Tajuddin penghasut Pemuda Umno jadi agresif, dakwa Teresa Kok
DAP hari ini percaya tindak-tanduk Pemuda Umno yang berkempen secara liar di Kampung Bahagia, Teluk Intan semuanya didalangi oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

 Naib Presiden DAP Teresa Kok berkata pemuda kedua-dua parti sebenarnya boleh duduk bersama tetapi atas hasutan itu, kata-kata kesat saling dilemparkan.

 "Saya rasa ini dihasut Pasir Salak. Timbalan menteri. Lelaki enam juta ringgit. Kita boleh bersama tanpa ada pergaduhan," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Sementara itu, keadaan yang tenang pada 3 petang di Kampung Bahagia kembali tegang apabila Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengadakan lawatan ke kawasan itu.

 Pemuda Umno melemparkan kata-kata kesat kepada Lim namun Ahli Parlimen Gelang Patah itu tidak berkecil hati dan mengalu-alukan sorakan itu.

 "Saya percaya majoriti pemimpin Umno tidak berfikiran macam ini. Ini tidak akan memberi imej baik kepada orang Melayu malah Umno sendiri.


"Jika pucuk pimpinan tahu, saya rasa mereka pun malu. Tapi nampaknya mereka hilang kawalan kerana Tajuddin ada di sini," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Lim berkata ridak hairanlah jika Umno berdepan dengan keruntuhan moral jika sayap pemudanya bertindak liar sedemikian.

 "Kami ada standard bukan macam Tajuddin. Sebab itu Umno hadapi masalah keruntuhan moral dan etika politik," katanya.
Read More

Sokongan Melayu Untuk DAP Di Teluk Intan Meningkat 28% - Umno cemas

Ahad, 1 Jun 2014

UMNO Tertekan - Sokongan Melayu Untuk DAP Di Teluk Intan Meningkat 28%



Sokongan pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan meningkat 3 peratus daripada 25 peratus kepada 28 peratus disebalik isu perkauman yang ditimbulkan Barisan Nasional (BN).

Walaupun DAP gagal untuk mempertahankan kerusi itu, parti itu mendapat sedikit suntikan motivasi daripada pencapaian itu dalam mempertingkatkan sokongan Melayu yang berguna dalam PRU-14 kelak.


Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata, enam pusat pengundian majoriti Melayu, DAP mengalami kenaikan kecil dalam menyokong keseluruhan yang terdiri daripada 0.7 peratus kepada 3.4 peratus.


“Ia suatu tanda yang menggalakkan memandangkan kami tidak menjangkakan sokongan Melayu meningkat,” kata beliau dalam kenyataan medianya.

Kian Ming berkata beliau yakin lebih banyak kaum muda Melayu akan melihat DAP sebagai ruang untuk aktivisme politik dan lebih ramai belia akan menyokong Pakatan Rakyat dengan alasan gagasm ini bergerak jauh daripada politik berasaskan kaum.

“Kami melihat kelibat ini dalam kempen Dyana di Teluk Intan. Jumlah kegembiraan dan suasana baik yang beliau hasilkan di peringkat kebangsaan terutama di kalangan anak muda Melayu ialah, berani saya katakan, tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Oleh kerana pencalonan Dyana Sofya, pelajar UiTM yang bercakap tentang DAP tidak semestinya dalam nada yang negatif lagi!” katanya.

Katanya, di peringkat tempatan, Dyana mendapat sambutan menggalakkan daripada kanak-kanak dan juga anak-anak muda ke mana saja dia pergi.

“Walaupun kebanyakan daripada mereka bukan pengundi, mereka akan pengundi pada masa akan datang dan pemimpin muda seperti Dyana mempunyai kedudukan yang lebih baik untuk memenangi mereka akhirnya,” katanya.
BLM.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena